Setelah 2 bulan bersalin, Linda Onn dah langsing kembali. Apa yang menarik, dia menyusukan babynya, Ungku Zara.
Linda Onn yang bersalin pada 24 Februari 2018 menamakan bayinya Ungku Zara atau singkatannya UZ. Linda yang berkahwin dengan Ungku Azhar pada Disember 2013 kini tampil langsing setelah setelah kira-kira 2 bulan berpantang.
KEHAMILAN LINDA SURPRISE UNTUK PARA PEMINAT
Berita kehamilan deejay bersuara lunak ini telah diumumkan di laman Instagramnya. Dengan gambar baby bump dan kapsyen;
Buat semua peminat2 dan kawan2 Linda yang tersayang. Sesuatu untuk Linda kongsikan dengan you all. The best thing in my life. Nantikan LO junior..coming soon!! Syukur Alhamdulillah. #pregnant#LOjunior
Rata-rata peminat gembira dan mengucapkan tahniah dan tidak sabar menunggu kelahiran.
Linda juga menyusukan Ungku Zara. Sudah tentu kebaikan susu ibu menjadikan si kecil membesar dengan sihat dan kuat. Mungkin penyusuan susu ibu juga menjadikan Linda langsing dengan cepat!
Tular video yang dikongsikan oleh seorang pakar jantung yang menjelaskan serangan jantung disebabkan tekanan.
Menerusi video memaparkan soalan yang ditanya netizen mengenai rakannya yang mendapat serangan jantung walaupun tidak merokok, tiada kencing manis, tahap kolestrol normal.
Video berdurasi 16 saat itu telah meraih tontotan sehingga mendapat share 14K setelah pakar jantung membuat pendedahan mengenai punca serangan jantung bagi individu yang sihat tanpa penyakit.
Menurut Pakar Jantung, Dr Rahim, pesakit yang mengalami serangan jantung adalah golongan muda yang mengalami tekanan, tidak cukup rehat dan tidur.
“Saya telah menemui ramai pesakit yang mempunyai rekod kesihatan yang baik. Tapi beliau terkena serangan jantung pada usia yang muda.
“Ia berpunca daripada stress, tidak cukup rehat dan tidak cukup tidur. “
Dalam pada itu, Dr Rahim tidak menafikan bahawa sakit jantung juga boleh diwarisi.
Dalam video berbeza beliau juga memberi tip bagaimana untuk mengenal pasti jika berlaku serangan jantung.
NETIZEN KONGSI PENGALAMAN
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa bimbang dengan gaya hidup. Ada juga berkongsi tip dan pengalaman ahli keluarga yang mengalami serangan jantung.
“Jaga makan jangan stress lakukan perkara yang kita suka dan adakan satu hobi.”
Jenis ikan terbaik untuk kesuburan, elok dimakan semasa merancang kehamilan. Ikan dipercayai dapat meningkatkan kesuburan kerana kaya dengan asid lemak omega-3. Oleh itu, tidak hairanlah ikan menjadi salah satu makanan yang baik untuk dimakan ketika merancang kehamilan.
Namun, tidak semua jenis ikan sesuai untuk dimakan oleh bakal ibu dan bapa. Ada beberapa jenis ikan yang mengandungi nutrisi penting bagi meningkatkan kesuburan dan peluang kehamilan.
Berikut adalah beberapa jenis ikan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan dan peluang kehamilan.
Salmon dikenali sebagai ikan yang mempunyai banyak manfaat kesihatan, termasuk untuk kesuburan. Asid lemak omega-3 dan nutrien penting dalam salmon terbukti bermanfaat bagi kesuburan lelaki dan wanita.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Frontiers in Public Health, pengambilan omega-3 yang tinggi pada lelaki dikaitkan dengan morfologi sperma yang lebih baik. Sementara itu, wanita yang mengambil lebih banyak omega-6, asid linoleik, dan omega-3 menunjukkan peluang kehamilan yang lebih tinggi.
Selain kaya dengan omega-3, salmon juga mengandungi selenium dan vitamin D yang baik untuk sistem reproduktif.
Menurut Dr. Shaza Magray, pakar sakit puan dari Dubai, “Pasangan yang akan berkahwin perlu mempunyai tahap vitamin D yang mencukupi, terutamanya mereka yang menjalani rawatan IVF. Tahap vitamin D yang tinggi boleh meningkatkan kejayaan IVF serta menghasilkan telur yang lebih berkualiti.”
Menurut laman Mother and Baby, ikan mackerel juga termasuk dalam kategori ikan yang baik untuk dimakan semasa merancang kehamilan.
Mackerel kaya dengan asid lemak yang membantu mengekalkan kesihatan sistem reproduktif. Omega-3 dalam ikan ini juga berfungsi untuk menstabilkan kadar kolesterol, yang penting bagi pematangan sperma yang sempurna.
Apabila membincangkan tentang asid lemak omega-3, ikan kod pastinya antara pilihan utama selain salmon.
Menurut Motherly, asid lemak dalam ikan kod (terutamanya DHA dan EPA) boleh membantu:
Mengurangkan keradangan
Menyeimbangkan hormon
Meningkatkan aliran darah ke rahim
Meningkatkan pengeluaran lendir serviks
Meningkatkan keinginan seksual
Menyokong penghasilan sperma yang sihat
Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, ikan sardin terbukti memberi kesan positif terhadap kualiti sperma lelaki serta ovulasi dan embrio wanita kerana kandungan omega-3 yang tinggi.
Selain itu, menurut Healthline, ikan sardin adalah sumber kalsium yang baik, yang menyokong kehamilan yang sihat. Ia juga merupakan pilihan alternatif bagi wanita yang tidak boleh mengambil produk tenusu atau memerlukan lebih banyak sumber kalsium dalam diet mereka.
Ikan keli bukan sahaja kaya dengan omega-3 dan omega-6, tetapi juga mengandungi selenium, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, dan kalium yang baik untuk kesuburan.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Trace Elements in Medicine and Biology, makanan yang tinggi dengan selenium dapat membantu mengekalkan kesihatan sistem reproduktif.
Tahap selenium yang mencukupi pada awal kehamilan juga boleh membantu mengurangkan risiko bayi lahir dengan berat badan rendah. Sebaliknya, kekurangan selenium boleh menyebabkan masalah kesuburan pada lelaki dengan menurunkan kualiti sperma dan pergerakannya.
Inilah beberapa jenis ikan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan dan peluang kehamilan bagi lelaki dan wanita. Namun, pastikan anda mengamalkan cara pemakanan ikan yang selamat bagi mengelakkan risiko terdedah kepada bahan pencemar atau toksik.
Bantal busuk cukup sinonim dengan anak-anak kecil kita sejak bayi lagi. Pun begitu kebiasaannya bantal busuk ini akan berkekalan hingga usianya mencapai dua tahun ke atas atau lebih.
Sebenarnya penggunaan bantal busuk ini menjadi penyelamat anak untuk lebih tenang. Pun begitu mak ayah perlu pastikan bantal ini sentiasa dibasuh kepada banyak kesannya pada kesihatan anak.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, bantal busuk ini berisiko sebagai perangkap bakteria yang boleh memberikan kesan pada anak. Ikuti perkongsian beliau.
Tak salah anak nak ada bantal busuk, tapi perlu kerap basuh
“Pernah basuh bantal ni?” Saya tunjuk pada bantal yang si kecil tengah peluk. Maknya geleng sahaja.
Warna bantal tu coklat dan bercapuk. Boleh jadi dah bertahun tak dibasuh. Tak berani saya nak dating dekat, takut tak lalunak makan malam pula.
Kalau macam ni gayanya, patutlah anaknya asyik masuk ke wad sebab demam dan batuk. Bantal tu dah jadi sarang bakteria.
Selalu juga saya nasihat mak ayah, tak salah nak ada bantal atau selimut busuk cuma kenalah basuh selalu.
Bantal busuk selalunya mula ada sejak usia 8-12 bulan.
* Hanya bersifat sementara
* Kanak-kanak boleh mula berenggang dengan bantal busuk pada usia 2-5 tahun.
Bila anak asyik berjauhan dengan mak ayah, si kecil tu sebenarnya rasa tak selesa dan gelisah.
Bukan itu je, dia juga akan rasa tertekan bila dijaga oleh penjaga baru selama beberapa jam setiap hari di tempat baru.
Ada satu kajian dibuat, si kecil usia tiga tahun yang diletakkan di rumah pengasuh selama seharian akan cenderung untuk ada bantal/selimut/patung busuk berbanding mereka yang cuma pergi selama separuh hari.
1. Tetapkan had
Contohnya:
Hari ni kita tinggalkan Teddy dekat rumah ye, kalau bawak keluar nanti Teddy kotor.
2. Minta anak tolong jaga ‘bantal busuk’
Contoh: “Teddy pun kena mandi barulah wangi macam adik”
3. Jangan memperlekehkan bantal busuk anak.
4. Jangan paksa anak tinggalkan bantal busuknya jika dia belum bersedia.
Bantu sebarkan ilmu ini pada mak ayah yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui 10 tanda anak gifted yang sering ibu ayah terlepas pandang. Panduan penting untuk memahami potensi luar biasa anak dan cara membimbing mereka dengan betul.