Hati ibu bapa mana yang tidak risau bila dengar berita sebegini  di saat nyawa ibu dan bayi sepatutnya diberi penjagaan paling rapi, timbul pula persoalan tentang keselamatan dalam dunia perubatan.

Walaupun kejadian berlaku bukan di Malaysia, siapa sangka di sebuah hospital awam di India, seorang pakar sakit puan kanan kini sedang disiasat selepas dilaporkan melakukan 21 pembedahan Caesarean kecemasan dalam satu syif.

Memetik laporan Harian Metro, pakar sakit puan tersebut, Dr Kantheswar Bordoloi dari Hospital Awam Morigaon, dikatakan melakukan pembedahan itu bermula jam 3.40 petang pada 5 September hingga 1.50 pagi keesokannya.

Tindakan Doktor Dipersoalkan

21 Pembedahan Caesarean Dalam Satu Malam? Doktor Pakar Sakit Puan Disiasat
Gambar sekadar hiasan

Kes ini menimbulkan kebimbangan ramai pihak kerana ia melibatkan nyawa dua insan  ibu dan anak. Pentadbiran tempatan segera mengeluarkan notis tunjuk sebab serta menuntut penjelasan mengapa beliau tidak wajar dikenakan tindakan tatatertib.

Notis itu juga menimbulkan persoalan besar tentang keselamatan pesakit, termasuk sejauh mana prosedur dilakukan dengan teliti. Pegawai kesihatan memaklumkan rekod sebelum dan selepas pembedahan tidak diselenggara dengan baik, sekali gus boleh menjejaskan kawalan jangkitan serta meningkatkan risiko komplikasi.

Ads

Menurut laporan Hindustan Times, doktor berusia 61 tahun itu diarahkan menghantar laporan terperinci setiap kes dalam tempoh tiga hari, termasuk butiran rawatan bayi di Unit Rawatan Neonatal Sakit (SNCU), prosedur pensterilan serta rekod tekanan janin.

Penjelasan Doktor

21 Pembedahan Caesarean Dalam Satu Malam? Doktor Pakar Sakit Puan Disiasat
Gambar sekadar hiasan

Bagaimanapun, Dr Bordoloi mempertahankan tindakannya. Beliau menjelaskan bahawa di hospital awam yang sibuk, prosedur Caesarean tanpa komplikasi boleh dilakukan sepantas 15 minit. Tambahan pula, hospital berkenaan mempunyai dua meja pembedahan yang membolehkan pensterilan berterusan dilakukan.

Ads

“Saya mengendalikan kes kecemasan satu demi satu dan jumlahnya meningkat secara tidak dijangka. Saya bekerja dengan pantas, tetapi semua prosedur perubatan yang diperlukan dipatuhi,” katanya, memetik laporan The Assam Tribune.

Difahamkan, 19 daripada 21 ibu dan bayi sudah dibenarkan pulang dalam keadaan stabil, manakala dua lagi masih dirawat termasuk seorang yang dipindahkan ke Hospital dan Kolej Perubatan Gauhati.

Ads

Pengajaran Buat Kita Semua

Kes ini wajar menjadi peringatan kepada kita sebagai ibu bapa. Walaupun teknologi perubatan semakin canggih, hakikatnya keselamatan ibu dan anak sentiasa perlu diutamakan. Ia juga mengingatkan bahawa kehamilan dan kelahiran bukan sekadar proses biologi, tetapi detik genting yang memerlukan perhatian menyeluruh daripada pasukan perubatan.

Sebagai masyarakat, kita juga perlu lebih peka – bertanya, mendapatkan maklumat, dan berani bersuara jika berdepan situasi meragukan ketika berada di hospital. Nyawa ibu dan anak terlalu berharga untuk dipandang ringan.

Kesimpulannya, apa yang berlaku di India ini membuka mata dunia – bahawa dalam kesibukan sekalipun, amalan perubatan mesti berpaksikan kepada keselamatan dan kesejahteraan pesakit. Ia bukan sekadar isu prosedur, tetapi tentang nilai kehidupan yang tidak ternilai harganya.

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads