22 tahun hidup bersama, rumah tangga Edika Yusof dilanda badai. Kisah rumahtangga pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, menjadi perhatian apabila dilaporkan bahawa Hidayah telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar pertengahan Februari lalu.
22 Tahun Hidup Bersama, Rumah Tangga Edika Yusof Dilanda Badai
Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Hidayah, Mohd. Yazid Hazim, selepas menghadiri sebutan kes di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
“Prosiding hari ini hanya melibatkan penyerahan dokumen. Sepatutnya pihak defendan (Edika) hadir ke mahkamah, namun kami telah menerima surat makluman ketidakhadiran yang dipercayai disebabkan urusan kerja atau hal lain,” ujar beliau kepada Kosmo! Online.
Menurut Mohd. Yazid lagi, mahkamah telah menetapkan 23 April sebagai tarikh sebutan seterusnya bagi kes tersebut.
Apabila ditanya mengenai sebab di sebalik permohonan perceraian itu, beliau enggan mendedahkan secara terperinci atas alasan subjudis, namun mengesahkan wujudnya konflik dalaman sebagai punca utama.
“SECARA UMUM, PERCERAIAN INI BERPUNCA DARIPADA MASALAH KETIDAKSEFAHAMAN ANTARA PLAINTIF DAN DEFENDAN. PERINCIAN LANJUT MUNGKIN AKAN DIDEDAHKAN PADA SESI MAHKAMAH YANG AKAN DATANG, BERGANTUNG KEPADA ARAHAN HAKIM,” KATANYA.
Nor Hidayah pula memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung keputusannya membawa hal ini ke mahkamah.
“Semua orang tahu situasi saya. Kalau saya sudah berada di tahap ini, tentu ada sebab yang sangat kukuh. Itu sahaja yang saya boleh katakan,” ujarnya.
Beliau turut menyerahkan kepada pihak suami untuk memberikan penjelasan lanjut dan menyatakan tidak mahu sebarang kenyataan dikeluarkan dari pihaknya buat masa ini.
Ads
Hidayah turut mengakui bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung, namun enggan mendedahkan sejak bila keadaan itu berlaku.
Untuk makluman, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga selama hampir 22 tahun dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq, dan Fereena Nurulhaq.
Sebelum ini, kisah Edika yang cekal menjaga isterinya yang mengalami lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu pernah mendapat pujian dan simpati ramai.
Memilih sekolah untuk anak bukan perkara mudah bagi ibu bapa masa kini. Antara pilihan yang semakin mendapat perhatian ramai ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), bukan sahaja kerana reputasinya dalam akademik, tetapi juga kerana peluang pembelajaran pelbagai bahasa, tahap disiplin yang tinggi, serta persediaan awal untuk masa depan anak-anak.
Ramai ibu bapa tertanya-tanya, kenapa ada yang sanggup menghantar anak ke SJKC walaupun mereka sendiri tidak pernah bersekolah di situ. Bagi pengasas jenama tempatan AINAA Beauty, keputusan Aina Hafiz pilih SJKC untuk anak sulung mereka, Raisya, bukan sekadar mengikut trend, sebaliknya satu strategi pendidikan yang dirancang dengan teliti.
Setiap ibu bapa pasti melalui satu fasa yang sama melihat anak yang dahulu digendong, disuap, dan ditenangkan setiap kali menangis, kini berdiri sendiri dalam seragam sekolah dan bersedia melangkah ke dunia yang lebih besar.
Dalam satu foto yang cukup menyentuh hati, Aina dan Hafiz duduk di sisi Raisya yang melangkah ke alam sekolah rendah. Raisya tampil kemas dengan uniform biru dan senyuman manis, menarik perhatian ramai bukan sahaja kerana kecomelannya, tetapi juga kerana keputusan ibu bapanya memilih laluan pendidikan SJKC.
Dalam satu perkongsian di media sosial, Aina meluahkan perasaan sebagai seorang ibu yang penuh dengan emosi dan harapan:
“My first born is stepping into Primary School today. Mommy knows you’re growing but a part of me still wants to pause this moment just a little longer 🤧…
Luahan tersebut jelas menggambarkan kasih sayang seorang ibu yang sedang belajar untuk melepaskan, sambil berharap agar keputusan pendidikan yang dibuat menjadi jalan terbaik untuk masa depan anaknya.
Menurut Aina menerusi igstorinya, keputusan ini dibuat dengan pertimbangan jangka panjang, terutamanya dari sudut penguasaan bahasa Mandarin sejak usia kecil. Raisya sebelum ini telah bersekolah selama dua tahun di Chinese Kindergarten bagi membina asas bahasa.
Aina menjelaskan bahawa walaupun Raisya belum fasih berbahasa Mandarin, sekurang-kurangnya anaknya tidak terkejut apabila memasuki alam sekolah rendah. Inilah antara sebab utama Aina Hafiz pilih SJKC sebagai langkah awal pendidikan formal anak mereka.
Menariknya, Raisya sebenarnya berdaftar di Sekolah Kebangsaan di bawah KPM. Namun, bagi memastikan persiapan akademik lebih kukuh, Aina menghantar Raisya ke transit Private Chinese Primary School selepas waktu sekolah sehingga jam 6 petang.
Di sana, Raisya menyiapkan kerja rumah, mengikuti kelas tuisyen, dan turut menghadiri kelas tambahan malam untuk Mandarin serta KAFA. Pendekatan ini membolehkan Raisya mendapat pendedahan seimbang antara akademik, agama, dan pembentukan sahsiah.
Bukan itu sahaja, Aina juga menjawap persoalan daripada pengikutnya yang bertanya kenapa memilih sekolah begitu untuk anaknya.
Dalam posting yang berbeza, Aina mempunyai pendirian tersendiri untuk memberikan yang terbaik buat anak sulungnya.
Aina always wanted to send anak anak to Chinese School sbb for me ada banyak opportunities bila ke Chinese Schoolin terms of extra language skill, discipline, academic.
For me waktu diorang keik, otak mash tengah nak develop & tengah seronok belajar banyak benda ni la, time kena ready plan apa yang kita nak untuk education diorang
Bila hantar awal awal ke Chinese School, diorang ada peluang belajar more language. Masa keik senang nak masuk kepala & belajar compared to amik third language bila dah besar nanti. Bila ada skill cakap Mandarin, bila besar peluang kerja pun lagi besar. Aina memang fully cakap. Malay dekat rumah, tp Raisya belajar speak English bila pergi Chinese School & soon insaAllah boleh speak Mandarin pula
In terms of discipline pula Aina rasa Chinese School lebih strict dari segi timing, homework & diorang ajar anak independent dari sekolah.
Walaupun sedih sikit diorang tkbagi parents masuk school & tunggu anak awal sekolah ni. Just boleh drop depan gate je sbb nak anak urus diri sendiri cari class sendiri, makan sendiri
Plus, Tokma dia & cousin dia dekat kampung ramai juga masuk Chinese School, so Aina boleh refer juga pada diorang apa yg perlu buat hehe
Aina memang tak pernah plan nak masukkan anak anak Private School or International School sbb nak diorang experience macamana Mommy &
Daddy dia experience dulu
Orang cakap, goverment school lagi banyak peluang, school activities & all. Butttt if Raisya really cannot go with Chinese School, I’ve always have plan B. But hopefully she can survive la, aamiin!
Aina percaya usia kanak-kanak adalah tempoh terbaik untuk pembelajaran bahasa. Dengan persekitaran yang sesuai, anak-anak lebih mudah menyerap bahasa baharu tanpa tekanan berlebihan.
SJKC terkenal dengan penekanan terhadap disiplin, pengurusan masa, dan tanggungjawab kendiri. Walaupun ibu bapa hanya boleh menghantar anak di pintu pagar, Aina melihat ini sebagai proses penting untuk membentuk sifat berdikari.
Dengan ramai ahli keluarga yang pernah bersekolah di Chinese School, Aina mempunyai rujukan dan panduan dalam membuat persediaan mental serta akademik untuk anak.
Aina dan Hafiz tidak memilih sekolah swasta atau antarabangsa kerana mahu anak-anak melalui pengalaman pendidikan yang hampir sama seperti mereka dahulu, sambil menikmati peluang akademik dan kokurikulum yang luas.
Walaupun mengakui sedih tidak dapat menunggu anak di dalam kawasan sekolah, Aina faham bahawa ini sebahagian daripada proses tumbesaran. Aina Hafiz pilih SJKC dengan harapan Raisya mampu menyesuaikan diri dan membina masa depan yang lebih cerah.
Kanak-kanak pemalu cenderung untuk merasa tidak selesa atau gugup dalam situasi sosial, terutamanya ketika berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.
Mereka sering memilih untuk berada di tempat yang selamat, seperti bersama keluarga atau rakan rapat, dan memerlukan masa lebih lama untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu.
Justeru, perkongsian Wawa Shauqi yang terkenal dalam bidang penulisan kekeluargaan telah berkongsi 10 perkara yang membantu untuk mengelak anak bersikap pemalu.
Saya pernah rasa risau dengan anak saya yang kedua ni. Sebab masa kecik dia pemalu. Dah besar sikit, selalu rasa rendah diri. Dia selalu diejek sebab rambutnya yang kerinting.
Diejek sebab membaca lambat. Direndahkan sebab tak terer sangat bersukan. Dan cakap pun agak lambat-lambat. Saya taknak dia struggle dengan keyakinan diri macam saya masa kecik. Jadi saya dan suami bekerja keras jugak untuk buat dia kekal confident.
Demam sakit perut ibu hamil bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan. Kisah yang berlaku pada Ramadan ini benar-benar meruntun hati apabila seorang ibu yang menunggu zuriat selama bertahun-tahun akhirnya pergi bersama bayi yang dikandungnya.
Ramadan selalunya datang dengan cahaya dan ketenangan. Tapi kali ini, dalam suasana orang sibuk menghitung hari menuju Syawal, terselit satu berita yang begitu meruntun hati. Sebuah kisah yang bukan sekadar kehilangan, tetapi kehilangan dua nyawa serentak — ibu dan anak yang sepatutnya menyambut dunia bersama.
Seorang wanita berkongsi detik paling pilu dalam hidupnya apabila kakaknya meninggal dunia hanya beberapa jam selepas melahirkan bayi sulung. Difahamkan, arwah mengalami demam sakit perut ibu hamil ketika hamil sebelum keadaan menjadi semakin serius.
Bayi tersebut terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhir pada pagi hari kelahiran. Tidak lama kemudian, ibunya pula dilaporkan berada dalam keadaan nazak sebelum pergi meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.
Ketika kejadian, arwah sedang hamil 36 minggu. Adiknya pula hamil 38 minggu jarak kandungan mereka hanya berbeza dua minggu. Mereka melalui fasa akhir kehamilan hampir serentak, berkongsi cerita, debaran dan perancangan menyambut kelahiran. Namun takdir Allah SWT menentukan jalan yang berbeza.
Arwah dijadualkan untuk melahirkan bayi secara pembedahan pada bulan Oktober. Pada hari kejadian, dia sepatutnya menghadiri temu janji dengan doktor pakar dan menguruskan pembelian rumah baharu fasa bahagia yang sedang dibina sedikit demi sedikit.
Beberapa hari sebelum itu, arwah dilaporkan mengalami demam sakit perut ibu hamil. Pada waktu malam, dia sempat ke klinik dan dinasihatkan supaya dirujuk ke hospital. Namun arwah memilih untuk menunggu temu janji di klinik kesihatan pada keesokan harinya.
Keadaan yang pada awalnya kelihatan biasa rupa-rupanya menjadi petanda kepada komplikasi yang lebih serius.
Sekitar jam 3 pagi, kesakitan menjadi semakin tidak tertanggung dan disertai pendarahan ringan. Arwah segera dibawa ke hospital.
Pada jam 7 pagi, bayi dalam kandungannya disahkan meninggal dunia. Beberapa jam kemudian, arwah pula berada dalam keadaan kritikal sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir.
Peristiwa ini mengejutkan ramai pihak termasuk doktor pakar yang sebelum ini menjadualkan kelahiran secara pembedahan.
Sejak Oktober 2025 hingga kini, ibu bapa mereka tidak pernah gagal menziarahi pusara arwah. Bukan kerana tidak reda, tetapi itulah satu-satunya cara untuk merasa dekat dengan anak yang dirindui setiap hari.
Lebih menyayat hati, arwah sempat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerjanya.
Dia bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan supaya tidak menyusahkan sesiapa sepanjang cuti bersalin. Tidak pernah terlintas di fikiran sesiapa, “cuti lama” itu rupa-rupanya perpisahan yang abadi.
Pada 12 Oktober 2025, arwah sempat menjalani sesi fotografi kehamilan. Jarang sekali dia mengenakan pakaian putih, namun hari itu dia memilih warna tersebut.
Tiga hari kemudian, pada 15 Oktober 2025, dia pergi buat selama-lamanya.
Kisah ini mengingatkan ramai tentang bahaya demam sakit perut ibu hamil yang kadangkala disangka hanya simptom biasa.
Perkongsian ini hadir bersama pesanan penting buat semua wanita hamil — jangan sesekali pandang ringan tanda seperti demam sakit perut ibu hamil atau pendarahan walaupun nampak kecil.
Pemeriksaan segera di hospital boleh menjadi penentu antara selamat atau sebaliknya. Dalam situasi tertentu, tindakan cepat mampu menyelamatkan nyawa ibu dan juga bayi dalam kandungan.
Bagi keluarga, kehilangan ini terlalu berat untuk diluahkan dengan kata-kata. Namun mereka percaya Allah SWT lebih menyayangi kedua-duanya. Bayi kecil itu sempat menatap dunia walau hanya seketika, dan kini dibesarkan di syurga bersama ibunya.
Ramadan ini benar-benar mengajar erti sabar, reda dan hakikat bahawa hidup ini tidak pernah berada dalam genggaman kita sepenuhnya.