Pernah tak anda terfikir apa yang mungkin dilakukan bayi di dalam rahim sebelum dilahirkan? Jika sebagai ibu, anda akan mempersiapkan diri, begitu jugalah dengan si manja.

24 Jam Sebelum Lahir Ada 11 Benda Bayi Buat Dalam Perut Ibu, No 8 Paling Tak Sangka!

Bayi di dalam rahim, apa mereka lakukan?
Biasanya kita hanya akan berkongsi cerita mengenai pengalaman bersalin, kesukaran dan cabaran yang bakal ibu perlu lalui.

Namun, bagaimana pula kisahnya dengan si manja yang bakal dilahirkan. Apa yang mungkin mereka lalui semasa masih di dalam rahim?

Percayalah, ketika si ibu berperang dengan kontraksi, bayi di dalam rahim juga turut mengalami tempoh masa yang sangat memberi tekanan.

Adakah mommies ingin mengetahui apa yang si kecil buat dalam tempoh 24 jam sebelum dilahirkan?

11 perkara dilakukan bayi di dalam rahim

Anda mungkin akan dapat mengingat setiap detik perkara yang berlaku sebelum, semasa dan selepas melahirkan si kecil.

Tetapi sudah tentu keadaan berbeza dengan si manja. Masakan mereka dalam mengingati apa yang mereka lalui dalam rahim dan berkongsi bersama anda.

Jadi sukar untuk menggambarkan apa yang mungkin dirasakan mereka. Walau bagaimanapun, dengan kemajuan sains dan penyelidikan, dapat dibuktikan beberapa perkara dilakukan si kecil sebelum dilahirkan.

Mula turun ke bawah
Mungkin berlaku dalam tempoh beberapa minggu sebelum kelahiran dan yang pastinya ia petanda bayi bersedia untuk dilahirkan.

Dari segi fizikal, nampak seperti bayi berada di bawah abdomen ibu. Saat ini anda akan hilang rasa pedih ulu hati.

Bagi bayi di dalam rahim, mereka sedang berhubung dengan pelvis dan mencari saluran kelahiran.

Pada saat ini anda pasti mengharapkan kepala si manja berada di bawah bagi memudahkan proses bersalin nanti.

IKLAN

Berikan tekanan
Apabila bayi berada dalam posisinya di pelvis, mereka akan memberikan tekanan untuk proses kelahiran.

Tekanan tersebut akan melonggarkan palam mukus (mucus plug) dan akan menipiskan serviks sebelum tekanan mula membuka pintu rahim.

Berpusing-pusing
Sebelum dilahirkan, pernah terfikir bagaimana si kecil mencari jalan ke pintu rahim? Pakar berpendapat, mereka akan berputar seperti skru. Tetapi tidaklah laju.

Bayi akan berpusing dan mencari jalan terbaik untuk keluar.

Denyutan jantung naik & turun
Seperti denyutan jantung si ibu, denyutan jantung bayi juga akan melalui fasa naik dan turun apabila hampir tiba dengan saat melahirkannya.

Percayalah kadar denyutan jantung bayi tidak akan konsisten dalam proses kelahiran ini. Kadar normalnya adalah sekitar 110-160 denyutan setiap minit.

Berlatih bernafas
Sebelum dilahirkan, bayi anda akan membuat latihan pernafasan. Bagaimana mereka melakukannya?

Si kecil akan menyedut cecair amniotik menggunakan hidung dan mulut sepanjang proses latihan itu. Jangan risau, ia tidak berbahaya.

IKLAN

Perjalanan berliku
Jika kontraksi adalah 1 situasi yang memeritkan buat ibu, tanpa kita ketahui mungkin proses tersebut juga menjejaskan keadaan si manja di dalam rahim.

Setiap apa yang berlaku di dalam rahim adalah perkara yang tidak akan mampu untuk kita bayangkan.

Mendengar segalanya
Tahukah anda, apabila menghampiri waktu bersalin, bayi di dalam rahim mampu mendengar segalanya?

Fungsi pendengaran kecil si manja berkembang awal dan disebabkan itu mereka mampu mengesan bunyi dari awal.

Malahan, dikatakan selepas lahir bayi mungkin akan menoleh ke arah suara ibunya. Hmmm…tidak percaya? Cubalah panggil si manja selepas selamat lahirkannya nanti.

Sempat tidur
Sama ada di dalam atau di luar rahim, bayi akan tidur. Ini kerana seperti ibu, si manja juga memerlukan tenaga untuk proses kelahiran.

Pada ketika kontraksi berlaku, si kecil sempat tidur terutamanya pada awal-awal proses kelahiran.

Malahan, ketika si ibu sedang sibuk meneran, masa rehat yang ada antara kontraksi juga merupakan peluang kepada si manja untuk memejamkan mata sebentar.

IKLAN

Hilang tempat berlindung
Sepanjang tempoh kehamilan, kantung ketuban dan cecair amniotik adalah pelindung buat si manja. Pada ketika air ketuban pecah, persekitaran bayi anda akan mengalami perubahan.

Biasanya ketuban yang pecah akan mengalirkan air secara perlahan, jadi masih ada sedikit cecair amniotik untuk memberikan si manja perlindungan.

Amaran meconium
Sekiranya air ketuban pecah secara tiba-tiba, kenal pasti jika ia berbau atau berwarna. Jika ya, mungkin petanda si kecil di dalam rahim sudah membuang air besar.

Bahan buangan pertama itu dipanggil sebagai meconium, dan ini 1 situasi berbahaya jika berlaku di dalam uterus.

Hal ini kerana wujud kemungkinan untuk bayi memakannya dan boleh membuatkan mereka sakit.

Dipicit
Bayi dipicit, kedengaran kasar, bukan?

Tetapi sebelum dilahirkan dan pada ketika kontraksi berlaku, ia bermakna ruangan dalam rahim sedang mengalami proses pengecutan.

Sekali gus, tindak balas pengecutan ini akan membuatkan bayi seakan dipicit dan ditekan untuk ke bahagian pintu rahim.

Keadaan ini akan mengurangkan peluang bayi untuk berpusing sehingga berlakunya kelahiran bayi songsang.

Laluinya dengan tenang
Menanti saat keluarnya bayi di dalam rahim pastinya sangat mendebarkan. Seperti anda, sebelum dilahirkan, si kecil juga berdepan dengan pelbagai situasi dan keadaan.

Apa yang penting, sentiasa berada dalam keadaan tenang dan banyakkan bersabar. Semoga proses kelahiran si manja anda akan berjalan dengan lancar.

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI