Ketahui stimulasi sensori bulan ke bulan sesuai dengan tumbesarannya boleh dibuat di rumah!
Senang dan mudah sahaja melakukannya. Janji mama & papa kena rajin dan gigih.
1 BULAN
Bayi akan terbaring sepanjang masa kecuali semasa diangkat. Bagaimana pun, bayi telah mula membuat gerakan seperti membuat gerakan menggunakan tangan, menendang, memberikan respons kepada bunyi-bunyian tetapi penglihatannya masih lemah dan sedang berkembang.
CARA RANGSANGAN
• Biarkan bayi menggenggam jari anda.
• Baby mobile atau mainan yang berwarna hitam putih.
• Mainan yang berbunyi seperti kerincing.
• Penyusuan susu ibu menggalakkan rangsangan penglihatan di mana bayi akan memandang ibu semasa menyusu.
3-4 BULAN
Bayi sudah mula meniarap dan mengangkat bahagian atas badannya. Kepalanya boleh diangkat 45 darjah. Bayi sudah tahu kaitan antara perkara yang dilakukan dan dilihat saling berkait.
CARA RANGSANGAN
• Berikan mainan yang boleh digenggam bayi.
• Berikan bayi buku atau kad imbasan yang mempunyai dua warna yang kontras seperti hitam putih merah putih dan sebagainya.
• Gerakkan objek yang bergantung sebagai rangsangan kepada penglihatan si manja.
5-6 BULAN
Ada bayi pada peringkat usia 5-6 bulan sudah boleh duduk dengan sokongan seperti bantal pada bahagian belakang. Mula membuat bunyi-bunyian untuk mendapatkan perhatian orang lain. Berbaring, meniarap dan bergolek pelbagai cara. Pada usia enam bulan, bayi boleh diberikan makanan pelengkap seperti puri yang dikisar halus.
CARA RANGSANGAN
• Berikan mainan yang mudah dipegang dan digerakkan.
• Sediakan mainan berbentuk bulat seperti bola untuk rangsangan bayi untuk merangkak.
6-7 BULAN
Bayi pada usia ini biasanya sudah berupaya untuk duduk sendiri dan berpusing. Koordinasi mata tangannya semakin baik dan lebih banyak ekspresi wajah ditunjukkan.
CARA RANGSANGAN
• Perbanyakkan cara bermain yang melibatkan nyanyian, bercakap dan praktis vokal.
• Main tepuk tangan.
• Bebola mainan dari jenis lembut (plushies) sesuai untuk diberikan pada usia ini.
• Menerokai dan cuba menyiasat mengenai tubuh badannya.
7 -8 BULAN
Bayi mula merangkak, mengambil objek dengan dua jari dan sudah tahu beberapa bahasa badan untuk sesuatu (seperti melambai), lebih banyak ekspresi melalui vokal atau suara, babbling dan seolah-olah faham bahasa yang dituturkan orang dewasa.
CARA RANGSANGAN
• Galakkan bayi untuk mengalihkan mainan dari sebelah tangan kepada sebelah lagi tangan.
• Mainan jenis susun bertingkat sangat baik untuk melatih koordinasi mata tangan.
• Anda sudah boleh menyuapkan makanan kepadanya secara berhadapan untuk menggalakkan interaksi dengannya.
8-9 BULAN
Bayi merangkak semakin laju. Malah ada yang mula berpaut pada objek di sekeliling seperti perabot dan mama dan papanya untuk bangun. Bayi mula mengetuk objek untuk menghasilkan bunyi, berkomunikasi dengan orang dewasa dengan bahasa badan dan bunyi-bunyian. Tekstur makanannya juga berubah kepada yang lebih kasar.
CARA RANGSANGAN
• Boleh berikan bayi mainan yang boleh dicubit.
• Dia juga semakin mahir melepaskan mainan
• Suka bermain mainan jenis treasure box yang mempunyai elemen surprise (kejutan).
• Anda boleh memegang bawah lengan bayi untuk mengajarnya bertatih.
10 BULAN
Bayi sudah boleh berdiri sendiri tanpa sokongan selama beberapa saat. Dia boleh berjalan beberapa langkah dengan mainan jenis sorong. Boleh memanggil ibunya dan suka melihat orang lain bermain. Masih tidak pandai untuk berkongsi mainan.
CARA RANGSANGAN
• Sediakan memasang mainan yang berbentuk set.
• Latih bayi minum air dengan cawan.
• Boleh berikan mainan yang lebih complicated.
11-12 BULAN
Bayi sudah boleh menyusur laju dengan berpegang dengan objek. Sudah pandai membelek muka surat buku, sebutan perkataan yang lebih jelas, imaginasi lebih kuat dan lebih aktif. Boleh menuturkan beberapa perkataan yang bermakna.
CARA RANGSANGAN
• Sediakan mainan yang boleh dipicit seperti mengalihkan pompom ke dalam bekas mengikut warna, menggunakan penyepit dan sebagainya.
• Mainan jenis ‘letak dan bergerak’ dan jenis mekanikal bagus untuk membentuk persepsi bayi.
• Ajar bayi untuk makan dan minum dengan sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penggunaan kerusi keselamatan dipraktikkan bagi ibu bapa yang mementingkan keselamatan anak. Malah ia menjadi satu kewajipan bagi setiap anak untuk diletakkan pada kerusi keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
Setiap perjalanan di jalanraya mendedahkan pengguna kepada risiko kemalangan. Terkini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melalui laporan Bernama berkata kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020.
PROGRAM KESEDARAN TENTANG KEPENTINGAN KERUSI KESELAMATAN
Sebelum penguatkuasaan secara mandatori pada tahun 2020, Kementerian Pengangkutan akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang tahun 2019.
“Sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia (dari segi ) tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos (kerusi bayi) lebih mampu (untuk pembeli),” katanya.
Menurut Loke lagi, pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap pembelian kerusi keselamatan bayi supaya harganya lebih murah.
Alahai comelnya Rina! Video gelagat anak Maryam, ketika berada di pantai buatkan ramai geram dengan gelagatnya. Bukan main Rina menjerit tengok ombak. Riuh sungguh mulut, macam mommynya.
Menerusi perkongsian di instagran Maryam You Narae, pasangan suami isteri ini pertama kali membawa Rina pergi ke pantai.
Video pendek itu memaparkan gelagat anaknya, Rina ketika berada di pesisiran pantai sambil Ryzal mendukung anak sulungnya itu.
Apa yang membuatkam ramai terhibur, reaksi Rina ketika Ryzal berlari seolah-olah ombak sedang mengejar mereka, bukan main buat si comel itu menjerit.
Seronok sangat reaksi Rina dan macam tahu-tahu je dia tengah main pantai.
“Menjerit sebab gayat tu..”
Disebabkan jeritan manja Rina, ada pengikut mommy dan daddynya memberitahu mungkin dia gayat. Dengan mukanya yang merah, menambahkan lagi kecomelan anak kacukan Melayu dan Korea ini.
“Kecik-kecik dah pandai Weoww!! Weoww! So cute”
Disebabkan anak daranya begitu seronok, Ryzal lagi kuat menyakat sampai tergelak dia lihat anak daranya itu.
Geram tengok pipi Rina
Selain aksi Rina yang menjerit, perhatian orang ramai juga adalah pada pipinya. Makin hari, makin tembam pipi Rina. Tambah pula dengan matanya yang sepet, buat ramai yang geram.
Ramai juga yang kata, bila besar nanti tak mustahil Rina akan jadi pengganti mommynya
Kredit: IG Maryamyunrrr
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbunga hati mama papa bila bayi mula tunjukkan yang dia sukakan anda. Perhatikan 8 tanda ini. Dia memang sedang obses tentang apa sahaja berkaitan anda.
Bayi ada cara tersendiri untuk meluahkan rasa sayang dan sukanya kepada kita. Bertuahlah mama dan papa yang telah kalau bayi dah tunjukkan tanda-tanda ini. Itunya tandanya dia memang suka dan obses dengan anda.
1.MEMANDANG KE WAJAH ANDA
Jika bayi selesa dengan anda, mereka akan suka memandang ke wajah anda dan curi-curi mellihat berkali-kali. Seolah-olah anda lah pelakon utama atas pentas. Dalam perbuatan ini dia sebenarnya cuba untuk mengenali wajah anda.
2.SENYUM KEPADA ANDA
Bayi akan senyum kepada anda walau pun sebentar pada usia enam hingga lapan minggu. Ini bermakna dia makin selesa dengan mama dan papa. Bonding antara anda semakin mendalam.
3.KENAL BAU & SUARA ANDA
Si kecil makin mengenali bunyi suara dan bau badan anda. Malah dia sudah kenal bau badan dan suara anda. Setiap kali bersama dengan anda, dia akan rasa selesa.
4.SUKA CIUM MAMA PAPA
Bila mencecah usia setahun, bayi sudah berupaya memberikan anda ciuman ke pipi anda. Ia juga salah satu tanda bonding antara anda berdua berjaya.
5.MINTA DIDUKUNG
Bayi tidak pandai memberitahu anda yang dia menyayangi anda. Kalau dia minta anda mendukungnya, itu bermakna dia semakin percayakan anda. Selain mendepakan tangan meminta didukung, mereka juga akan mengangkat tangan mama dan papa dan meletakkan pada badan mereka sebagai tanda minta didukung.
6.ACAH-ACAH DIKEJAR
Bila bayi mula boleh merangkak, dia makin pandai bermain dengan anda. Bayi mungkin akan acah-acah lari daripada anda dan mahu anda mendapatkannya.
7.CUBA TARIK PERHATIAN ANDA
Sekiranya dia melihat anda ada disampingnya, dia akan cuba menarik perhatian anda kepadanya dengan menunjukkan protes jika anda meninggalkannya. Bila anda mula menyentuhnya dan mendukung, bayi bertambah gembira, tersenyum dan ketawa.
8.MENIRU APA YANG ANDA LAKUKAN
Semakin besar, bayi akan meniru apa yang anda lakukan. Ini adalah luahan kasih sayang yang ditunjukkan olehnya kepada anda. Misalnya meniru aksi anda membuat mimik muka, bercakap telefon dan sebagainya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.