28 jam bertarung dengan kontraksi, akhirnya instafamous Anissa Faizul berjaya mendakap anak sulungnya, Ainul Mardhiah. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakannya.
Melalui proses kelahiran ada cabarannya, terutamanya bersalin cahaya mata sulung. Perkongsian ibu muda yang juga instafamous Anissa Faizul ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu lain.
Menghadapi kontraksi dan kemudian proses meneran adalah dua perkara yang berbeza. Saat ini dirasakan seperti nyawa di hujung tanduk! Namun pengalaman ini sangat bermakna buat insan yang bernama ibu. Berikut perkongsian oleh Anissa;
SYUKUR ATAS PENGALAMAN BERMAKNA INI
Ya Allah, terima kasih atas pengalaman bermakna ni. Bagi Nissa antara beranak & contraction yang mana paling sakit.. Nissa pilih contraction. Sakit dia ya Allah, Tuhan je yang tahu. 3 suntikan pain killer pun masih belum dapat hilangkan sakit contraction tu.
28 JAM KONTRAKSI
28 jam berlawan dgn contraction, 2am (7/1/2019) Contraction pertama & berterusan.. 11:30am, Nissa kena tahan dalam wad sbb nak suntikan pain killer (suntikan pertama) Dan suntikan kedua pada belah malam (lupa dah jam berapa sbb pain killer ni kena gap 6jam) Dan suntikan ketiga pkul 4am.
Sepanjang contraction, memang Nissa tak makan. Tidur pun sejam je selepas kena suntik pain killer. Lepas tu contraction datang balik. And setiap kali nak kena suntik pain killer, nurse akan check laluan.
Ads
BUKAAN MASIH 1CM, ESOK KENA INDIUS
Laluan still 1cm Sampai nurse bagitau, esok pagi masuk labour room doktor akan induce Ya Allah, time tu mmg dah tak fikir nak beranak normal. Sbb induce ni 10x ganda sakit dari contraction (nurse yg bagitau) So, malam tu Nissa bagitau Syahmi kalau betul esok kena induce mmg Nissa nak mintak caesar je.
BUKAAN 4CM. MASA MANDI TURUN DARAH
8/1/2019 (8:30am)
Time ni laluan dah 4cm tp masih lg takde turun air ketuban or darah. So, sblm masuk labour room doktor suruh isi perut & mandi utk segarkan badan. Time mandi tu la, baru tanda (darah) turun. So, cpt2 Nissa bersiap & call nurse utk ke labour room.
Ads
MASUK LABOUR ROOM & SEDUT ENTONOKS
Pkul 9 lebih Nissa masuk labour room, doktor bagi gas untuk kurangkan sakit [Tips : Sedut time sakit shj, and sedut melalui mulut, hembus melalui hidung]. 15 minit lepastu doktor dtg balik & check jalan dah boleh beranak.
TAK SAMPAI SEJAM, BAYI DILAHIRKAN
Alhamdulillah tksampai sejam keluar lah @babyainulmardhiah? Allah swt permudahkan urusan beranak selepas bertarung dgn contraction selama 28jam lebih. Tp Nissa kena gunting sbb tak de tenaga nak teran & tak pandai nak curi nafas time meneran.
Ads
Dan time doktor tgh jahit tu, mmg tak rasa pape?? Tambah-tambah perasaan memang happy bila dgr suara baby nangis. Mcm tak percaya yg kita melahirkan baby yang tengah nangis tu.
NASIHATKAN IBU NAK BERSALIN KENA PANDAI CURI NAFAS MASA MENERAN
So, yang mana nak dkt dah dgn due date jgn risau tau. Sbb lain org lain pengalaman. Yang penting kena tenang & pandai curi nafas time meneran. Jgn keluarkan suara time meneran & yg penting push time sakit je kalau tak mmg uolss akan habis tenaga. Mcm mana nk tahu sakit tu?? Dont worry nurse & doktor akan bagitau @ kita mmg akan rasa sakit tu (mcm nak berak)
SYUKUR KERANA TIDAK PERLU INDIUS
Habis cerita yang tak berapa nak best ni. Tp Nissa bersyukur sgt tak kena induce or epidural. Ohh, satu lg tips! Bila sakit contraction, pegang kuat2 tgn husband n tarik nafas dalam2 n hembus kot mulut. Ulang smpai la sakit tu hilang. Istighfar byk2 & selawat byk2..
Ramai yang tidak tahu tentang penyakit PCOS. Apa itu PCOS? PCOS adalah sindrom ovari polisistik atau polycystic ovarian syndrome. Kebanyakan wanita yang menghidapi PCOS boleh juga ada masalah obesiti dan kesan kepada tahap kesuburan.
Secara klinikalnya. Diagnosis PCOS diberi apabila seorang wanita ada 2 daripada 3 kriteria ini:
1. haid tidak teratur/jarang atau tiada haid.
2. tinggi hormon androgen / hyperandrogenism : fizikal ada bulu badan/muka > biasa, tinggi hormon testosterone.
3. imbasan ultrasound = ovari polisistik 20% wanita yang normal boleh ada PCOS. Bezakan antara sindrom ovari polisistik dan ovari polisistik. Bukan semua yang ada ovari polisistik ada sindrom PCOS ini.
Apa komplikasi PCOS? Jangka masa panjang, kita boleh lihat komplikasi seperti :
1. diabetes : 10-20% boleh dapat diabetis, risiko lebih tinggi jika obese dan ada sejarah keluarga diabetis.
2. tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh diabetis dan obese.
3. penyakit jantung koronari kerana menhidapi diabetis dan darah tinggi.
4. kanser yang disebabkan oleh penebalan lapisan endometrium , membawa kepada hyperplasia, berisiko jadi kanser rahim.
5. kemurungan yang berpunca dari kegemukan dan kurang keyakinan diri.
6. kesuburan. Wanita yang obese akan mengalami tahap kesuburan yang rendah. Lebih tinggi tahap obesiti, lebih rendah tahap kesuburan.
Wanita-wanita perlu sentiasa melakukan saringan kesihatan setiap tahun untuk mengetahui risiko atau jika sudah ada tanda-tanda penyakit. Rawatan untuk PCOS ini diberikan mengikut simptom wanita itu dan apa kehendaknya pada masa rawatan kerana ia melibatkan haid, kesuburan dan masalah kesihatan juga.
Depresi bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Lebih-lebih lagi jika dialami tanpa kita sedari. Penyakit depresi atau kemurungan ini makin banyak berlaku dalam kalangan masyarakat atas beberapa faktor.
Mungkin ramai juga yang mengganggap bahawa depresi itu sememangnya sama sahaja dengan stress. Tidak sama sekali.
Penyakit ini merupakan penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang hingga menganggu rutin harian.
Perkongsian dari seorang suami, Najmi Nawawi mengenai masalah depresi yang dialami isterinya sehingga sanggup mencederakan diri dan orang serta caranya untuk bantu isteri benar-benar boleh dijadikan panduan bersama.
Aku nak cerita tentang isteri aku. Artikel ini panjang sedikit tetapi demi Allah aku yakin kau tidak akan rugi baca. Aku nak cerita tentang penyakit DEPRESI yang dihidap isteri aku.
Ya isteri aku, bidadari aku sendiri cik Husna mempunyai depresi. Ini telah disahkan oleh pakar psikiatri 4 tahun yang lepas. Aku masih ingat pada waktu itu kami ke Hospital Sungai Buloh setelah mendapat refer letter dari klinik. Punca dapat surat refer itu pula ialah apabila doktor di klinik tanya soalan ini pada Husna.
‘Husna ada rasa sampai macam nak bunuh diri ke?’
Dan isteri aku cakap – ‘Ya, rasa dah tak mahu hidup’.
Bagi aku ini ialah satu detik bersejarah dalam hidup kami. Kerana di sinilah bermulanya perjuangan aku dan isteri berhadapan dengan penyakit yang dipanggil depresi atau kemurungan.
Bila aku tahu isteri aku sudah ada perasaan untuk membunuh diri sendiri. Jadi kau fikir aku ada masa untuk main-main lagi? Kau fikir aku ada masa untuk buat benda lain? Aku kena hadapi masalah ini, sebab yang kena ialah isteri aku. Dia amanah untuk aku, aku perlu bantu.
Rentetan itu banyaklah keputusan-keputusan besar yang aku terpaksa buat dan mengubah hidup aku, hidup kami sekeluarga. Pandangan orang luar? Apa yang mereka tahu? Aku korbankan itu semua. Kerana apa yang penting aku sebagai suami kena bertanggungjawab untuk memulihkan isteri aku.
Maka seperti yang diminta oleh pihak klinik untuk refer department psikiatri Hospital Sungai Buloh maka aku menemani bidadariku untuk berjumpa pakar. Harapnya pada waktu itu, tiada apa-apa yang serius.
Kau tahu-tahu sahajalah ini ialah untuk pertama kalinya kami pergi masuk ke bahagian psikatari. Terdengar ada makcik menjerit-jerit bergaduh dengan nurse, ditambah lagi dengan ruang menunggu yang agak sempit memang buat kami tidak selesa. Ada juga yang bergaduh minta ubat lebih dan ada juga yang mengetuk-ngetuk meja. Macam bercampur dengan tempat orang gila.
Waktu itu, ada juga terfikir. Betulkah tindakan kami ini. Rasa macam masuk ke tempat yang tidak sepatutnya. Pegang tangan isteri dan redah sahaja. Kami mahu juga tahu apa yang berlaku dan semestinya ingin mendapatkan rawatan terbaik.
Aku cerita ini peristiwa yang berlaku 4 tahun lepas, masa ini dalam kepala kami tidak mempunyai kesedaran dan ilmu yang luas tentang penyakit depresi ini. Rasa takut, rasa tidak selamat, rasa risau dan sebagainya semuanya mula menghantui lubuk perasaan.
Kau bayangkanlah. Kau masuk tempat psikiatri kot. Dengan keadaan yang macam itu persekitarannya. Itu perasaan aku, bagaimana pula perasaan bidadari aku ketika itu. Jadi aku kena kuatkan semangat.
Maka berjumpalah kami dengan pakar psikiatri dan isteri aku didiagnos dengan penyakit depresi secara rasmi. Ya pada waktu itu ianya hanya permulaan, dan hanya ada depresi. Tetapi selepas beberapa pertemuan susulan, ia menjadi semakin teruk kerana turut didiagnos juga dengan anxiety dan panic attack.
Mula fasa ujian
Inilah realiti yang perlu kami telan. Kini bermulanya bahagian yang susah iaitu fasa ujian.
Kenapa aku sebut fasa ujian, sebab fasa inilah hubungan kami diuji. Fasa yang susah dan penat.
Husna selalu rasa macam diri dia tidak berguna dan malang.
Rasa macam semua orang benci. Rasa macam semua orang ambil kesempatan. Rasa macam tiada ada orang beri perhatian. Rasa macam tidak disayangi. Rasa baik diri mati sahaja.
Ini semua ialah luahan yang diceritakan pada aku. Dan dari pemerhatian aku sendiri, diri dia umpama ‘not being present’. Macam dia masih hidup dalam kisah lama, atau terlalu memikirkan tentang masa hadapan. Hingga the real world – the present yang ada depan dia ini macam kosong.
Ubat yang doktor bagi ialah setraline. Kami rasa ubat ini umpama nyawa, kerana kalau tiada ubat ini pasti jiran-jiran akan dengar jeritan husna marah dan menjerit-jerit atau menangis. Kerana pernah juga cuba stop makan ubat ini kerana rasa dah boleh baik. Namun ternyata ianya ialah pilihan yang silap.
Maka apa lagi, kami dimarahi oleh pakar psikiatri dekat Hospital PPUM kerana tinggalkan ubat. Kami tidak buat rawatan susulan di Sungai Buloh kerana agak jauh maka PPUM dirasakan lebih sesuai kerana berdekatan. Doktor juga bagi amaran jangan tinggalkan ubat ini lagi.
Ubat ini akan buat kau rasa letih dan penat seterusnya mengurangkan rasa marah atau sedih melampau. Kau akan rasa mengantuk dan lebih suka untuk berehat.
Isteri meraung, menjerit, pecah pintu bilik dan cuba tikam
Kalau aku cerita tentang apa yang berlaku pada kami kalau isteri aku tiba-tiba kena panic attack. Pasti kau tidak percaya. Menjerit dan meraung? Itu perkara biasa. Pintu bilik pecah ditumbuk sekuat hati. Meronta macam hilang pertimbangan bahkan pernah juga cuba menikam aku dengan kunci.
Tidak lawak. Aku boleh menangis fikirkan apa yang berlaku.
Anak-anak? Pastinya terkesan. Macam aku ada dua orang anak, alhamdulillah dua-dua perempuan yang comel. Seorang Maryam Deen dan adiknya ialah Aisyah Deen. Mereka ini ialah penguat perjuangan daddy dan mommy untuk menghadapi perjuangan ini.
Zaman Maryam Deen ialah zaman kami struggle untuk mencari jalan untuk penyelesaian masalah depresi ini. Zaman baru nak kenal penyakit depresi dan mencuba rawatan yang ada.
Zaman Aisyah Deen pula ialah zaman masih struggle tetapi ‘getting better’. Harapnya dose ubat makin turun. Tipulah kalau kami tidak belajar dari apa yang berlaku. Aku sudah makin pandai menjaga husna. Paling penting ialah jaga emosi husna, tahu bahagian mana yang ok dan yang tak ok.
Pengalaman yang ajar aku. Pengalaman yang ‘real’ dan perit. Tetapi inilah kisah pengorbanan dan cinta. Aku harap Maryam Deen dan Aisyah Deen dapat berbangga satu hari nanti bahawa daddy and mommy berjaya jadi survivor penyakit depresi. Aminn.
Sekarang Maryam Deen dan Aisyah Deen ialah penguat untuk kami sekeluarga. Daddy and mommy sayang sangat kamu berdua.
Depresi bukan gila tetapi ianya ialah penyakit. Sepertimana organ lain pada anggota badan kita boleh sakit. Begitu juga dengan otak.
Orang lain memang tidak akan faham dengan apa yang kami lalui. Mungkin ada yang mengganggap ini masalah orang tidak ada iman, solat tak khusyuk. Jarang baca al-Quran. Berfikiran negatif dan suka fikir yang negatif sahaja. Acah-acah stress, orang lain pun ada masalah juga dan sebagainya.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau meminta orang yang depresi untuk melihat the ‘bright side’. Ia umpama kau meminta orang buta untuk melihat matahari!
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau meminta orang yang depresi bersabar sebab orang beriman kan kuat sabar. Kau biar betul? Kalau orang ada cancer kau suruh dia bersabar juga ke? Atau kau minta dia dapatkan rawatan? Bahkan dalam masa yang sama kau sedar tak yang kau tengah ‘judge’ orang depresi kurang iman.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau minta orang yang depresi baca doa itu, baca ayat itu dan ini supaya depresi hilang. Aku tidak cakap doa itu tiada kesan, kerana Allah sudah nyatakan dalam al-Quran dengan mengingati Allah hati akan tenang. Tetapi kita sedang bercakap depresi dari sudut clinically! Doa ialah sebahagian dari solusi. Sama seperti kalau kau demam, doa untuk pulih memang boleh. Tetapi kau kena makan ubat dan jumpa doktor juga. Jadi janganlah cakap dekat orang yang depressed, baca je doa, nanti depresi tu hilang.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau minta orang yang depresi untuk melupakan sahaja semua perkara yang bermain di fikiran. Atau ayat seperti ‘move on’ seolah-olah ada red button yang kau perlu tekan sahaja untuk ‘exit’. Tanpa disedari ayat seperti ini sebenarnya satu penghinaan kepada pejuang depresi, lebih-lebih lagi orang yang bercakap ‘knows nothing about depression’.
Ini bukan realitinya. Kerana jika kau minta orang yang depresi untuk membandingkan diri mereka dengan orang lain. Atau memintanya untuk lihat kesusahan atau dugaan orang lain yang lebih susah. Siap bagi contoh orang itu dan ini kononnya. Lagi sekali, ini ialah penghinaan. Tanpa sedar kau sedang ‘judge’ orang yang depresi ini tidak bersyukur atau lebih sesuai lagi ‘spiritually weak’.
Cukup-cukuplah dengan ayat-ayat seperti ini. Belajar dan kenali depresi itu apa terlebih dahulu. Kau kena sedar mengikut kajian tahun 2020 penyakit mental akan menjadi penyakit no 2 paling tinggi di dunia. Kajian ini ialah kajian rasmi. Maka ini bukan isu untuk segelintir dari kita sahaja, ini ialah isu manusia sejagat.
Depresi BUKAN PENYAKIT ATTENTION SEEKER
Ini satu lagi. Aku pun tidak faham kenapa boleh dapat label sebegini dan ianya berlaku di negara kita. Sedangkan di negara-negara maju, depresi dipandang serius sehingga banyak tempat-tempat kaunselling ditubuhkan. Mereka ‘open’ dan sangat membantu dan memahami keperluan pesakit depresi. Berlaku adil kepada pesakit depresi kerana mereka tahu dan mereka kenal apa itu ‘mental illness’.
Depresi bukan bahan untuk kau ketawa dan perlekehkan. Kau kena belajar untuk kenali tanda-tanda, matang dan bantu yang mana boleh. Kerana depresi ini boleh bersembunyi disebalik senyuman. Kau jangan tertipu. Jaga ahli keluarga masing-masing.
Jangan pula berlaku sebaliknya dengan memburukkan lagi keadaan dengan perangai sombong dan rasa diri lebih baik dari orang lain.
Aku impikan satu hari nanti wujud ‘social awareness’ dan seterusnya membentuk ‘social support’ yang mantap dari netizen secara keseluruhan terhadap mereka yang menghadapi depresi.
Bagi kami, perjuangan aku dan bidadariku Husna masih perlu diteruskan. Kami belum lagi menjadi survivor dalam hal ini. Demi Allah, please doakan.
Aku sayang isteri aku. Aku sayang anak-anak aku. Yang pasti, depresi tidak akan sesekali berjaya merobohkan keluarga kami, bahkan akan membuatkan kami lebih kuat dan kuat lagi.
Amalan berpantang membantu mengembalikan kesegaran tubuh selepas bersalin. Ia juga merupakan salah satu rahsia untuk kelihatan awet muda. Amat menggerunkan bila selepas bersalin, wajah kelihatan hilang seri. Lebih menyedihkan bila nampak lebih tua daripada usia sebenar.
Melihat pada wajahnya pasti ramai yang tidak menyangka wanita ini sudah berusia 55 tahun. Tampak muda dan auranya cukup memikat, itulah yang dimiliki oleh insan yang selesa disapa dengan panggilan Kak Zue.
“Pernah dengar tak orang tua-tua sebut, “Hilang seri dia lepas bersalin….”
Pastinya setiap wanita tidak mahu ditegur sebegitu. Berikut dikongsikan tip penjagaan diri serta petua yang diamalkan;
“Apa yang saya tulis ini adalah amalan rutin saya. Yang menjadi sebahagian dari hidup saya sejak remaja atau di zaman persekolahan. Sebahagian besarnya sudah jadi kebiasaan kerana memang menjadi amalan dalam keluarga juga. Jadi, bukanlah ke semua ini saya lakukan kerana terpaksa dan kerana nak dipandang cantik atau muda ya. Namun, apa sahaja ilmu yang dikongsi, jika anda rasa dapat membawa kepada kebaikan, bolehlah diambil dan diamalkan juga nanti.
“Alhamdulillah, walaupun sudah hampir 55 tahun usia saya, dengan izin Allah, saya tidak ada masalah kedut di wajah yang ketara termasuk di bahagian mata, tidak ada sebarang masalah sakit-sakit sendi, tapak kaki, lutut, mahupun badan, tiada sakit-sakit kepala, tidak ada masalah angin dalam badan, masih boleh membaca dan menulis tanpa menggunakan cermin mata, masih berambut lebat, tiada masalah kulit menggeleber.
BERPANTANG PENUH SELEPAS BERSALIN
“Saya tulis huruf besar ini. Sebab ramai wanita moden tak suka berpantang. Ambil ringan. Serta mungkin juga kerana tidak seiring dengan banyak pendapat moden. Tapi saya kongsikan di sini sebahagian dari amalan berpantang saya dari kelahiran anak pertama hingga ke lima ya.
– MANDI AKAR KAYU setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang.
“Biasanya ada orang yang akan bantu sediakan. Jika tiada, minta tolong suami rebuskan. Bangun awal, mandi air suam atau hangat dengan rebusan akar kayu awal pagi. Terus sapu segala ramuan di perut dan ikat perut atau berbengkunglah dari awal pagi.
– MENGAMALKAN HERBA ATAU JAMU
“Terutama ketika dalam pantang. Usah malas untuk makan atau minum air akar kayu di samping ubat dari hospital.
– BERURUT “Sapu minyak herba satu badan. Berurut selalu.
– BERTANGAS
– KURANG PENGAMBILAN AIR “Jangan sampai tak cukup air, tapi jangan minum terlalu banyak. Jangan minum ais. Saya pantang 100 hari tak minum air sejuk. Malah hingga kini, saya jarang minum ais.
– JAGA MAKAN “Usah makan sembarangan. Waktu berpantang saya hanya minum air yang suam sahaja, tidak sejuk (walaupun pada suhu bilik). Makan pula hanya ikan, daging, ayam yang dibakar sahaja. Ikan pun bukan semua ikan yang boleh dimakan. Saya juga banyak amalkan makan nasi bersama lada hitam yang ditumbuk. Kunyit hidup dan halia muda.
– BERSTOKIN “Usah ambil remeh.
– PASTIKAN BADAN SENTIASA PANAS “Jauhi aircond.
– PANTANG BERSAMA SUAMI “(Kalau saya 100 hari, terserahlah).
– ELAK MENGANGKAT BENDA BERAT/SENAMAN BERAT
– PANTANG KELUAR RUMAH
– IKAT RAMBUT TINGGI SELALU “Ikat kemas-kemas. Orang dulu-dulu selalu simpan rambut supaya boleh diikat sebelum bersalin dan ketika dalam pantang. Ikatan rambut yang kemas dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala dan menegangkan wajah.
Kebaikan Berpantang Adalah Untuk Diri Sendiri “Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari.
Jangan Culas Kalau Betul-Betul Nak Jaga Badan
“Wanita zaman moden (tidak semua) memang serba boleh. Hampir semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri, cuma perlu konsisten dan disiplin. Kalau rasa malas dan culas, tapi masih lagi ingin berpantang sendiri, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.
“Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.
“Masa muda kita tak rasa. Rasa macam ok. Jalan ok. Bersama suami ok. Duduk kaki terbuka ok. Tak pakai stokin ok. Tak ikat perut pun ok. Tunggu bila berusia…. Kata orang tua, jika tidak berpantang ni, bukan sahaja diri yang akan merasa nanti, malah pasangan (suami) pun boleh “rasa”.
“Sebab itulah kalau tengok wanita zaman nenek-nenek kita, mereka masih langsing dan cergas bertenaga walaupun telah lanjut usia dan beranak ramai. Orang zaman dulu beranak 8 ke 10 orang itu biasa bagi mereka.
“Selain pemakanan dan cara hidup, amalan berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu kepada faktor tersebut. Jika dibandingkan dengan wanita zaman kini, umur baru 30 pun dah banyak penyakit yang datang.
“Untuk kesihatan ibu yang baru bersalin, pengaliran darah adalah sangat penting. Kaedahnya termasuk lah senaman yang ringan dengan kerap, dan mengurut inilah tujuannya. Kalau tak mampu mencari orang untuk mengurut, boleh membuat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.