“3 Bulan 25 Hari Kamu Sudah Berjuang” Ibu Sebak Siapkan Jenazah Anak

Share

Hati ibu bapa mana yang tidak pilu melihat cahaya mata mereka mempunyai tubuh sangat kecil dengan wayar berselirat di sekitar wajahnya. Namun Puan Olga dan suami akur terhadap dugaan berat yang menimpa mereka.

Bayi bernama Noverno yang dikhabarkan menghidap Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH) katanya dimasukkan ke Intensive Care Unit (ICU) sejurus dilahirkan.

Berkongsi tentang Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH), Puan Olga menjelaskan peluang pulih untuk bayinya yang menghidap isu kesihatan ini memang agak tipis.

Melihat pada gambar perbandingan 2 organ dalaman manusia, penghidap CDH dikatakan tidak mempunyai otot yang menyokong diafragma. Kewujudan lubang di situ menyebabkan organ lain boleh bergerak ke dalam dada lantas menganggu perkembangan normal paru-paru.

“Dari kandungan 5 bulan begitu dengar kabar dari doktar, Noverno bermasalah. Aku cuma bertahan sekuat yang kumampu untuk menyelesaikan jalan cerita kami”

Namun tuhan lebih menyayangi baby Noverno, akhirnya setelah mendapat persetujuan dari doktor untuk dibawa pulang ke rumah, baby Noberno pergi buat selamanya 7 hari selepas dibawa pulang.

“Masih belum boleh move on. Bersyukur sangat dapat rawat kamu di rumah walau hanya 7 hari saja. 3 bulan 25 hari kamu sudah berjuang, ibu dapat merasakan kamu takingin pergi dan ingin kembali kepada kami, jiwamu begitu kuat cuma tubuhmu lemah”

“Inilah yang terbaik untuk kita semua menurut-Nya. Terima kasih kerana sudah hadir dalam kehidupan kami, Noverno”

Berkongsi tentang pengebumian cahaya matanya, dia ternyata sebak kerana inilah kali terakhir dia menyiapkan cinta hatinya itu.

Kredit:orugaituolga

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN