Cuaca yang panas kebelakangan ini sangat sesuai kalau kita dapat nikmati minuman sejuk yang enak untuk meredakan rasa dahaga. Lagi jimat dan sedap jika kita dapat sediakan sendiri. Jom sama-sama cuba!
Air Soda Herbs
Bahan-bahan:
2 Batang serai diketuk
Lemon dipotong bulat
Daun Pudina
Air bekarbonat (aiskrim soda)
Laici tin
Asam boi
Ais batu
Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan dan kacau.
Ads
2. Air Ribena Laici
Bahan-Bahan:
Ads
3 sudu besar jus ribena
3 sudu besar air gula*
3 sudu besar jus laici dalam tin
3 biji laici dalam tin
Daun pudina
Air serta ais batu secukupnya
*air gula terlebih dahulu dimasak bersama daun pandan untuk aroma dan rasa lebih menarik.
Cara penyediaan:
Campurkan jus ribena,air gula dan jus laici.
Tuang air sejuk secukupnya.
Kacau2.
Tambahkan laici dan ais batu.
Masukkan sedikit potongan daun pudina untuk lebih kesegaran.
3. Air Katira
Ads
Bahan-bahan:
1 litre air panas
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
Bes minuman perisa tebu(brand double lion)
Gula secukup manis
Air cincau dlm tin
Biji selasih(rendam bagi kembang dulu)
Cara penyediaan:
Masukkan air panas,susu cair,susu pekat, bes minuman perisa tebu dan gula. Kacau sampai larut kemudian masukkan air cincau dan biji selasih.
Mudah bukan resipi ini, boleh cuba buat dan hidangkan untuk tetamu datang beraya. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim donat viral ini apa kata anda cuba pula donat coklat charcoal yang memang lain dari yang lain. Bukan sekadar unik pada warna tetapi rasanya boleh tahan.
‘Mewah’ dari segi rasanya buat anak-anak pasti suka. Jom cuba resipi perkongsian Che Azawimie Che Zahari.
Hitam bukan sebab hangit tau. Hitam sebab menawan. Mula-mula buat sikit je nak buat raso rasoo. Erhhhh menyesal pulak sebab sedap sangat. Terasa mewah sangat rasanya. Nah ni resepinya, kot-kot nak try buat.
DARK CHOCOLATE CHARCHOAL DOUGHNUTS
Bahan doh:
1kg high protien
12gm dry yeast
1tbsp gula kastor
1stp salt
1tbsp shortening
1tsp k-fine
Susu uht ni agak-agak je
Pewarna hitam
2tbsp coco powder
Petang hujung minggu ini, ada baiknya kita cari kelainan dengan menyediakan sajian minum petang yang lain dari yang lain. Nak cuba cakoi? Cakoi lembut resipi Che Nom ini memang terbaik.
Dah lama tak makan cakoi. Kalau di utara, cakoi ni dipanggil pak tongko. Kali ni saya cuba resipi dari Che Nom.
Cakoi dengan sos kastard pandan
Resipi doh:
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik@baking powder
2 1/2 sudu besar gula kastor
1/2 biji telur – sebiji telur dikacau, guna separuh sahaja.
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak + 1 sudu besar -untuk dimasukkan kemudian
Masukkan semua bahan kering dalam mixer, kacau rata kemudian masukkan susu, air, telur dan 2 sudu besar minyak masak.
Uli sehingga doh elastik dan bila hampir siap, masukkan lagi satu sudu besar minyak masak.
Kalau adunan sedikit lembik, tambah sikit-sikit tepung gandum dalam 2-3 sudu besar. Dah siap uli, boleh rehatkan selama 1-2 jam.
Resipi sos kastard pandan
1 3/4 cawan susu segar
2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung kastard
Garam
1 sudu kecil perisa pandan
2-3 titis pewarna hijau
Kacau semua bahan sebati dan masak sehingga agak pekat. Ketepikan.
Selepas 1-2 jam, doh tadi bolehlah dicanai lebih kurang tebal 1cm. Potong adunan memanjang dan bahagikan lagi kepada 2 atau 3 bahagian.
Ambil chopstick dan tekan di tengah-tengah. Sebelum dimasukkan dalam kuali, tarik doh di kedua-dua bahagian supaya sedikit panjang dan bolehlah digoreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak dah mula makan, mama paling excited nak sediakan macam-macam jenis makanan termasuklah kudapan si comel kan?
Jom cuba resipi simple dan mudah Butter Raisin Cheesekut ni. Tak perlu bakar, tak perlu kukus hanya susun-susun je dan sejukkan dalam peti. Siap untuk si manja mama makan!
Butter Raisin Cheesekut
Bahan-bahan:
Butter raisin cookies
Susu full cream
Cream cheese
Cara-caranya:
Rendam butter raisin cookies kedalam susu full cream sekejap, kemudian susun elok-elok dalam bekas.
Untuk cream cheese pula, wiskkan cream cheese bersama sedikit susu full cream sehingga adunan smooth, kemudian layerkan atas cookies yang disusun.
Ulang step yang sama sehingga penuh bekas dan hias topping buah segar / cookies yang dihancurkan, kemudian simpan dalam chiller sehingga sejuk, siap!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!