Setiap anak pasti teruja inginkan adik beradik yang ramai apatah lagi jika terlalu lama menjadi satu-satunya anak di dalam keluarga.
Menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @lya a.naaa, memaparkan seorang kanak-kanak yang baru pulang ke rumah bersama bapanya.
Apa yang mencuri perhatian ialah reaksi kanak-kanak tersebut yang teruja melihat kehadiran bayi di rumahnya, dimana menurut si ibu, kanak-kanak tersebut merupakan anak tunggal selama hampir 3 tahun.
Anak OKU dibuang dalam terusan dipenuhi buaya, suami isteri anggap membebankan. Seorang wanita di selatan India, ditahan kerana didakwa membuang anak lelakinya yang kurang upaya (OKU) berusia enam tahun ke dalam terusan dipenuhi buaya selepas bertengkar dengan suaminya.
The Independent yang memetik media tempatan melaporkan mayat budak lelaki mengalami masalah pendengaran dan pertuturan itu ditemukan dalam keadaan berkecai di terusan di daerah Uttara Kannada di negeri Karnataka pada Ahad.
Pegawai polis, Inspektor Krishna Barakeri berkata kepada Hindustan Times, ibu budak itu, Savitri, 32, menyalahkan suami Ravi Kumar, 36, kerana memaksanya membuang anak mereka di terusan berkenaan.
Suaminya menganggap anak mereka sebagai beban dan mereka sering bergaduh mengenainya. Savitri mendakwa suaminya menyeksa mental dan menyuruh membuang anak mereka ke dalam terusan dipenuhi buaya itu.
“Selepas pertengkaran yang memuncak berhubung perkara sama, Savitri didakwa membuang anaknya ke dalam terusan yang mengalir ke Sungai Kali an dipenuhi buaya sekitar jam 9 malam,” katanya.
“Suami saya kerap berkata demikian, berapa banyak seksaan yang anak saya boleh tahan? Di mana saya akan pergi untuk berkongsi kesakitan saya,” katanya memetik rakaman percakapan kepada polis.
Jiran pasangan itu menghubungi talian kecemasan dan pihak polis menghantar penyelam untuk mencari kanak-kanak OKU itu.
Tetapi operasi mencari terpaksa ditangguhkan sehingga keesokannya kerana hari sudah gelap.
“Cebisan mayat budak lelaki itu ditemui di rahang buaya dan sudah diambil selepas buaya itu ditangkap,” kata polis.
Mangsa yang mati dalam keadaan mengerikan itu mengalami kecederaan parah dengan kesan gigitan di pelbagai anggota badan, malah lengan kanannya hilang.
Savitri, yang bekerja sebagai pembantu rumah, dan suaminya, Ravi seorang tukang ukiran batu sudah ditahan atas tuduhan membunuh, kata polis.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Wajah tenang dan senyuman manis yang sering dilemparkan oleh YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ramai yang selesa dengannya.
Ahli politik berwajah cantik ini sentiasa mendapat perhatian daripada para penyokongnya.
Baru dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Ke-14, Nurul, 38, ini ternyata bukan sahaja seorang ahli politik yang bijak dan tegas dengan prinsipnya sejak menyertai dunia politik 20 tahun lalu namun juga seorang ibu yang penyayang pada dua orang anaknya, Safiyah dan Harith.
Penampilan Puteri Reformasi ini yang tak pernah berubah sejak dulu setia dan manis menutup aurat dengan tudung bawal mungkin menjadi daya tarikan ramai yang selesa dengan keramahan Yang Berhormat ini.
Perjalanannya untuk mengecap kejayaan dalam bidang politik penuh liku dan onak berduri. Tentu sahaja banyak masa dan tenaganya dicurahkan kepada rakyat yang menyokongnya sehingga terpaksa membahagikan masa dengan anak-anak.
Perkongsian beliau tentang harga sebuah kejayaan dengan anaknya Harith di Instagram peribadinya selepas berjaya dalam PRU14 kelmarin menerima banyak komen positif daripada netizen.
Anakku, setiap kejayaan datang dengan sebuah harga. Tak pernah tanpa pengorbanan, dan jangan sekali-kali tanpa tujuan yang lebih tinggi. Di sini, di tanah air kita, jangan lupa dari mana asal kita, dan di mana sahaja kita pergi, kita jangan kehilangan utara kita yang sebenarnya. Mama sayang kamu.
Begitulah pesanan ikhlas daripada seorang ibu kepada si anak yang mahu anaknya sentiasa cinta akan tanahair tercinta serta tempat di mana mereka semua berasal.
Nurul Izzah sememangnya antara ahli politik yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarganya dan sering bersama-sama di dalam kempen sebelum PRU14 lalu.
Ramai follower Instagramnya mengucapkan tahniah dan kesyukuran di atas kejayaan wanita berhati kental dan tabah ini. Rata-rata kagum dengan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini yang dianggap sebagai pejuang sebenar dan ‘beauty with brain’.
Semoga YB Nurul Izzah dapat terus mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara apabila dia dilantik pula sebagai salah seorang menteri dalam barisan kabinet kerajaan baru Malaysia.
Sumber: Instagram Nurul Izzah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betullah anak-anak ini peniru nombor satu ibu ayah! Tanpa kita sedar, anak sebenarnya memerhati apa yang ibu ayah lakukan. Setiap perlakuan kita akan menjadi contoh dan akan disimpan dalam memori mereka.
Mungkin ada ibu bapa hairan kan? Tapi hakikat ini semua anak kecil akan laluinya. Jadi ibu bapa mesti sentiasa berhati-hati dan tunjukkan contoh yang elok saja di depan anak-anak.
Seperti perkongsian seorang ibu ini, Puan Lina Wahyu, tempoh berpantang untuk kelahiran kali kedua memberi kenangan manis buatnya. Ini kerana gelagat anak sulung kembar yang berusia 3 tahun itu sangat mencuit hati dan tiru apa saja yang bonda lakukan.
“Sehingga sekarang dah lebih sebulan pantang, apa yang saya lakukan pasti anak kembar saya, Qasih Naqusaffiyyah dan Qasih Naqufattiyyah ikut. Dari bab saya makan makanan pantang, pakai stoking, bertungku, pakai kain batik dia nak juga.
“Seolah-olah dalam rumah ni, ada tiga orang yang berpantang. Sanggup ikut apa saja bonda buat dan pakai.
“Bukan itu saja, jika saya jaga adiknya, pasti mereka pun tetap nak buat apa yang saya buat. Pantang tinggalkan adik sekejap pasti ada idea mereka untuk kacau adik. Jadi saya dan suami sepakat untuk belikan anak patung untuk dijadikan ‘baby’ sementara.
“Bila masing-masing dah ada ‘baby’, barulah rasa ok sikit sebab mereka dah tak cemburu dan berebut dengan saya untuk uruskan adiknya,” katanya.
Tambah Lina lagi, gelagat anak kembarnya yang nak ikut apa yang dilakukan ini bermula ketika usia setahun setengah. Kedua-dua mereka cepat belajar dan ikut apa yang saya buat. Sama ada buat kerja rumah atau apa saja aktiviti.
“Walaupun masih kecil, jika rumah bersepah dengan mainan, apabila saya bagi isyarat untuk kemas rumah, mereka faham dan buat.
“Kiranya bila di depan mereka memang kami akan sentiasa berhati-hati dan menjaga tutur kata. Sebagai ibu, tiada apa yang diharapkan cuma mahu lihat ikatan kasih sayang ini terus berkekalan sehingga akhir hayat,” kongsinya.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!