Pelakon, Ezzaty Abdullah berkongsi keadaan terkininya yang sedang sarat hamil anak kedua.
Menurutnya, kebelakangan ini dia terlalu aktif dan banyak melakukan kerja menyebabkan bayi dalam kandungan sudah turun ke bawah di minggu ke 32.
“32 Weeks Baby Dah Turun Macam Nak Keluar” Banyak Buat Kerja, Ezzaty Harap Baby Keluar Cukup Bulan”
Ezzaty turut memohon doa ramai agar urusan kehamilanya dipermudahkan.
Ads
“Baby ibu 34 weeks today. Doakan semuanya dipermudahkan ye.”
“Last 2 weeks checkup baby dah turun macam nak keluar. Ibu active dan banyak buat kerja lately. naik la semula ye baby.”
Ads
Tambahnya lagi, terlalu awal untuk bayi keluar kerana ketika ini usia kandunganya baru mencecah 34 minggu di mana usia matang bayi yang sesuai untuk dilahirkan pada 37 minggu kehamilan.
“Awal lagi ni nak keluar. This monday kena jumpa Dr Fidak semula untuk checkup baby lagi. Hope baby dah naik semula. Doakan semoga semuanya dipermudahkan ye.”
Ads
Rata-rata warga maya mendoakan urusan kehamilan dan kelahiran isteri kepada pelakon, Azwan Kombos ini dipermudahkan.
Azwan dan Ezzaty mendirikan rumah tangga pada 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dalia, 4.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah ramai yang buat spekulasi kehamilan, akhirnya Elisya Sandha berkata, bukan niatnya menyembunyikan kehamilan yang kini dah masuk tujuh bulan itu.
Bukan niat untuk menyembunyikan kehamilan
Spekulasi kehamilan yang heboh diperkatakan sejak Januari lalu akhirnya terjawab apabila adik Fasha Sandha itu mengesahkan menerusi video ‘reels’ akaun Instagram (IG) baru-baru ini.
“Seperti lazimnya, wanita hamil pasti bimbang mengumumkan berita berbadan dua. Kita tak tahu apa sahaja boleh terjadi dalam tempoh ini.
“Mengambil keberkatan Ramadan dan kehadiran Syawal, saya dan suami putuskan untuk berkongsi berita gembira ini,” katanya.
Bagaimanapun, pelakon Pujaan Hati Kanda dan Nasi Kerabu Untuk Cik Abe itu belum bersedia untuk berkongsi jantina bakal anak yang akan dilahirkan.
“Saya akan mengumumkannya dalam sebuah majlis ‘baby shower, insya-Allah, bulan depan,” katanya.
Terdahulu, Elisya berkongsi coretan di bawah video ‘reels’ dengan menzahirkan rasa syukur atas nikmat diberi.
“Alhamdulillah, bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Video ini sangat bermakna, ia momen terindah dalam hidup.
“Kepada sesiapa yang membaca atau melihat video ini, mohon doakan bayi sulung kami ini. Saya juga mendoakan semua wanita dapat pengalaman yang sama,” tulisnya di IG.
Di dalam video dimuat naik, turut dipaparkan video Elisya membuat kejutan tentang kehamilannya itu kepada suami, ibu dan ibu mentuanya, Sheila Rusly.
Lebih sebak, suami dan ahli keluarganya menangis selepas mengetahui mengenai berita bakal menerima ahli keluarga baharu.
Perkongsian Elisya itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan mendoakan proses kehamilan dipermudahkan.
Ramai juga peminat pasangan ini meneka jantina bayi dalam kandungan adalah lelaki.
Terdahulu, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy pada Ogos, tahun lalu.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Emosi ibu hamil mempengaruhi anak dalam kandungannya. Kalau ibu sentiasa gembira dan kerap ketawa dikatakan akan memiliki bayi yang kurang meragam! Jadinya kalau tak mahu bayi anda nanti kuat meragam, sentiasa gembira dan ceriakan diri anda sepanjang mengandung.
“Baiknya anak Nelly tu. Tak banyak ragam pun, kurang menangis. Senang dia nak jaga.”
“Eh, ko ingat tak masa ngandung dulu, Nelly pun selalu happy. Asyik ketawa je. Tak pernah nampak muka dia stres ke, sedih ke. Mungkin sebab tu kot baby dia tak banyak ragam.”
1. Paras hormon kortisol yang tinggi (hormon stres yang bertanggungjawab untuk tindakbalas dalam badan) ketika mengandung ada kaitan dengan bayi yang kuat menangis dan kurang tidur selepas dilahirkan.
2. Stres kronik ketika hamil juga ada kaitan dengan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah. Kepada ibu hamil, sila beri perhatian kepada emosi diri sendiri. Begitu juga dengan orang yang paling rapat iaitu suami.
3. Satu kajian yang dilakukan oleh Pennsyvlania State College of Medicinemendapati ibu yang bahagia dan mendapatkan banyak sokongan dari orang terdekat akan menurunkan risiko kolik berlaku pada bayi baru lahirnya.
4. Emosi positif ibu mempengaruhi keadaan bayi yang dilahirkan. Emosi positif boleh berlaku sekiranya ibu banyak tersenyum dan ketawa. Jadi ibu mesti selalu berdamping dengan orang-orang yang positif dan ceria serta boleh membuatkan ibu merasa bahagia dan gembira sentiasa.
Kajian menunjukkan ibu yang merasa bahagia setelah melahirkan bayi mempunyai bayi yang menangis kurang dari tiga jam dalam sehari.
Maka diharap para ibu hamil akan lebih mengawal emosi diri. Walaupun sedang dilanda kesedihan atau stres anda masih mampu memberikan senyuman demi anak yang dikandung. Tak ketinggalan kepada para ayah supaya lebih prihatin terhadap perubahan emosi isteri hamil dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mana-mana isteri pasti rasa dihargai dan gembira apabila suami sudi menemankannya setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal di klinik atau hospital pilihan. Keprihatinan suami sepanjang tempoh kehamilan pastinya dapat memberi semangat kepada ibu hamil yang segelintirnya mengalami alahan kehamilan. Bak kata pepatah, susah dan senang diharungi bersama.
Terdapat doktor yang berpendapat, suami patut menemani isteri sekurang-kurangnya sekali dalam trimester pertama, sekali dalam dalam trimester kedua dan lebih kerap dalam trimester ketiga.
Isteri bukannya meminta diri dimanjakan. Suami yang penyayang kepada si isteri dan anak dalam kandungan biasanya sanggup meluangkan masa yang ada untuk menemani isteri lakukan pemeriksaan antenatal. Percayalah, ia pasti meninggalkan momen berharga buat isteri yang tidak mungkin disedari oleh si suami.
Sebenarnya, ada banyak manfaat yang bakal anda peroleh jika kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal kehamilan. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal diperoleh oleh para suami;
Dalam keadaan tertentu, mungkin ada segelintir ibu hamil terpaksa membawa anak lain yang masih kecil bersama-sama semasa melakukan pemeriksaan antenatal. Ke hulu ke hilir, si kecil perlu mengikuti isteri termasuklah ke dalam tandas untuk mendapat sampel air kencing.
Sekiranya ada suami bersama, pasti ia lebih memudahkan semua proses rutin pemeriksaan yang perlu dilalui. Isteri pasti berasa lebih lega dan tidak mengeluh kepenatan.
Pemeriksaan antenatal pertama yang ditemani oleh si suami akan membantu isteri menerangkan kepada doktor dengan tepat maklumat sejarah kesihatan di sebelah bapa bayi yang dikandungkannya. Ini bererti, suami sendiri boleh bercerita lanjut tentang hal itu.
Dalam setiap kali temujanji pemeriksaan antenatal, doktor akan berkongsi pelbagai informasi berkenaan perkembangan kehamilan dan kandungan. Jadi, apabila suami ada bersama, pelbagai ilmu dapat dikumpulkan sebagai persediaan menghadapi proses kelahiran bayi yang anda berdua nantikan kelak.
Pelbagai prosedur pemeriksaan antenatal perlu dilalui oleh wanita hamil. Setiap kali temujanji, isteri perlu menjalani ujian air kencing, darah dan paling menimbulkan kembimbangan kepada kebanyakan wanita hamil ialah ujian MGTT yang memerlukannya minum air gula yang pekat.
Jika ibu hamil menghidap penyakit atau masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, tekanan darah tinggi, berat berat berlebihan, hemoglobin rendah dan lain-lain, pasti ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Apabila doktor menerangkan tentang risiko komplikasi akibat masalah kesihatan semasa hamil yang mungkin dihadapi, isteri pasti berasa bimbang dengan keadaan bayi dalam kandungan.
Apabila suami menemani isteri, sekurang-kurangnya suami dapat memulihkan semangat dan sama-sama memikirkan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah kesihatan yang dialami itu.
Suami yang kerap menemani isteri melakukan pemeriksaan antenatal pasti mengetahui apa sahaja informasi berkenaan bayi dan isteri. Sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor, anda suami isteri boleh berbincang dan bertanya lanjut dengan jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran tentang prosedur bersalin di hospital pilihan.
Selain daripada itu, semasa berjumpa dengan doktor, ringankan mulut untuk bertanya dengan terperinci tentang proses kelahiran seperti tanda-tanda awal bersalin, cara meneran yang betul dan macam-macam lagi.
Sebab itulah pentingnya suami temankan isteri untuk buat pemeriksaan kesihatan. Bukannya isteri tidak boleh berdikari, tetapi kehadiran suami dapat memberi semangat kepada mereka. Bahkan bayi dalam kandungan pun dapat merasai kasih sayang ayah mereka!