Memang benar, susu ibu mempunyai kepelbagaian nutrisi yang baik buat bayi anda. Pun begitu, tidak bermaksud anak itu tidak perlu divaksinkan. Ikuti perkongsian Kaunselor Laktasi, Pn. NurDiana Mohd Rasid tentang isu ini. Semoga ia dapat membantu anda.

Menurut Diana, susu ibu memang yang terbaik. Tidak boleh dibandingkan dengan yang lain walaupun susu formula paling mahal sekalipun. Tiada formula yang boleh ditiru untuk menjadikan susu itu sama khasitnya dengan susu ibu.

Biarpun dengan memberi anak susu ibu dapat menguatkan sistem imunisasinya, ia tidak bermakna anak akan menjadi KEBAL. Sesetengah pendapat bukan profesional mengatakan bayi tidak perlu divaksinkan kerana susu ibu merupakan sumber pertahanan semula jadi bagi mengelakkan serangan penyakit.

APA ITU VAKSIN?

IKLAN

Vaksin dicipta bagi menggantikan kuman virulen (yang berbahaya). Vaksin ini diberikan secara pasif ke dalam badan kita. Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus ataupun bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

“Badan kita dah siap sedia dgn imuniti tersendiri also daripada vaksinasi. Tahu tak bayi boleh dapat imuniti secara tidak langsung daripada ibu masa dari dalam perut (kandungan) dan SUSU IBU?

Tapi imuniti ni tidak spesifik untuk kuman-kuman tertentu tau. Jangan silap di situ. Ini adalah imuniti semulajadi (innate immunity) di mana imuniti secara tidak langsung ni tak sama macam imuniti yang dihasilkan oleh sistem imun badan sendiri jika terdedah kepada penyakit atau menerima vaksinasi.”

IKLAN

SUSU IBU TETAP TAK BOLEH MENJADI PENGGANTI VAKSIN

Sebab? Antibodi ni sifatnya mudah luput atau ada jangkahayat (degradation). Antibodi dalam susu ibu pun bersifat sementara. Tak mampu nak melindungi bayi sampai ke besar sebab tak semua antibodi dalam susu ibu dapat melindungi semua jenis penyakit atau virus.

“Tapi tak bermakna susu ibu tak membantu bayi untuk sistem ketahanan badan kepada penyakit berjangkit yang berbahaya (Vaccine Preventable Diseases). Bayi yang mengambil vaksin dan minum susu ibu akan lebih terlindung daripada penyakit serta virus berbahaya berbanding dengan bayi yang TIDAK VAKSIN tetapi minum susu ibu. Dua benda yang berbeza disitu.

IKLAN

Secara kesimpulan yang mudah faham, imuniti yang terhasil daripada vaksin dan susu ibu sangat penting untuk bergerak dan digandingkan bersama. SEIRING DAN SEJALAN macam lirik lagu tu. Dua dua kena ada. Saling melengkapi. Baru lah bayi boleh membentuk sistem pertahanan tubuh yang kuat!

Jangan kerana anda ingat dah bagi susu ibu je dah cukup! Tak perlu vaksin lain lagi. No, Ibu. Please dapatkan vaksin seperti yang dijadualkan oleh KKM. Begitu juga pada anak yang minum susu formula. TETAP perlu divaksinkan!

Jangan kerana anak anda seorang tidak mendapat vaksin, anak orang lain yang jadi mangsa. Kita hidup bermasyarakat. Mungkin sekarang anak anda yang tidak divaksinkan masih sihat. Tetapi esok lusa? Please vaksinkan anak anda sebab KAMI JUGA IBU BAPA YANG SAYANGKAN ANAK KAMI.”

Artikel ini telah diolah dari sumber: Owh Dydiana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI