Bila mendidik anak jangan sampai kita hilang kuasa sebagai ibu bapa tanpa sedar. Antara kaedah mendidik anak yang semua ibu bapa gunakan adalah disiplin dan ketegasan. Dua faktor tersebut perlu ada semasa mendidik mereka supaya anak-anak tidak besar kepala dan sukar mendengar kata.
Namun, kadang-kala tanpa sedar kita sendiri sebagai ibu bapa tersilap melaksanakan peraturan dan disiplin tersebut. Akibatnya anak-anak menjadi keliru dan akhirnya mereka tidak menghormati atau mengikut peraturan dan disiplin tersebut. Lebih malang mereka tidak menghormati kita sebagai orang tua.
Perkongsian daripada seorang ibu iaitu Puan Ija Juhari dalam facebook beliau diharap dapat sama-sama dimanfaatkan oleh semua ibu bapa. Kalau sebelum ini kita terlepas pandang tentang hal ini maka selepas ini kita perlu memperbaiki diri agar dapat mendidik anak dengan lebih baik.
1. Pilihan Palsu
Pilihan palsu adalah antara kesilapan ibu bapa ketika mendidik anak. Kita biasa memberikan anak-anak amaran secara pilihan supaya mereka mengikut peraturan yang dikenakan. Contohnya “siapa tak buat bising hari ni dapat gi taman.” Tapi akhirnya pilihan tersebut sekadar cakap kosong kerana orang yang buat bising dan paling nakal pun masih dapat ke taman. Jadi anak yang mengikut peraturan dan tak buat nakal serta bising akan rasa tertipu dengan ibu bapa kerana mereka rasa tiada keadilan.
2. Ganjaran tidak sihat
Ganjaran tak sihat sebenarnya merujuk sama ada pada makanan ataupun gajet. Tanpa sedar kita selalu berjanji akan bagi mereka makan gula-gula atau coklat atau boleh main game di handphone kalau mereka tak buat sesuatu yang kita larang. Anak-anak tak sepatutnya diberikan kebebasan memilih benda yang tidak bagus. Kalau nak beri pilihan, sebaiknya bagi mereka sesuatu yang bermanfaat seperti buku atau makanan berkhasiat.
Ads
3. Beri gajet
Memberi gajet adalah salah satu parental shortcut yang ibu bapa kerap gunakan. Anak menangis bagi gajet. Anak nakal bagi gajet. Anak akan rasa ibu bapa mudah dimanipulasi dengan sikap buruk yang mereka tunjukkan.
Ads
Jadi, mereka tahu kelemahan ibu bapa. Bila menangis atau mengamuk, ibu bapa akan bagi gajet supaya anak boleh diam. Apa yang sepatutnya anda buat adalah beritahu anak Who’s in charge!
4. Lupakan semua kesalahan
Kadang-kala kita akan beri amaran untuk mendenda atau menghukum anak kalau mereka tak ikut arahan. Tapi bila anak buat silap, tiada hukuman yang dikenakan. Ia hanya sekadar kata-kata untuk menggertak anak sahaja. Akhirnya anak rasa tak takut pun dengan gertakan kita kerana baginya ibu hanya cakap sahaja tapi bila mereka buat kesalahan itu langsung tak denda pun.
Bila kita tak menegur anak-anak yang buat silap kerana beranggapan mereka masih budak-budak, sebenarnya kita telah memberikan green light untuk mereka terus berkelakuan buruk. Jangan terkejut kalau satu hari anak kita jadi nakal dan tak dengar cakap.
Ads
5. Merasuah
Semua benda yang kita suruh anak buat mesti dijanjikan ganjaran. Bila anak terbiasa dengan amalan ini lama kelamaan anak tak tahu untuk berbuat sesuatu tanpa reward. Mereka akan minta sesuatu sebagai balasan. Ini sangat tidak bagus untuk perkembangan mereka dalam jangka masa panjang.
Kalau kita pernah buat perkara-perkara ini, sama-samalah kita berubah dan tak mengulangnya lagi supaya dapat mendidik anak dengan lebih baik. Semoaga anak membesar sebagai individu yang cemerlang dan berakhlak mulia.
Memang teruja nak sambut hari jadi anak, si mama lah orang yang paling gembira. Semua persiapan kalau boleh mesti lengkap dan sempurna demi si kecil yang tersayang. Namun mama dinasihatkan supaya ambil tahu tentang jenis-jenis kek hari jadi sebelum membuat sebarang tempahan. Sekurang-kurangnya tak adalah terkejut nanti bila diberitahu harga sebenar sebijik kek.
Air kurma merah atau dikenali juga sebagai (kurma cina) antara minuman yang berkhasiat dan sangat bagus untuk kesihatan. Mengamalkan minum air rebusan ini boleh membantu badan rasa lebih selesa.
10 khasiat Kurma Merah (kurma cina) untuk kesihatan :
1. Kurma Merah boleh meningkatkan produksi sel darah putih yang bermanfaat untuk tingkatkan ketahanan tubuh.
2. Mampu turunkan kandungan kolesterol yang dapat membuat perlindungan manfaat hati (liver).
3. Kurma Merah kaya dengan anti-oksidan yang boleh melemahkan sel kanser.
4. Mampu memberikan nutrisi serta meningkatkan produksi darah.
5. Kurma Merah bermanfaat juga pada wanita kerana ia boleh melancarkan pengeluaran darah haid dan darah selepas melahirkan.
6. Sangat baik untuk pesakit diabetes,
7. Bagus untuk mengatasi perut kembung dan penderita masalah pencernaan seperti sembelit.
8. Menyembuhkan batuk berkahak, sakit gigi, dan infeksi gusi.
9. Boleh merangsang pembentukan air susu untuk ibu yang menyusui.
10. Dapat menenangkan fikiran dan boleh menyembuhkan pesakit insomnia.
Ternyata dengan khasiat air kurma merah ini, perkongsian daripada Fairuz Azmi via MAHN sangat membantu bagi yang ingin menyediakan minuman sihat.
Kurma cina (red dates) + halba + halia + gula batu. Masak sampai mendidih, tuang dalam cawan, minum panas-panas.
Bagus untuk buang angin dalam badan dan buat badan jadi lebih bertenaga, tak mudah letih dan lesu.
Edit :
Kalau macam saya, selalunya saya punya sukatan macam ni :
-air 4 mug
-kurma cina segenggam
-halba 1 sudu besar
-halia ketuk 2 inci
-gula batu pula terpulang sis nak manis banyak mana
Boleh guna untuk 3-4 kali minum. Contoh: Malam ni saya rebus dalam periuk, tuang dalam cawan untuk minum. Then saya tutup periuk tu elok-elok. Esok malam saya akan panaskan je. Ulang sampai 3-4 hari. Lepas tu baru tukar bahan yang baru.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ada anak kecil, kita wajib tahu cara membersihkan dan menyucikan sisa najis anak supaya ia bukan sekadar bersih di mata kasar sahaja. Tetapi apa yang penting cara membersihkan dan menyucikan kena betul mengikut ajaran Islam supaya solat kita juga sah.
Semoga perkongsian daripada ibu yang ada anak kecil ini, Puan Yatie Eimra bermanfaat kepada semua ibu bapa lain.
Sebelum ini saya pernah kongsikan cara buat spray serbaguna menggunakan sabun dan larutan cuka. Spray ini juga sangat berkesan untuk hilangkan bau hancing (boleh rujuk post saya sebelum ni untuk sukatan). Alhamdulillah, lepas kering memang dah tak ada bau lagi.
Najis anak dikira najis mutawassitah iaitu najis pertengahan (kecuali air kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang belum makan dan hanya minum susu ibu sahaja). Najis mutawassitah pula terbahagi kepada 2 iaitu yang boleh nampak (ainiah) dan tak boleh nampak (hukmiah). Cara membersih dan menyucikan najis berbeza bergantung pada kategorinya.
Baru-baru ini saya dengar ceramah seorang ustazah mengenai penyucian najis anak. Alhamdulillah, cara ini juga yang saya gunakan selama ni. Saya kongsikan cara menyucikan najis ini terutamanya bagi ibu-ibu baru yang mungkin tak banyak pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan.
Cara sucikan najis yang boleh nampak (ainiah)
Najis yang sedikit (percikan/tompokan najis dan air kencing yang sedikit)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa dan baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh dan keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3 kali.
Najis yang banyak dan tempat terkena najis boleh diangkat
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa dan baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Basuh dengan mengalirkan/menjirus air hingga sebahagian air mengalir, menitis/menitik.
Disunatkan:
4. Membasuh dengan air sebanyak 3 kali.
Najis yang banyak dan tempat terkena najis tidak boleh/sukar diangkat (contohnya seperti karpet yg mempunyai barang berat diatasnya, dan lain-lain)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa dan baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3 kali.
Cara sucikan najis yang tak boleh nampak (hukmiah)
Najis yang diyakini kewujudannya tetapi tak boleh nampak sifatnya tetap dikira najis secara hukum. Contohnya air kencing yang telah kering, najis yang terkena lantai namun tidak melekat (boleh jadi sebab najis keras/permukaan licin) ataupun tempat yang terkena najis telah hilang sifatnya (warna, rasa & bau) disebabkan terlalu lama terbiar. Jika tersentuh tempat terkena najis hukmiah ini ketika tangan basah boleh membatalkan solat. Untuk menyucikan najis hukmiah, memadai hanya dengan
1. Menjiruskan air di tempat diyakini ada najis & kawasan sekitarnya.
Disunatkan:
2. Membasuh dengan air sebanyak 3 kali.
Ini pula menurut Ustaz Azhar Idrus-
*Jika selepas kering masih ada bau – dimaafkan dalam Islam kerana hanya tinggal 1 sifat (bau sahaja)
*Tempat terkena najis yang telah dicuci masih dikira najis ketika basah & boleh membatalkan solat.
*Tempat terkena najis yang telah dicuci & kering, jika dipegang/disentuh walaupun ketika tangan/kaki basah adalah dimaafkan