Bila mendidik anak jangan sampai kita hilang kuasa sebagai ibu bapa tanpa sedar. Antara kaedah mendidik anak yang semua ibu bapa gunakan adalah disiplin dan ketegasan. Dua faktor tersebut perlu ada semasa mendidik mereka supaya anak-anak tidak besar kepala dan sukar mendengar kata.
Namun, kadang-kala tanpa sedar kita sendiri sebagai ibu bapa tersilap melaksanakan peraturan dan disiplin tersebut. Akibatnya anak-anak menjadi keliru dan akhirnya mereka tidak menghormati atau mengikut peraturan dan disiplin tersebut. Lebih malang mereka tidak menghormati kita sebagai orang tua.
Perkongsian daripada seorang ibu iaitu Puan Ija Juhari dalam facebook beliau diharap dapat sama-sama dimanfaatkan oleh semua ibu bapa. Kalau sebelum ini kita terlepas pandang tentang hal ini maka selepas ini kita perlu memperbaiki diri agar dapat mendidik anak dengan lebih baik.
1. Pilihan Palsu
Pilihan palsu adalah antara kesilapan ibu bapa ketika mendidik anak. Kita biasa memberikan anak-anak amaran secara pilihan supaya mereka mengikut peraturan yang dikenakan. Contohnya “siapa tak buat bising hari ni dapat gi taman.” Tapi akhirnya pilihan tersebut sekadar cakap kosong kerana orang yang buat bising dan paling nakal pun masih dapat ke taman. Jadi anak yang mengikut peraturan dan tak buat nakal serta bising akan rasa tertipu dengan ibu bapa kerana mereka rasa tiada keadilan.
2. Ganjaran tidak sihat
Ganjaran tak sihat sebenarnya merujuk sama ada pada makanan ataupun gajet. Tanpa sedar kita selalu berjanji akan bagi mereka makan gula-gula atau coklat atau boleh main game di handphone kalau mereka tak buat sesuatu yang kita larang. Anak-anak tak sepatutnya diberikan kebebasan memilih benda yang tidak bagus. Kalau nak beri pilihan, sebaiknya bagi mereka sesuatu yang bermanfaat seperti buku atau makanan berkhasiat.
Ads
3. Beri gajet
Memberi gajet adalah salah satu parental shortcut yang ibu bapa kerap gunakan. Anak menangis bagi gajet. Anak nakal bagi gajet. Anak akan rasa ibu bapa mudah dimanipulasi dengan sikap buruk yang mereka tunjukkan.
Ads
Jadi, mereka tahu kelemahan ibu bapa. Bila menangis atau mengamuk, ibu bapa akan bagi gajet supaya anak boleh diam. Apa yang sepatutnya anda buat adalah beritahu anak Who’s in charge!
4. Lupakan semua kesalahan
Kadang-kala kita akan beri amaran untuk mendenda atau menghukum anak kalau mereka tak ikut arahan. Tapi bila anak buat silap, tiada hukuman yang dikenakan. Ia hanya sekadar kata-kata untuk menggertak anak sahaja. Akhirnya anak rasa tak takut pun dengan gertakan kita kerana baginya ibu hanya cakap sahaja tapi bila mereka buat kesalahan itu langsung tak denda pun.
Bila kita tak menegur anak-anak yang buat silap kerana beranggapan mereka masih budak-budak, sebenarnya kita telah memberikan green light untuk mereka terus berkelakuan buruk. Jangan terkejut kalau satu hari anak kita jadi nakal dan tak dengar cakap.
Semua benda yang kita suruh anak buat mesti dijanjikan ganjaran. Bila anak terbiasa dengan amalan ini lama kelamaan anak tak tahu untuk berbuat sesuatu tanpa reward. Mereka akan minta sesuatu sebagai balasan. Ini sangat tidak bagus untuk perkembangan mereka dalam jangka masa panjang.
Kalau kita pernah buat perkara-perkara ini, sama-samalah kita berubah dan tak mengulangnya lagi supaya dapat mendidik anak dengan lebih baik. Semoaga anak membesar sebagai individu yang cemerlang dan berakhlak mulia.
“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik. “Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.
“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang “Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.
Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama.
“Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.
“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.
Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah.
Betul tak?
Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya.
Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;
1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki
2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.
3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.
4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.
5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.
Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.
Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.
Kat sini, Ibu nak kongsi 7 tips, camna nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah :
1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.
2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.
Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan.
Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!
3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.
4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.
5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.
6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.
7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.
Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.
Sharifah Shahirah, atau lebih mesra dipanggil shiera berkongsi pengalaman ketika beliau mengandung dan bersalin kelima-lima orang anaknya. Ketika mengandung, Shiera mengamalkan satu sudu minyak kelapa dara yang dibuat sendiri oleh ibu kepada Ijoy Azhari.
Saya melahirkan anak secara normal dan sangat mudah kerana saya sentiasa amalkan satu sudu minyak kelapa yang dibuat sendiri oleh ibu mertua saya. Sangat mudah melahirkan sehingga saya langsung tak pernah mengalami koyakkan.
Melahirkan anak ketika umur 40-an
Bila ditanya apakah komplikasi yang dihadapi ketika melahirkan zuriat pada usia ini, Shiera menceritakan detik-detik pertamanya melahirkan anak secara pembedahan.
“Sebelum ini saya melahirkan anak secara normal dan sangat mudah kerana saya sentiasa amalkan satu sudu minyak kelapa yang dibuat sendiri oleh ibu mertua saya. Sangat mudah melahirkan sehingga saya langsung tak pernah mengalami koyakkan”
“Saya terpaksa bersetuju untuk melakukan pembedahan kerana bayi dah terlebih dari masa jangkaan lahir dan bayi sudah mengeluarkan najis ketika dalam perut. Untuk menggelakkan dia lemas, doktor terpaksa melakukan “emergancy caesar”. Ketika melahirkan Adeena saya dalam keadaan tidur, bila semuanya selesai suami kejutkan saya.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasa nampak tompok-tompok putih ada di dinding rumah? Jika ya itu salah satu tanda kulapok. Masalah kulapok pada dinding memang tidak dapat dielakkan lagi. Ada yang kata, punca yang menyebabkan kulapok ini disebabkan oleh penggunaan cat murah. Namun sebenarnya tidak.
Walaupun sudah tukar cat mahal dan guna khidmat tukang pakar, tetapi kulapok tetap naik juga. Sebenarnya, punca ia naik disebabkan oleh persekitaran rumah, kalau cuaca tak menentu, lagi cepat naik.
Bagi mengatasi masalah itu, seorang pengguna tiktok yang bernama @wawafatimah94 telah berkongsi cara mudah untuk hilangkan kulapok hanya guna cuka sahaja.
Cara Hilangkan Kulapok Jadikan Dinding Lebih Glowing
Disebabkan rumah memang cepat naik kulapok (benda putih-putih pada dinding) apabila hujan, jadi inilah cara terbaiknya.
Mula-mula selepas lap memang akan ada bau cuka, setelah kering, baunya akan hilang. Satu lagi, gunakan 1 sudu cuka untuk separuh baldi, boleh campur Downy sikit kalau rasa nak bau wangi dan letak air panas.
Selain dari menghilangkan kulapok, dinding untuk menjadi lebih glowing. Campuran ini juga boleh disembur dan lap dekat perabot dan almari baju. Memang berkesan dan selepas itu tak ada lagi kesan kulat dan berhabuk. Jadi, tak perlu setiap masa lagi untuk mengelap perabot.
Akhirnya, tiada lagi masalah dinding berkulapok.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga cara ini dapat membantu menyelesaikan masalah dinding rumah yang berkulapok. Semoga bermanfaat.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.