
5 jenis makanan ini bahaya untuk bayi sering dipandang ringan oleh ibu bapa, terutama ketika si kecil mula mengenal makanan pejal. Setiap ibu memang nak beri yang terbaik untuk anak, terutama bila si kecil dah mula kenal makanan pejal. Rasa teruja tu lain macam – nak masak sendiri, nak pastikan semua fresh, nak bagi yang paling berkhasiat.
Tapi dalam semangat nak beri yang “terbaik”, ada benda yang kita selalu terlepas pandang. Tak semua makanan yang nampak sihat sebenarnya sesuai untuk bayi. Sistem penghadaman mereka masih belum matang, keperluan nutrisi pun berbeza dengan orang dewasa. Mereka tak perlukan banyak kalori, tapi perlukan makanan yang padat dengan zat dan selamat untuk usia mereka.
Sebab itu penting untuk tahu mana satu makanan yang masih terlalu awal untuk diperkenalkan. Silap pilih, boleh beri kesan pada perut, buah pinggang malah risiko tercekik pun ada. Kesedaran tentang 5 jenis makanan ini bahaya untuk bayi boleh membantu ibu bapa membuat pilihan yang lebih selamat dan bijak.
Kenapa Penting Elak 5 Jenis Makanan Ini Bahaya Untuk Bayi?
Bayi mempunyai sistem imun dan sistem penghadaman yang masih berkembang. Buah pinggang mereka juga belum cukup matang untuk menapis kandungan garam atau gula yang tinggi. Sebab itu, memahami 5 jenis makanan ini bahaya untuk bayi bukan sekadar pilihan, tetapi satu langkah pencegahan yang penting demi kesihatan jangka panjang mereka.
Berikut antara jenis makanan yang belum sesuai lagi untuk bayi.
1. Jus
“Eh, bukan jus minuman yang berkhasiat ke?” Tentu itu yang anda fikirkan. Tetapi kajian dilakukan oleh pakar pemakanan membuktikan bahawa jus adalah salah satu daripada 5 jenis makanan ini bahaya untuk bayi jika diberikan terlalu awal. Walaupun dihasilkan daripada buah, proses membuat jus menyebabkan buah kehilangan semua nutrisi yang baik seperti serat.
Kandungan gula semula jadi dalam jus juga menjadi lebih pekat dan boleh memberi kesan kepada gigi serta paras gula dalam darah bayi. Sebaiknya bagi bayi anda makan buah tanpa perlu dijadikan jus supaya mereka mendapat manfaat serat dan nutrisi sepenuhnya.
2. Minuman dalam kotak
Kadangkala tanpa sedar kita bagi anak minum air kotak yang dikatakan berkhasiat untuk si kecil. Sebenarnya anda silap, ia sama sekali tak berkhasiat seperti yang disangka. Malah, minuman ini termasuk dalam 5 jenis makanan ini bahaya untuk bayi kerana kandungan gulanya sangat tinggi.
Gula berlebihan bukan sahaja berisiko merosakkan gigi si kecil, malah boleh membentuk tabiat suka minuman manis sejak kecil. Air kosong atau susu yang disarankan doktor adalah pilihan yang jauh lebih baik untuk bayi.
3. Biskut

Bila anak sudah pandai makan kita kadangkala tak perasan tersuap dia biskut yang bukan khusus untuk bayi. Jangan pandang remeh kerana kebanyakan biskut yang dijual di pasaran mengandungi terlalu banyak gula dan garam yang masih belum sesuai diambil oleh bayi.
Kandungan gula yang terlalu berlebihan boleh mengganggu pertumbuhan gigi bayi serta berisiko obesiti. Sebab itulah biskut biasa juga tersenarai dalam 5 jenis makanan ini bahaya untuk bayi jika diberi tanpa kawalan. Kalau nak bagi makan biskut, lebih baik buat sendiri yang pastinya kita tak tambah gula di dalam adunan (boleh ganti dengan buah kurma lenyek sebagai perasa manis).
4. Makanan Diproses
Makanan diproses atau makanan segera biasanya telah melalui proses pengolahan yang sangat panjang dengan penambahan pelbagai bahan pengawet (untuk tahan lama) dan perisa seperti garam dan gula. Jadi anda boleh bayangkan berapa banyak khasiat dari makanan asal tersebut yang terbuang dan hilang sepanjang proses tersebut.
Atas sebab itu, makanan diproses termasuk dalam 5 jenis makanan ini bahaya untuk bayi kerana kandungan garam dan bahan tambahannya boleh membebankan buah pinggang bayi yang masih belum matang.
5. Jeli

Jeli memang kelihatan sesuai untuk bayi makan sebagai pemanis mulut. Tapi, awas walaupun teksturnya lembut dan mudah ditelan bayi tetapi kandungannya yang terdiri daripada gula, perasa dan pewarna tiruan tidak bagus untuk kesihatan bayi.
Ramai tak sedar bahawa jeli juga antara 5 jenis makanan ini bahaya untuk bayi kerana ia hampir tiada nilai nutrisi dan hanya menyumbang gula semata-mata.
Didik Anak Dengan Pilihan Makanan Lebih Sihat
Mengajar anak makan makanan sihat dan berkhasiat bermula sejak mereka kenal makanan. Bila sudah terbiasa makan yang sihat-sihat tak adalah bila besar nanti anak suka makan jajan sahaja dan tak berselera makan makanan yang berkhasiat.
Dengan memahami 5 jenis makanan ini bahaya untuk bayi, ibu bapa dapat mengelakkan kesilapan kecil yang mungkin memberi kesan besar pada kesihatan anak. Pilih makanan segar, semula jadi dan sesuai dengan usia supaya tumbesaran si kecil lebih sihat dan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





