5 Maid Jaga 5 Anak, 4 Daripadanya Bawah 2 Tahun. Zizie Tetap Kena ‘Marathon’

Share

Kehadiran pembantu memang melicinkan urusan penjagaan anak. Namun ada waktunya Datin Seri Zizie Izette tetap perlu turut sama ‘marathon’ menguruskan 5 cahaya mata. Apatah lagi 4 daripada anaknya itu berusia 2 tahun ke bawah!

Datin Seri Zizie Izette semalam berkongsi sekeping foto bersama 5 orang cahaya matanya  serta lima pembantu yang menjaga anaknya. Kata Zizie, foto tersebut mennyebabkan dia terimbau kembali kenangan bersama anak pertama, Jenna semasa si kecil itu masih belum mempunyai adik. Sekelip mata anak-anaknya menjadi seramai itu.

BUKAN MENUNJUK-MENUNJUK, PENGIKUT PUN TAHU

Menurut laporan sebuah akhbar, pelakon ini menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya sengaja untuk menunjuk apabila berkongsi gambar lima orang pembantu rumahnya

Zizie menangkis tohmahan beberapa pemilik akaun Instagram (IG) sebaik dia memuat naik foto berkenaan.

RAMAI BAGI SOKONGAN

“Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya. Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan.

“Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan. Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT,” katanya.

KONGSI GAMBAR SUPAYA KEKAL

Menurutnya, dia sering berkongsi perkembangan hidupnya sekeluarga di IG dengan memuat naik foto miliknya.

“Jika foto disimpan dalam telefon bimbit, ia mungkin hilang apabila peralatan itu rosak. Disebabkan itu saya memuat naik di laman sosial kerana ia kekal di situ,” katanya.

Katanya, dia menggunakan khidmat lima pembantu rumah untuk mengendalikan lima anaknya termasuk keluarga.

Menerusi ruangan komen ramai yang memahami apa yang sedang dihadapi aktres ini.

KALAU ANAK DAH BESAR TAK PERLU ADA NANNY

COMELNYA ANAK-ANAK

WALAU PUN ADA MAID TETAP MARATHON

TIADA BEZA ANAK ANGKAT & ANAK KANDUNG

Sumber: Instagram Zizie Izette & Harian Metro

IKLAN