
Ramai suami menyangka tugas mereka selesai sebaik sahaja bayi selamat dilahirkan. Hakikatnya, waktu selepas bersalin inilah isteri paling memerlukan sokongan bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga dari segi emosi dan mental.
Proses bersalin bukan perkara kecil. Ia meninggalkan kesan yang besar pada tubuh dan jiwa seorang wanita. Luka bersalin, perubahan hormon, kurang tidur dan tekanan menjaga bayi menjadikan fasa ini antara tempoh paling mencabar dalam kehidupan seorang ibu.
Jadi sebagai suami, jangan tunggu isteri minta. Ambil tahu apa yang dia lalui, fahami perubahan yang berlaku, dan hulurkan bantuan sehabis mampu. Sokongan anda sangat menentukan proses pemulihan isteri lepas bersalin.
Sebagaimana perkongsian oleh Dr Taufiq Razif, berikut adalah panduan penting buat semua suami yang bakal atau sedang melalui fasa ini bersama pasangan masing-masing.
Buang air kecil atau besar buat kali pertama selepas bersalin boleh menjadi pengalaman yang sangat menyakitkan. Ini lebih dirasai apabila kawasan perineum masih bengkak, sensitif atau mempunyai luka jahitan akibat episiotomi atau koyakan semasa bersalin.
Ada isteri yang menahan sakit dalam diam kerana malu atau takut. Di sinilah peranan suami untuk peka, bertanya keadaan isteri dan memastikan dia tidak dibiarkan bersendirian menghadapi kesakitan ini.
Walaupun bayi telah selamat dilahirkan, perut isteri tidak akan terus kembali seperti sebelum mengandung. Rahim memerlukan masa untuk mengecut dan proses ini biasanya mengambil masa sekitar enam minggu.
Dalam tempoh ini, perut mungkin masih kelihatan seolah-olah mengandung. Suami perlu faham bahawa ini adalah proses semula jadi dan bukan sesuatu yang boleh dipercepatkan dengan paksaan atau komen yang menyakitkan hati.
Jika suami perasan rambut isteri gugur dengan banyak ketika mandi atau menyikat rambut, jangan panik. Ini adalah kesan daripada penurunan hormon estrogen secara mendadak selepas bersalin.
Kebiasaannya, keguguran rambut ini bersifat sementara dan akan beransur pulih dalam tempoh enam hingga dua belas bulan. Sokongan emosi dan kata-kata positif daripada suami sangat membantu meningkatkan keyakinan isteri.
Amalan berpantang bertujuan untuk membantu pemulihan tubuh ibu. Namun, ada amalan yang terlalu ekstrem sehingga ibu tidak dibenarkan minum air putih walaupun dia perlu menyusukan bayi.
Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi yang serius. Lebih membimbangkan, ia boleh meningkatkan risiko pembekuan darah dalam paru-paru atau Pulmonary Embolism.
Tanda-tanda Pulmonary Embolism termasuk:
Keadaan ini sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian mengejut. Suami perlu memastikan isteri mendapat air dan nutrisi yang mencukupi sepanjang tempoh berpantang.
Selepas bersalin, perubahan hormon boleh menyebabkan emosi isteri menjadi tidak stabil. Ada yang mudah menangis, rasa kosong, cepat marah atau tiba-tiba berasa sangat sedih tanpa sebab yang jelas.
Keadaan ini dikenali sebagai Baby Blues dan biasanya berlaku dalam satu hingga dua minggu pertama selepas bersalin. Namun, jika simptom berlarutan dan tidak menunjukkan tanda-tanda reda, ia mungkin telah berkembang menjadi Postpartum Depression dan memerlukan rawatan segera.
Pada waktu inilah isteri paling memerlukan sokongan suami. Bayangkan betapa banyak pengorbanan yang telah dilaluinya demi melahirkan zuriat — bukan sekadar luka fizikal, tetapi juga luka emosi yang tidak kelihatan.
Antara perkara asas yang sangat diperlukan oleh isteri lepas bersalin ialah:
Keprihatinan suami bukan sahaja membantu pemulihan fizikal isteri, malah memberi kesan besar kepada kesihatan mental dan keharmonian rumah tangga.
P/S: Tolong sebarkan kepada suami dan isteri yang masih belum tahu tentang perkara ini.
Sumber: Dr Taufiq Razif