Kanser merupakan penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia. Penyakit ini kini menyerang sesiapa sahaja tidak kira jantina mahupun usia.
Oleh itu, penting untuk anda mengambil langkah pencegahan sebelum dijangkiti kanser. Hal ini dapat anda lakukan melalui amalan pemakanan yang betul.
1. Bunga kubis & brokoli
Bunga Kubis mengandungi sulforaphane, sebatian yang terbukti mempunyai kesan anti-kanser. Sulforaphane dilepaskan apabila bunga kubis dipecahkan. Jadi anda perlu mengunyahnya dengan baik sebelum menelan.
Brokoli pun mempunyai kesan yang sama. Jadikan kedua sayur ini sebagai kegemaran anda.
2. Lobak merah
Lobak merah memang baik untuk kesihatan mata. Namun ia juga diakui baik untuk mencegah beberapa jenis kanser, terutamanya prostat.
Ads
Satu kajian telah dilakukan ke atas tikus. Didapati pengambilan lobak merah membantu tikus ini menghentikan pertumbuhan kanser prostatnya.
3. Avokado
Buah ini mempunyai banyak nutrien. Ia antioksidan dan mempunyai lemak monotaktepu sihat yang tinggi. Avakado telah terbukti untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
4. Tomato
Tomato yang dimasak membantu tubuh mengeluarkan lebih lycopene, fitokimia tertentu yang memberi manfaat melawan kanser.
Ads
Tomato juga ada banyak antioksidan untuk badan anda. Ia sangat berguna untuk merawat atau mencegah kanser prostat.
5. Kacang walnut
Sekiranya anda mahu mengelakkan kanser payudara atau prostat, walnut dapat membantu.
Ia mengandungi banyak omega 3, sejenis asid lemak yang memberi manfaat kepada kesihatan seperti mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung dan mengurang kolestrol tinggi.
Ads
6. Bawang putih
Memakan bawang putih memberikan banyak manfaat kepada kesihatan. Ia dikatakan dapat menghentikan sel-sel kanser daripada membiak dan merebak.
Ia juga mempunyai kesan anti-virus dan anti-bakteria yang bertindak seperti antibiotik yang boleh bekerja dengan baik terutama terhadap jangkitan kulat.
7. Halia
Kajian menunjukkan halia sebenarnya berfungsi lebih baik daripada ubat kanser dalam menentang sel-sel kanser. Ini terutamanya yang dinyatakan dalam kajian yang dilakukan dalam mencegah sel-sel kanser prostat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Para suami selalunya terlepas pandang keperluan emosi isteri kerana terlalu sibuk. Jadi, jika anda tidak mampu untuk puji isteri selalu, sekurang-kurangnya janganlah jadi kedekut ye!
Kurang penghargaan dan pujian dari orang sekeliling boleh berikan impak besar kepada diri seseorang. Antaranya boleh menurunkan paras hormon dopamin. Banyak kesan kepada emosi dan fizikal sekiranya apabila hormon dopamin ini menurun.
Antaranya ialah depresi dan pemikiran yang kabur (tidak tajam). Mereka yang mengalami kekurangan dopamin akan mengalami masalah untuk berfikir, memori yang lemah dan reaksi yang lambat. Pendek kata ia menyebabkan kurangnya motivasi dan sukar untuk menyudahkan sesuatu walau pun mudah. Suami-suami perlu tahu hal ini, jika tidak mampu untuk memuji isteri sekurang-kurangnya anda jadi kedekut untuk berbelanja untuk isteri!
Perkongsian Dr Taufiq Razif membincangkan tentang perkara ini. Rupanya apabila suami jarang memuji dan menghargai isteri, hormon dopamin pada isteri berkurangan dan boleh menjadikan mereka kurang bersemangat. Tidak mustahil ia boleh mendorong kepada tekanan perasaan. Berikut ialah perkongsian beliau;
Kenapa Saya Tak Boleh Kedekut Dengan Isteri?
Kelemahan terbesar saya adalah saya terlalu fokus kerja sampai saya terlepas pandang dan KURANG PERASAN dengan apa yang isteri saya dah buat untuk saya dan anak-anak.
Bila saya KURANG PERASAN, KURANG MEMUJI dan KURANG MENGHARGAI sebenarnya saya sedang RAMPAS HORMON DOPAMINE isteri saya.
Padahal hormon dopamine ni sangat la penting untuk naikkan balik semangat dan motivasi dalaman isteri saya!
Hormon dopamine ni akan meningkat kalau saya selalu menghargai dan puji isteri saya kerana benda ni semua adalah ‘social reward’ pada otak isteri saya.
Tapi..
Inilah kelemahan terbesar saya, saya kurang menghargai dan memuji!
Shopping Online Boleh Meningkatkan Dopamine Isteri
Tu la kenapa saya selalu bagi isteri saya ‘shopping’. Paling saya suka sebenarnya kalau isteri saya ‘online shopping’ je sebab perasaan teruja menunggu barang sampai dan membuka bungkusan ( anticipating the reward ) tu la yang akan membuatkan dopamine isteri saya makin cepat meningkat!
Tak percaya cuba korang tengok mimik muka isteri korang masa dia baru buka bungkusan atau parcel yang sampai tu. Berbunga bunga dan berseri wajahnya kan? Tu lah tanda dia sedang BAHAGIA ?
p/s : Ni la cara saya tutup kelemahan saya yang selalu sibuk dan kurang memuji dan menghargai. Apa pun, saya akan tetap cuba baiki diri. Doakan saya!
Siapa yang mengalami alahan teruk di awal kehamilan pasti tahu berapa seksanya hendak makan. Lagi-lagi bila tak lalu makan nasi sedangkan perut rasa lapar yang amat. Boleh menitis airmata. Betul tak?
Kalau tak lalu makan nasi atau tak sukakan baunya, ada caranya. Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, menggantikan minuman tambahan untuk wanita hamil adalah sebaiknya daripada tidak mengambil sebarang jenis makanan.
MINUMAN TAMBAHAN UNTUK WANITA HAMIL
Ramai yang keliru tentang pemakanan yang perlu diambil ketika hamil sebab kita sudah biasa dengan sistem pemakanan yang salah.
Contohnya ada wanita hamil yang tidak berselera untuk makan, lalu mengunyah makanan yang tiada khasiat seperti jeruk atau jajan.
Sesekali mengambil makanan seperti itu mungkin tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak dalam rahim, tetapi jika diamalkan secara berterusan sudah tentu akan menjejaskan kesihatan anak yang sedang membesar dalam rahim.
Jika tidak berselera, saya cadangkan ambil susu. Sekarang pun sudah ada di pasaran, susu yang dijual dalam pelbagai rasa. Sekurang-kurangnya susu membekalkan kalsium yang tinggi. Selain itu, susu juga meningkatkan tumbesaran otak bayi.
Susu untuk ibu hamil yang paling popular ialah susu lembu segar. Kecuali mereka ada masalah diabetis, boleh memilih susu kurang lemak.
Seperti yang kita ketahui, wanita hamil memerlukan kalori yang banyak bersama nutrien yang lain seperti vitamin dan mineral yang lain.
Saya mencadangkan seorang ibu hamil meminum sekurang-kurang secawan susu setiap hari. Jangan tinggalkan pemakanan yang seimbang. Susu segar dapat menampung kekurangan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan anak.
Bagi wanita hamil yang sibuk bekerja, tidak makan dengan teratur dan tidak mendapat cukup rehat, susu adalah minuman tambahan yang terbaik.
Jadi jangan lupakan susu setiap hari dalam menu harian kita. Tak suka susu putih boleh gantikan dengan susu coklat yang ternyata lebih sedap. Tepuk dada tanyalah selera anda. Pastikan anda sihat sepanjang kehamilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran adakalanya tidak dapat dijangkakan. Apatah lagi jika sudah ada tanda-tanda awal seperti pendarahan & kontraksi. Pengalaman yang dilalui ibu ini unik dan istimewa apabila melahirkan cahaya matanya di dalam kenderaan di parkir sebuah ibu pejabat polis (IPD).
Ibu muda, Anis Syabila Roslan, 19 tidak sempat tiba di hospital untuk bersalin dan menyebabkan dia terpaksa melahirkan di dalam kereta di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau.
Dia yang selamat melahirkan seorang bayi perempuan dalam kereta di kawasan parkir IPD Arau kira-kira 12 tengah semalam dalam perjalanan bersama dengan ibu mentua dan ibu bapanya dalam perjalanan dari rumah ke hospital pada kira-kira 11.30 pagi.
PENDARAHAN & SAKIT BERSALIN
“Anak lelaki saya sebelum itu telefon beritahu isterinya mengalami pendarahan disamping mengadu berasa sakit hendak bersalin.
“Saya dan besan kemudiannya ke rumah mereka untuk membawa Anis ke hospital,” kata ibu mertua Anis yang dikenali sebagai Toyibah.
CEMAS KEPALA BAYI KELIHATAN
Namun keadaan menjadi cemas ketika dalam perjalanan dan sampai di bandar Arau. Menurut Toyibah, besannya yang turut serta telah memaklumkan kepala bayi sudah kelihatan.
“Besan lelaki yang sedang memandu kereta cemas dan gusar melihat keadaan itu. Dia terus membelokkan kereta ke pekarangan IPD dan meminta kebenaran anggota polis untuk Anis bersalin di situ,” katanya.
Sumber gambar: Buletin Utama
DIBERI BILIK KOSONG TAPI IBU SEDANG BERTARUNG NYAWA
Menurutnya, anggota polis memberi kebenaran kepada mereka serta turut membantu keluarga berkenaan bagi memudahkan menantunya bersalin. Namun dalam suasana cemas dan kesakitan yang dialami Anis, proses kelahiran terpaksa diteruskan di dalam kereta.
“Pada mulanya anggota polis menawarkan bilik kosong tetapi dengan keadaan Anis yang sedang bertarung nyawa, kami terpaksa biarkannya bersalin dalam kereta.
“Kira-kira 12 tengah hari, Anis selamat melahirkan bayi perempuannya yang disambut sendiri oleh besan,” katanya.
IBU & BAYI DIBAWA KE HOSPITAL
Menurut Toyibah, kira-kira 10 minit selepas kelahiran ambulans tiba dan kemudiannya membawa Anis dan bayinya ke hospital. Dia turut memanjatkan kesyukuran diberikan bantuan ketika saat genting itu.
“Kami bersyukur kerana semuanya selamat dan berterima kasih kepada pihak IPD Arau yang turut membantu menantu bersalin,” katanya.
PERTAMA KALI BERLAKU, SYUKUR TIADA KOMPLIKASI
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan ia pertama kali berlaku di IPD berkenaan.
“Melihatkan keadaan mereka yang darurat, semestinya anggota kami akan membantu sedaya mungkin untuk memudahkan urusan keluarga berkenaan.
“Kami bersyukur tiada komplikasi yang berlaku ketika bayi berkenaan dilahirkan dan adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai dan anggota polis untuk membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.