Siapa sangka, pada usia 59 tahun, Aaron Kwok bintang terkenal Hong Kong yang tidak pernah lekang dek zaman bakal menimang cahaya mata lagi!
Berita gembira ini bukan sahaja mengejutkan ramai, tetapi turut membuatkan ramai kagum dengan penampilan pelakon dan penyanyi lagenda ini yang kelihatan seperti masih di usia 30-an!
Aaron Kwok dan isterinya, Moka Fang, kini bersiap sedia untuk menyambut ahli keluarga baru mereka. Pasangan ini sebelum ini telah dikurniakan dua orang anak perempuan yang comel, Chantelle dan Charlotte. Kini, kebahagiaan mereka bertambah satu lagi – bukti cinta dan kehidupan keluarga yang penuh harmoni.
Ads
Wajah Awet Muda Jadi Bualan: Apa Rahsia Aaron?
Bila gambar Aaron tersebar bersama isterinya di sebuah acara baru-baru ini, ramai yang tidak percaya dia sudah hampir mencecah usia 60 tahun! Wajahnya kekal segak, badan masih tegap, dan auranya… tetap memikat.
Netizen mula bertanya – apa rahsianya? Rutin senaman yang konsisten, gaya hidup sihat, serta pemakanan seimbang mungkin antara faktor utama. Tapi yang lebih penting, kata Aaron, adalah hati yang tenang dan penuh kasih terhadap keluarga. “Menjadi ayah adalah perkara paling bermakna dalam hidup saya,” katanya dalam satu temu bual.
Ads
Keluarga Bahagia, Anak-Anak Jadi Sumber Semangat
Dalam dunia glamor dan jadual padat, Aaron tetap utamakan masa untuk anak-anak. Beliau sering dilihat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga – dari membawa anak ke taman, ke sekolah, hinggalah waktu bercerita sebelum tidur.
Ads
Sebagai ayah yang berjiwa lembut, Aaron dilihat begitu penyayang dan penyabar dengan anak-anaknya. Beliau juga sering berkongsi nasihat tentang pentingnya membentuk ikatan erat dalam keluarga, terutamanya ketika anak sedang membesar dan perlukan sokongan emosi.
Inspirasi Buat Ayah Lain
Kisah Aaron Kwok menjadi bukti bahawa usia bukanlah penghalang untuk menjadi ayah yang hebat. Malah, kematangannya menjadikan beliau lebih bersedia dari segi emosi dan tanggungjawab. Kepada semua ayah di luar sana – tidak kira usia anda – kasih sayang dan kehadiran anda adalah anugerah terbesar untuk anak-anak.
Tahniah Aaron & Moka! Didoakan agar kehadiran bayi ini nanti akan membawa lebih sinar dan kebahagiaan dalam keluarga kecil yang penuh kasih sayang ini. 💕
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pembelajaran dan terapi kanak-kanak adalah elemen penting dalam membantu perkembangan fizikal, emosi, dan sosial mereka. Dengan sokongan yang sesuai, kanak-kanak dapat mengatasi cabaran, meningkatkan keyakinan diri, dan membina kemahiran hidup secara holistik.
Sehubungan itu, pelbagai program pembelajaran dan terapi direka khas untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak, termasuk anak-anak istimewa. Terapi cara kerja, terapi tingkah laku, dan intervensi awal merupakan antara kaedah yang terbukti berkesan dalam menyokong perkembangan mereka.
Tahniah kepada Ameera Kids Solution Centre yang telah dianugerahkan sebagai Pusat Pembelajaran & Terapi Anak Pilihan Pa&Ma sempena Jenama Pilihan Pa&Ma 2024!
Justeru, Ameera Kids Solution Centre (AKSC) ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan sokongan dan intervensi terbaik bagi anak-anak istimewa. Inspirasi untuk menubuhkan pusat ini datang dari pengalaman dan dedikasi pengasas, Ameera Shafira binti Hassan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan psikologi.
Ameera memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dan anak-anak istimewa dalam mendapatkan terapi serta bimbingan yang sesuai, dan inilah yang mendorong beliau untuk menyediakan sebuah pusat yang berfokus pada pendekatan holistik dan mesra anak-anak.
Sejak penubuhan AKSC pada 19 Januari 2019 dan kini mempunyai tiga cawangan, pusat ini telah berusaha keras untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam intervensi dan terapi, terutama bagi anak-anak yang memerlukan sokongan tambahan.
Dengan pendekatan yang menggabungkan psikologi, pendidikan awal kanak-kanak, terapi cara kerja dan terapi tingkah laku, AKSC menawarkan pelbagai program yang bertujuan untuk membantu anak-anak membina kemahiran sosial, komunikasi, dan keyakinan diri.
Terdapat pelbagai kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ameera Kids Solution Centre, yang dirancang khas untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Pusat ini menekankan pendekatan holistik dan terpadu, di mana semua program melengkapi aspek komunikasi, tingkah laku, dan perkembangan fizikal. Selain itu, setiap program disesuaikan mengikut keperluan individu, mengambil kira tahap perkembangan, minat, dan kekuatan unik setiap kanak-kanak. Dengan fokus pada kaedah intervensi awal, kanak-kanak dapat menerima bantuan pada usia muda, memperbaiki kemahiran sosial, komunikasi, dan kehidupan mereka secara signifikan.
Ameera Kids Solution Centre juga mempunyai pakar terlatih yang berpengalaman dalam terapi cara kerja, terapi tingkah laku, dan pendidikan awal kanak-kanak. Penglibatan aktif ibu bapa melalui sesi sokongan turut membantu mengekalkan konsistensi antara terapi di pusat dan di rumah.
Program ini turut meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak melalui terapi seni, muzik, dan latihan kemahiran sosial. Selain itu, terdapat program persediaan sekolah dan kemahiran asas kehidupan harian, disertai dengan pemantauan kemajuan berterusan melalui penilaian berkala dan laporan perkembangan.
Bagi kanak-kanak dengan cabaran sensori dan kawalan emosi, pusat ini menawarkan pengurusan sensori serta latihan komunikasi alternatif untuk anak yang tidak verbal. Program lain seperti latihan kemahiran hidup dan rutin harian memastikan kanak-kanak lebih berdikari, dengan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pembelajaran.
Melalui pendekatan unik ini, kanak-kanak didorong untuk mengekspresikan emosi secara positif, mengurangkan stres, dan membangun kesejahteraan psikologi yang kukuh.
Di samping itu, Ameera Kids Solution Centrekomited menawarkan perkhidmatan untuk membantu perkembangan anak-anak istimewa melalui pendekatan holistik dan berstruktur. Servis yang kami tawarkan termasukProgram Komunikasi yang membantu kanak-kanak membina kemahiran komunikasi, termasuk komunikasi lisan, bukan lisan, dan menggunakan alat bantuan komunikasi untuk meningkatkan interaksi sosial mereka.
Selain itu terdapat Terapi Cara Kerja yang fokus pada kemahiran motor halus dan kasar, membantu kanak-kanak meningkatkan koordinasi pergerakan serta kebolehan mengurus diri dalam aktiviti harian.
Begitu juga dengan Terapi Tingkah Laku yang membantu mengurus tingkah laku mencabar dan membentuk tingkah laku positif melalui strategi yang sesuai dengan keperluan individu. Bagi Program Intervensi Awal (Early Intervention Program) yang direka untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur yang memerlukan intervensi segera. Program ini bertujuan menggalakkan perkembangan mereka melalui pendekatan yang menyeluruh dan bersesuaian.
Program Intervensi Individu pula adalah program terapi individu yang disesuaikan mengikut keperluan khusus setiap anak, membantu mereka mencapai matlamat perkembangan secara optimum.Terapi Menunggang Kuda Jika sesuai, kanak-kanak boleh menjalani terapi berasaskan haiwan yang dapat meningkatkan koordinasi motor, keseimbangan, dan keyakinan diri.
Seronoknya kalau dapat hadiah birthday, lagi-lagi kalau insan tersayang yang bagi. Lepas tu, dapat pula kejutan, memang rasa bahagia sangat!
Seronok baca perkongsian wanita ini bila suaminya hadiahkan seutas rantai emas dengan cara yang kreatif dan tak disangka-sangka! Yang lucunya, selepas tiga hari baru dia tahu ada hadiah dalam kek.
Perkongsian di akaun TikTok aien_suraya ni menceritakan bagaimana suaminya menghadiahkan rantai emas itu. Katanya, dia dah potong kek tersebut pada 3 Februari tapi 6 Februauri baru jumpa rantai tersebut.
Mujurlah mereka terasa nak makan kek tersebut dan dia hampir berikan kek itu pada jiran sebelum anaknya ternampak rantai itu.
“Kebetulan hari tu memang potong separuh je. Lepas tu simpan dalam peti ais selama tiga hari. Anak korek makan kat tengah kek, kalau tak memang tak tahu ada emas,” katanya lagi.
Dalam tempoh 48 jam dimuat naik, vide ini telah mendapat 2.1 juta jumlah tontonan dan lebih dari 50 ribu likes. Seronok kalau dapat kejutan kan? Mujurlah tiba-tiba terasa nak makan kek tu, kalau dibuang terus habislah! Happy belated birthday, semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki selalu.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Waktu bayi, anak akan menangis bila ada sesuatu yang dia inginkan. Boleh jadi lampinnya basah dan dia mahu ia ditukar. Mungkin juga bayi menangis kerana perutnya berkeroncong minta diisi susu atau makanan. Menangis kerana rasa insecure juga boleh jadi ketika mereka masih bayi.
Namun, semakin anak membesar mereka sudah tidak menggunakan tangisan untuk menyatakan perasaan. Anak sudah boleh bercakap, jadi biasanya mereka akan beritahu apa yang mereka mahu. Tak perlu menangis lagi dah!
Ada beberapa situasi anak yang dah besar ni akan menangis. Salah satunya untuk memanipulasi ibu ayah ketika mahukan sesuatu yang mungkin kita takkan berikan pada mereka.
Penjelasan dari En. Mohd Fhais Salim ini mungkin dapat memberi sedikit input kepada kita. Menurutnya, jika teknik manipulasi dengan tangisan ini berjaya ia mungkin akan memudaratkan.
Ikuti penjelasan lanjut dari beliau;
Biarkan Dia Menangis! Pada mulanya bayi menangis sebab itu cara dia komunikasi dengan kita. Dia nangis sebab nak bagitahu kita dia lapar, haus, sakit, ngantuk dan nak dukung. Itu normal.
Ini juga satu benchmark yang kemahiran bercakap seawal usia 2 tahun tu penting. Supaya dia boleh berkomunikasi dengan cara yang lebih sihat selain menangis. Semakin dia membesar, menangis bukan lagi cara untuk komunikasi sebaliknya dia dah jadikan menangis sebagai teknik manipulasi.
Selalunya nak mainan, nak gajet, nak ais krim dan apa sahaja yang dia berkenan, dia akan guna teknik manipulasi ni. Ini bahaya!
Sekali kita turutkan memberi apa anak nak “selepas” dia menangis berkali kali anak akan ingat paten kelemahan kita. Hah, sedialah anak akan buat paten yang sama berulang-ulang kali sampai kita naik jelak. Sebab tu la kalau anak cuba buat teknik manipulasi dengan menangis, biarkan je dia menangis! Serius! Biar dia menangis.
Asalkan tak ada mudarat, bebas dari bahaya, walau mata sembab sekalipun biarkan. Sembab senang hilang tapi sikap besar kepala susah giler nak hilangkan, huh!
Kena tegas sikit, kalau dah kata No means No. Jangan bolak balik dalam mengajar tentang displin & adab pada anak anak ye.
Lagipun itu sahaja cara untuk ajar anak tentang “Frustration Tolerance”, lama kelamaan nanti anak faham bahawa menangis bukan cara untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Frustration tolerance ni la yang banyak beri manfaat pada kemahiran kemahiran lain seperti : – Self control – Urus diri – Berunding – Tolak ansur – Disiplin – Minta izin – Minta tolong – Hormat orang
Dan banyak lagi kemahiran penting penting. Jadi ibu ayah semua, jangan cepat kecut perut bila nampak anak menangis ya. Cool, anak sedang test kita ni tegas atau lemah. Tu je!
Wallahu a’lam..
Semoga dengan perkongsian bermanfaat ini dapat membantu ibu ayah ketika menangani situasi anak ‘buat’ perangai. Bila kita dah biasakan disiplin dengan mereka sejak kecil, mudah-mudahan lebih mudah untuk kita membentuk peribadi mereka ke arah yang lebih positif.