“Abang Berhenti, Anak Tidur!” Paknil Cuba Selamatkan Keadaan & Doa Supaya Mereka Murah Rezeki Dapat Kenderaan Selamat

Share

Datuk Aznil Hj Nawawi atau mesra di panggil Paknil memang sangat terkenal dalam industri tanah air sebagai pengacara yang disegani. Semalam beliau telah memuatnaik sebuah video di instagramnya yang telah mendapat perhatian ramai.

Paknil cuba menarik perhatian seorang ayah yang sedang membawa motor yang ditunggang bersama anak perempuan yang berusia dalam lingkungan 6 tahun. Keadaan kanak-kanak tersebut yang terlelap agak merbahaya dan Paknil cuba membantu.

Petang tadi #paknil selisih dengan seorang abang yang memboncengkan anaknya dalam usia 6 atau 7 tahun gitu.

Masa selisih Paknil perasan anaknya seperti terlelap. Terus terfikir. Macam mana kalau anak itu terlepas tangan dari pautan badan ayahnya.

Paknil mesti tarik perhatian ayahnya.

Malang tak berbau. Jangan ambil ringan ya ayah2 ibu2 semua.
Paknil doakan ayahnya diberi tambahan rezeki agar mampu menyediakan kenderaan lebih selamat untuk si comel itu.

Ramai yang memuji sikap prihatin Paknil. Rata-rata netizen bangga dengan apa yang dilakukan Paknil dan mendoakan kebaikan dalam hidup Paknil. Tak kurang juga bersimpati dengan keadaan mereka yang susah, tiada pilihan untuk mereka.

Life is hard. Kesiannya tengok keadaan macam ni. Bapa dia tak ada pilihan.

Mulianya hati Pak Nil

We need more people like Paknil in MY

Terbaik pengacara no.1 Malaysia

Sumber: Pak Nil

 

 

 

IKLAN