Abang Cekik Adik 9 Tahun Hingga Mati Bakal Direman, Kejadian Disedari Ibu Melalui CCTV

Share

Polis akan memohon perintah reman pagi ini terhadap pelajar lelaki 14 tahun yang disyaki mencekik adik kandungnya hingga mati di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi berkata, suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, jam 10 pagi ini.

Katanya, siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita masih menyiasat motif suspek melakukan perbuatan itu,” katanya.

Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak lelaki mati selepas dipercayai dicekik abangnya.

Kejadian disedari ibu mereka yang terlihat perbuatan suspek melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbitnya sebelum menghubungi jiran untuk membantu memeriksa keadaan anaknya.

Mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.

Ketika kejadian, suspek hanya tinggal berdua bersama adiknya itu manakala ibu bapa mereka keluar bekerja.

Suspek adalah anak sulung daripada empat beradik dan pelajar sebuah sekolah Arab yang disahkan tidak memiliki sebarang rekod disiplin.

 

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN