Gelagat anak pasangan pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, si comel Yusof Iskandar dan Alisa Aishah senantiasa mencuri perhatian wargamaya. Apa sahaja yang dilakukan kedua-duanya, lebih-lebih Alisa sentiasa membuatkan warganet terhibur.

Gelagat Alisa yang comel dan kini mula bercakap beberapa patah perkataan membuatkan seluruh pengikut Hanis dan Hairul ternanti-nanti video dari pasangan ini.

“Abang, Hold Me” Minta Yusof Pegangkan Tangan, Comelnya Gelagat Alisa & Yusof Shopping!

Menerusi Instagramnya, Hanis turut memuat naik video Alisa dan Yusof yang dibawa ke sebuah kedai buku. Seronoknya melihat aksi mereka berjalan-jalan sambil mengintai barangan kesukaan mereka.

Namun apa yang menarik perhatian adalah gelagat Alisa yang begitu comel sambil mulutnya yang ramah ketika bersama abangnya.

“Abang, Hold Me” Minta Yusof Pegangkan Tangan, Comelnya Gelagat Alisa & Yusof Shopping!

Menerusi video tersebut, kelihatan Alisa teruja membelek barangan termasuklah satu dompet yang sesuai dipakai oleh budak lelaki.

Dalam asyik memilih, dia terlepas pandang abangnya dan mula mencari-cari kelibat Yusof.

IKLAN

“Abang, Hold Me” Minta Yusof Pegangkan Tangan, Comelnya Gelagat Alisa & Yusof Shopping!

“Where is abang,” tanyanya kepada ibunya.

Comelnya gelagat Alisa bila mana sebaik bertemu abangnya, dia meminta Yusof memegang tangannya.

“Hold me,” permintaan lembut dan manja Alisa yang membuatkan warganet cair melihat aksi comelnya.

“Abang, Hold Me” Minta Yusof Pegangkan Tangan, Comelnya Gelagat Alisa & Yusof Shopping!

IKLAN

Jalan berpegangan tangan sambil beriringan sebelum kemudiannya sama-sama teruja mencari mainan dan barangan masing-masing.

“Abang, Hold Me” Minta Yusof Pegangkan Tangan, Comelnya Gelagat Alisa & Yusof Shopping!

Bukan hanya Alisa, bahkan Yusof juga dipuji kerana melayani adiknya dengan lembut dan baik serta menyambut tangan Alisa sebaik diminta. Sifat tanggungjawab dan kematangan yang ditunjukkan Yusof membuatkan warganet kagum.

Rata-rata wargamaya meninggalkan pelbagai komen dan reaksi melihat telatah dan gelagah Alisa yang comel dan gaya matang Yusof.

IKLAN

“Abang, Hold Me” Minta Yusof Pegangkan Tangan, Comelnya Gelagat Alisa & Yusof Shopping! “Abang, Hold Me” Minta Yusof Pegangkan Tangan, Comelnya Gelagat Alisa & Yusof Shopping!

“ Hold me” lepas tu lari pergi tempat lain🤣❤️❤️❤️ shoo cutee laa alisaa sayangg!

“Comellllnyaaa Yusuf pegang tangan Alisa”

“Alaaa comel nyeee yusuf capai tgn adik diaa nak pimpin!!

 

Semoga Alisa dan Yusof terus membesar menjadi anak yang sihat, bijak dan cergas serta membahagiakan ibu dan ayahnya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI