Kasut sekolah ABARO merupakan kasut sekolah pilihan ibu bapa masa kini kerana mempunyai ciri-ciri yang terkini dan praktikal dalam setiap rekaan kasut mereka. Ianya telah berada di pasaran sejak tahun 2001 lagi dan menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk memberikan yang terbaik buat anak mereka.
Walaupun kelihatan seperti kasut sekolah yang biasa tetapi kasut sekolah ABARO mempunyai pelbagai keistimewaan dan sesuai dipakai oleh pelajar.
Antara ciri unik yang terdapat dalam kasut sekolah ABARO yang boleh didapati di pasaran adalah kasut sekolah ABARO DryTech™ dan ABARO NameTech™.
Keistimewaan kasut sekolah ABARO Drytech™ adalah ianya memastikan kaki anak-anak kering sepanjang masa walaupun semasa musim hujan. Kasut ini sangat praktikal untuk kanak-kanak sekolah yang berada di negara tropika seperti Malaysia yang mempunyai cuaca yang tidak dijangka.
ManakalaABARO NameTech™ pula direka khas dengan slot nama di mana kanak-kanak atau ibu bapa boleh menulis nama dengan baik dan kemas. Tiada lagi masalah kasut bertukar dengan rakan terutamanya apabila anak-anak melakukan sebarang aktiviti di surau atau dewan.
Hak milik kasut tersebut juga mudah untuk dikenalpasti sekiranya tertukar dengan rakan. Jadi ibu dan ayah tak perlu pening-pening lagi sekiranya anak-anak mengadu kasut bertukar malah mereka sendiri boleh tahu kasut mereka melalui slot nama ini.
Ads
Oleh sebab itu, ABARO dipilih sebagai salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Kasut Sekolah Praktikal Dan Selesa Pilihan Pa&Ma. Dengan kualiti yang ditawarkan, jenama ini sangat diyakini dan menjadi pilihan ibu ayah untuk anak-anak yang bersekolah. Material yang digunakan sangat berkualiti dan breathtable yang membuatkan pemakai berasa selesa menggunakan kasut ABARO.
Tahniah! ABARO merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Kasut Sekolah Praktikal Dan Selesa Pilihan Pa&Ma
Kempen Kembali Ke Sekolah
Ads
Tahukah anda ABARO telah memberikan 200 000 pasang kasut secara keseluruhan sejak 2016 melalui pelbagai kerjasama strategik dengan pelbagai syarikat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR). Ini kerana, mereka mahukan kanak-kanak pergi ke sekolah dengan kasut yang sesuai dan selesa.
Sebagai persediaan untuk tahun akademik baharu, ABARO telah menghadiahkan 152 kasut sekolah kepada pelajar B40 di Sekolah Kebangsaan Gurney (2) untuk memberi kegembiraan dan perubahan kepada semua pelajar sekolah Malaysia ketika mereka meneroka dunia ke arah masa depan yang lebih cerah.
Anda juga boleh memberi sumbangan untuk pelajar yang kurang bernasib baik melalui ABARO Back to School Campaign yang berlangsung dari 17 Disember 2023 hingga 17 Mac 2024 menerusi Peraduan Beli Dan Menang ABARO + CSR.
Hanya dengan membeli kasut sekolah ABARO, RM1 akan didermakan kepada tabung untuk kasut sekolah dan peralatan sekolah dalam membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan.
Ads
Anda juga layak memenangi hadiah bernilai sehingga RM 20,000!
Terma dan syarat peraduan adalah seperti berikut:
1. Peserta haruslah membeli sekurang-kurangnya sepasang kasut sekolah ABARO yang bernilai RM 40 keatas di dalam satu resit pembelian.
2. Imbas QR code di poster atau tekan link ini http://bit.ly/ABAROBackToSchoolCampaign untuk menyertai pertandingan ABARO Back to School Campaign.
3. Jawab soalan yang diberikan dan memuat naik resit atau bukti pembelian kasut sekolah ABARO.
4. Pemenang akan diumumkan setiap 2 minggu sekali sepanjang tempoh pertandingan melalui sesi live di Facebook ABARO. Pemenang hadiah utama akan diumumkan pada 28 Mac 2024.
Anda boleh mandapatkan promosi menarik dari ABARO dengan melayari laman sesawang www.abaro.com.my atau boleh terus membeli kasut sekolah ABARO di platform Lazada,Shopee dan Tiktok ABARO Shoes.
Kalau ada lebihan nasi, boleh simpan dan jadikan apam nasi. Resipinya pun sangat mudah malah mama yang ada anak kecil pun boleh jadikan kudapan untuk mereka.
Resipi yang dikongsi ini ada dua versi iaitu untuk bayi dan juga dewasa. Selamat mencuba!
💓 APAM NASI 💓
Bahan Bahan :
Versi Dewasa :
Bahan A :
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
3/4 – 1 cawan gula
Bahan B :
1 sk yis segera
1 cawan tepung gandum ( diayak )
1 cawan tepung beras ( diayak )
Bahan Lain :
pewarna pilihan
kelapa parut
Versi Baby :
Bahan A :
1 cawan nasi organik groomy discoverer Groomy Malaysia ( Dila My )
1 1/2 cawan air
1/2 cawan madu
Bahan B :
1 sk yis segera
1 cawan tepung gandum ( diayak )
1 cawan tepung beras ( diayak )
Cara Cara :
Satukan ke semua Bahan A ke dalam pengisar dan kisar sebati . tuangkan ke dalam mangkuk. Masukkan Bahan B dan kacau sebati .
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan, perapkan adunan selama 1 jam .
Sementara itu panaskan kukusan. Setelah diperap , kacau seketika dan tuangkan adunan ke dalam acuan / loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak .
Kukus selama 10 – 15 minit atau sehingga masak. Keluarkan apam daripada acuan dan letakkan di dalam pinggan .
Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Kelapa parut boleh juga dikukus agar tahan lebih lama. siap, sedia dihidang !
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Al Kauthar Eduqids menjalinkan kerjasama dengan Universiti Selangor (UNISEL) dalam meneroka peluang untuk membangun, menyokong dan memperkaya pembangunan penyelidikan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Menurut Pengasas Al Kauthar Eduqids Dato Bakhtiar Aliff, “Bagi meneruskan usaha pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, Al Kauthar Eduqids menyediakan penempatan buat pelajar dari Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial UNISEL di Pusat Pendidikan di bawah Al Kauthar untuk menjalani praktikum. Manakala, dari segi kerjasama penyelidikan pula, UNISEL menjalankan kajian kes untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan perkembangan kanak-kanak dan hal-hal lain yang akan dikenal pasti,” ujar beliau.
Tambah beliau lagi, dengan jalinan memorandum kerjasama tersebut, Alumni dari Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak UNISEL diberikan keutamaan peluang kerjaya sebagai guru dan juga pentadbir di Pusat-Pusat Pendidikan di bawah Al Kauthar Eduqids Sdn Bhd. Tidak terhad pada pelajar UNISEL sahaja, tenaga pengajar di Pusat-Pusat Pendidikan milik Al Kauthar Eduqids turut ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di UNISEL.
UNISEL dan Al Kauthar Eduqids turut bersetuju untuk kerjasama mempromosikan pendidikan awal kanak-kanak kepada umum melalui aktiviti promosi, bengkel, seminar dan sebagainya bagi meneruskan usaha meningkatkan tahap kesedaran kepentingan Pendidikan awal kanak-kanak. Dengan kerjasama tersebut kedua pihak turut bersetuju menubuhkan ikubator (Pusat Jagaan/Tadika) di bawah Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak.
Al Kauthar Eduqids berpegang teguh pada misinya sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak yang menyeronokkan dan selamat berasaskan pada nilai dan ajaran Islam. Ia direka untuk membentuk dan mengukuhkan generasi baru yang mempunyai asas Islam yang baik, iman yang teguh dan nilai-nilai akhlak yang tinggi.
Bukan sekadar mendidik kanak-kanak untuk cemerlang akademik dan akhlak sahaja namun Al Kauthar turut menyediakan program pakej perlesenan konsultasi dan bimbingan kepada usahawan yang mahu memulakan perniagaan tadika sendiri.
Dengan memiliki lebih daripada 500 orang pendidik dan 6000 orang pelajar di seluruh negara, maka tidak hairanlah AKE mendapat pengitirafan daripada pelbagai jenama termasuklah Jenama Pilihan Pa&Ma, SME Entrepreneur Business Awards, Malaysian Prestigious Industry Awards, Superbrands Malaysia’s Choice, The Brand Laureate dan Baby Talk Readers’ Choice Awards.
Terdahulu, Al Kauthar Eduqids turut menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan beberapa institusi pendidikan bertauliah negara iaitu Open University Malaysia, Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Vokesional ERT Setapak.
Penyanyi terkenal, Ernie Zakri berkongsi pengalaman hamil anak pertama dan habit yang paling disukainya ketika usia kandunganya sudah mencecah 7 bulan.
“Setakat ini Alhamdulillah saya tak ada mengidam benda yang pelik, semuanya yang mudah-mudah sahaja. Cuma saya rasa habit yang saya perlu stop ialah mengunyah ais.
“Benda begini saya tak pernah buat sebelum ini, saya pun kurang minum ais sebab menyanyi. Tetapi waktu mengandung ni, benda itu jadi macam snek dan minta ais setiap hari. Selalunya orang akan tanya nak keropok? Tapi suami akan tanya nak ais?” katanya.
Dijemput sebagai menyanyi bersama kumpulan Sa.Ya semalam, Ernie gembira apabila diberi peluang untuk beraksi di atas pentas walaupun usia kandungan kini sudah mencecah tujuh bulan.
“Of course penat dan rasa mengah itu dialami oleh semua ibu hamil. Tapi waktu trimester pertama dan kedua saya memang banyak berehat, jadi apabila dapat bekerja saya rasa gembira,” katanya.
Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu. Pasangan itu mendedahkan bakal menimang cahaya mata sulung perempuan tidak lama lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.