“Abi Tak Balik-Balik…” Remaja 15 Tahun Dipercayai Jadi Mangsa Buaya di Kuantan

Share

Di sebalik air yang tenang, rupanya tersimpan duka paling dalam. Malang tak berbau, tragedi ini meragut pelajar tingkatan tiga.

Khabar duka ini tular semalam di media sosial. Remaja Tingkatan 3 dipercayai ditarik dan dibaham oleh buaya ke sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Sejak malam tadi, video di sekitar kawasan kejadian tersebut mula dimuat naik oleh penduduk di sana ke platform media sosial

Difahamkan, insiden menyayat hati ini berlaku ketika Abi sedang memancing di kawasan sungai tersebut. Beberapa pihak mendakwa kehadiran buaya mungkin berpunca daripada jaring ikan berisi ayam mentah yang diletakkan oleh individu tidak dikenali satu perbuatan yang kini dipersoal hebat oleh masyarakat setempat.

Difahamkan jasad mangsa telah dikesan, namun proses membawa naik masih berdepan kesukaran. Orang ramai yang mendengar berita terus membanjiri lokasi untuk melihat pihak bomba mengendalikan kejadian terbabit.

 

@myramanja2Allahuakbar kawan sekolah anak aku baru tgktn 3 kena baham buaya😭

♬ original sound – M Y R A M A N J A 2.0

Salam takziah buat keluarga Abi. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diberi keampunan oleh-Nya. Salah seorang rakan turut berkongsi kesedihan di TikTok, mengenang sahabat yang pergi terlalu awal. Pihak penyelamat bagaimanapun masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi ketika ini

 

 

Published by
Nor Yusoff