Mendapatkan waktu tidur siang yang baik amat diperlukan si kecil bagi tumbesaran mereka. Tetapi adakah ibu-ibu tahu jumlah waktu tidur yang diperlukan mereka pada siang hari?

Ada 2 Kategori Waktu Tidur Siang Bayi, ‘Monster Napper’ Dan ‘Cat Napper’ Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Waktu tidur siang
Secara umumnya, bayi baru lahir akan tidur selama 14 hingga 17 jam untuk tempoh 24 jam, termasuk pada siang hari khususnya pada minggu dan bulan-bulan pertama.

Tempoh tidur ini akan berubah seiring peningkatan usia si manja, itu yang pasti.

Walau bagaimanapun, ibu perlu ketahui manfaat tidur siang untuk anak amat penting bagi menyokong kesihatan dan perkembangan mereka secara keseluruhan.

Tempoh waktu tidur siang adalah berbeza bagi setiap bayi. Namun ia boleh dibahagikan kepada 2 kategori asas:

Monster napper – Iaitu bayi yang boleh tidur secara berterusan bagi tempoh 2 hingga 3 jam
Cat napper – Untuk bayi yang tidur dalam jangka masa lebih pendek – dalam anggaran 30 minit bagi setiap sesi. Tetapi akan mempunyai sesi tidur siang yang lebih kerap
waktu tidur siang

Jumlah waktu tidur siang yang baik untuk si manja

Bayi baru lahir biasanya memerlukan 3 hingga 5 sesi tidur di siang hari atau lebih. Manakala bayi dalam lingkungan usia 4 hingga 6 bulan, memerlukan 2 hingga 3 sesi tidur sehari.

Si kecil berusia 6 hingga 12 bulan perlu mendapatkan tidur siang 2 kali sehari.

Jadual tidur siang bayi

Setiap bayi adalah berbeza. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai pola tidur yang serupa – bergantung kepada usia dan tahap.

IKLAN

Mencipta jadual tidur bagi si manja yang baru lahir adalah sia-sia dan boleh mengganggu penyusuan susu ibu dengan memberi kesan kepada bekalan susu badan.

Namun selepas bayi berusia 3 bulan ke atas, ibu sudah boleh memulakan jadual tidur bayi pada waktu siang. Berikut adalah pecahan asas tempoh waktu tidur siang mengikut usia si manja:

3-bulan
3 – 4 sesi tidur siang sehari
30 minit hingga 2 jam setiap sesi

4-bulan
2 – 3 sesi tidur siang sehari
1 – 2 jam setiap sesi

5-bulan
2 – 3 sesi tidur siang sehari
1 – 2 jam setiap sesi

6-bulan
2 – 3 sesi tidur siang sehari
1 – 2 jam setiap sesi

7 hingga 12-bulan
2 sesi tidur siang sehari 1 pada waktu pagi dan 1 pada waktu tengah hari
1 – 2 jam setiap sesi

IKLAN

Jadual asas ini hanyalah sekadar panduan. Ini kerana, tidak ada ketetapan mengenai jumlah tidur siang yang wajib untuk si kecil. Paling penting, anak mendapat tidur yang mencukupi setiap hari.

Di samping itu, tidur di siang hari yang terlalu lama pada lewat petang boleh mengganggu waktu tidur malam si manja.

Ibu juga perlu memastikan anak mempunyai tempoh berjaga yang bersesuaian mengikut usia antara setiap sesi tidur siang:

0-1 bulan: 45 minit antara sesi tidur siang
1-2 bulan: 45-60 minit antara sesi tidur siang
2-4 bulan: 1.5-3 jam antara sesi tidur siang
5-8 bulan: 2.5-3 jam antara sesi tidur siang
9-12 bulan:: 2.5-4 jam antara sesi tidur siang

Apa patut dilakukan jika bayi tidak mahu tidur?

Apabila bayi menangis dan meregek ketika anda ingin menidurkan mereka, pastinya akan menyebabkan ibu berasa susah hati, bukan?

Punca bayi meragam ketika sesi tidur siang adalah sama ketika mereka dibawa untuk tidur malam.

IKLAN

Bayi bayi baru lahir, mungkin mereka tidak biasa baring secara menelentang sekali gus mendatangkan kesukaran waktu tidur siang. Jadi anda boleh cuba membedung atau menggunakan buaian tidur.

Untuk bayi yang lebih berusia, mereka mungkin sukar tidur kerana bunyi bising dan gangguan waktu tengah hari. Jadi pastikan keadaan bilik sunyi dan malapkan lampu.

Kesukaran untuk tidur boleh terjadi apabila anak mengalami ketidakselesaan ketika tumbuh gigi. Jika mainan teething tidak membantu, tanya kepada pakar pilihan lain untuk dicuba.

Terdapat kemungkinan juga bayi sukar tidur kerana seronok bermain. Rutin tidur siang adalah sama seperti tidur malam – perlukan alunan lagu, penyusuan dan pelukan.

Kredit: Hello

_

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Ada 2 Kategori Waktu Tidur Siang Bayi, ‘Monster Napper’ Dan ‘Cat Napper’ Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI