
Cuba bayangkan suasana malam hujung minggu. Ruang tamu penuh, lampu sudah malap, semua dah siap dengan kudapan tapi sebelum rancangan bermula, ada satu babak yang selalu berulang, perbincangan panjang tentang siapa nak tengok apa.
Ayah nak tengok bola. Ibu nak sambung drama. Si kecil? Kartun mesti jadi pilihan utama. Akhirnya, ada yang mengalah, ada yang menunggu giliran, dan ada yang lari ke bilik dengan telefon sendiri.
Realitinya, keluarga hari ini bukan sahaja ada citarasa berbeza, malah pilihan hiburan pun semakin luas. Saluran TV ada, aplikasi penstriman pun ada. Tapi bila semuanya berasingan, kita mula rasa leceh sebab bil lain, akaun berbeza dan kos yang makin bertambah. Alamak!
Hiburan Tanpa Serabut, Semua Dalam Satu. Ada Ke?
Astro One: Epic Pack hadir sebagai jawapan untuk keluarga moden yang mahukan semuanya dalam satu tempat. Dengan lebih 140 saluran serta akses kepada 7 aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+, Prime Video, iQIYI, Sun NXT, beIN SPORTS CONNECT dan Astro GO, ia benar-benar pakej lengkap. Terbaik!
Yang paling memudahkan, semuanya dalam satu bil. Tiada lagi perlu fikir langganan berasingan atau terlupa bayar mana satu dulu. Dari RM159.99 sebulan (RRP: RM199.99/sebulan), ia memberi lebih nilai untuk seisi keluarga.
Bila semua sudah tersedia dalam satu pakej, masa yang sepatutnya untuk berehat tidak lagi dihabiskan dengan mengurus langganan.
Setiap Ahli Keluarga Ada Dunia Sendiri
Astro One: Epic Pack bukan sekadar banyak pilihan, tetapi pilihan yang benar-benar relevan dengan selera setiap generasi. Di Astro, penonton boleh terus mengikuti drama seperti Andai Itu Takdirnya 2 yang penuh emosi, atau aksi mendebarkan AO: Bad Cop. Rancangan seperti Dapur Bapak-Bapak pula membawa suasana santai yang sesuai ditonton bersama keluarga.
Untuk si kecil, Hey Duggee di Cbeebies atau Oga & Friends pasti jadi kegemaran mereka. Bagi peminat sukan, perlawanan Premier League sentiasa dinantikan setiap minggu. Masuk pula ke dunia penstriman. Di Netflix, ada One Piece S2 yang sarat dengan pengembaraan, Boyfriend on Demand, yang dinanti-nantikan, serta Can This Love Be Translated? untuk peminat drama. Disney+ pula menampilkan Zootopia 2, aksi sci-fi Tron: Ares dan siri adiwira Wonder Man.
Daripada drama tempatan ke siri antarabangsa, daripada kartun pendidikan ke perlawanan sukan bertaraf dunia, semuanya ada di bawah satu pakej. Memang terbaik!
Lebih Daripada Sekadar Tontonan
Apa yang membuatkan sesuatu rancangan itu bermakna bukan hanya jalan ceritanya, tetapi perbualan selepas itu. Teori tentang episod seterusnya. Ketawa bersama adegan lucu. Debaran ketika gol hampir dijaringkan.
Bila keluarga menonton bersama, ia membuka ruang untuk berinteraksi. Anak-anak boleh berkongsi minat mereka. Ibu ayah pula dapat memahami apa yang menjadi kegilaan generasi hari ini. Hiburan menjadi jambatan komunikasi. Astro One: Epic Pack menjadikan pengalaman ini lebih mudah dicapai. Tak perlu pilih satu dan tinggalkan yang lain. Semua boleh menikmati minat masing-masing tanpa rasa terhad.
Nilai Lebih, Penjimatan Lebih
Dengan tawaran masa terhad sehingga 30 April 2026, keluarga boleh menikmati pakej ini pada harga promosi dari RM159.99 sebulan. Berbanding melanggan aplikasi secara berasingan, gabungan dalam satu pakej memberi penjimatan yang lebih jelas dan praktikal.
Dalam keadaan kos sara hidup yang sentiasa meningkat, keputusan yang bijak adalah memilih pakej yang memberi nilai menyeluruh. Hiburan tetap ada, penjimatan pun terjaga.
Jika selama ini rumah anda penuh dengan pelbagai langganan yang berasingan, mungkin sudah tiba masa untuk satukan semuanya dalam satu pilihan yang lebih mudah dan berbaloi.
Strim lebih, jimat lebih dengan Astro One: Epic Pack. Layari astro.com.my atau ke mana-mana cawangan Astro untuk maklumat lanjut.