Ajar anak lelaki tentang perkara ini secepatnya sebelum dia menjadi remaja. Tolong sangat ajar ilmu ni pada pasangan dan anak kita sendiri. Kongsi ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye sebab masih ramai lagi mak ayah di luar sana belum tahu tentang ilmu ni.

Ada Anak Lelaki?? Jangan Biar Dia Jalan Di Belakang Seorang Diri, Pimpinlah Tangannya Sejak Kecil

 

Ada anak lelaki ???
Pimpinlah tangan mereka sedari kecil
Dan bila berganjak remaja….
Jangan pernah biar mereka berjalan dulu atau berada di belakang kita
Latih….
Latih mereka berjalan sambil pegang tangan kita ibunya…
Tak kira…
Di mall
Di pasar
Di taman
Jadikan ia satu kebiasaan supaya mereka tidak menjejak dewasa dengan rasa malu untuk pegang tangan seorang ibu.

Kerana mereka anak lelaki….
Yang dipertanggungjawabkan bersama menjaga ibunya hingga mati!

Ada Anak Lelaki?? Jangan Biar Dia Jalan Di Belakang Seorang Diri, Pimpinlah Tangannya Sejak Kecil

1. Ajar anak lelaki untuk jadi Respectful pada wanita terutamanya pada ibunya sendiri

IKLAN

– contohnya ajar anak lelaki bukakan pintu kereta untuk ibu dan adik perempuannya, jaga nada suara terhadap adik beradiknya & berbuat baik dan lemah lembut pada semua wanita

2. Ajar anak lelaki untuk ada Sense Of Responsibility

– ajar anak lelaki untuk simbah & cuci bila dah lepas hajat di tandas awam, cuci pinggan dan lap tumpahan air di meja makan, kutip sampah yang dia sengaja buang pun adalah salah satu latihan untuk bentuk Sense of Responsibility dalam diri anak

3. Ajar anak lelaki tentang Personal Hygiene & Cleanliness

IKLAN

– banyak anak lelaki bertukar menjadi pengotor bila berjauhan dengan mak ayah contohnya di asrama. Rupanya kerana kita lupa nak ajar anak lelaki kita tentang disiplin menjaga personal hygiene & cleanliness

– personal hygiene ni bermula daripada cara cuci tangan hinggalah kepada cara berinstibra’ & berinstinjak. Antara ilmu istibra’ yang kita kena ajar anak lelaki adalah berdehem & urut kemaluannya sebelum membasuh kencing

4. Ajar anak lelaki Coping Skills

– coping skills ni adalah cara anak kita nak selesaikan ataupun cara anak kita nak hadapi masalah dalam hidupnya. Contohnya apa nak kena buat bila anak lelaki kita tu stress ke, kena ejek ke kena buli ke

IKLAN

– Sebab kalau anak lelaki kita tak tahu Coping Skills yang betul, anak kita akan mudah terjebak dengan Coping Skills yang negatif. Coping Skills negatif ni contohnya adalah ambil dadah dan juga minum arak

5. Ajar anak lelaki tentang Empathy

– bila tengok pasangan kita penat, cuba suruh anak kita tengok dan fahami kepenatan pasangan kita tu

– amalkan dialog ni pada kita untuk asah Empathy anak kita “Adik, cuba tengok Mama tu. Penat kan dia lipat baju kita berdua kan? Nampak tak muka Mama dah redup dah tu jaga kita berdua tiap hari. Jom kita gi tolong Mama lipat baju nak? ”

– bila anak kita dah mampu faham & rasakan emosi orang di sekelilingnya, itulah kejayaan kita dalam membentuk sifat empati dalam diri anak kita. InsyaAllah anak macam ni adalah anak yang hebat Emotional Intelligencenya. Inilah yang kita panggil sebagai anak yang cerdas emosi

Kredit: Reyna Ibrahim, Dr. Taufiq Razif

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI