Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengakui sebagai ibu dia menjadi individu paling gementar apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid melakukan persembahan menerusi konsert piano pertama yang disertainya.
Walaupun baru berusia empat tahun, Aafiyah menjadi peserta termuda dan tak sangka dia mampu melakukan dengan baik walaupun ini adalah konsert kali pertamanya selepas mengikuti kelas piano.
“Hari ini Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya.. Ibu bila teacher @illypianoacademy kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah antara yang paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic (ibu je over thinking sebenarnya)
“Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited. Hari ini ibu rasa sebak mula-mula tengok Aafiyah perform.
“Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik2 jari tuuu.(Ada gaya kata Ayah),” kongsinya.
Dato’ Siti memuat naik sedutan video persembahan Aafiyah di instagramnya dan ramai yang memuji kebijakannya yang nampak tenang. Malah ramai yang tak sabar untuk melihat Aafiyah buat persembahan bersama ibunya.
Ads
“Bravo Aafiyah😍😍😍 ke mana pulak kuah nya tumpah kan @ctdk”
“So cute, nanti boleh lah perform dekat konsert Siti Nurhaliza pulak 😉”
“Well done Aafiyah, nanti Ibu buat konsert, Aafiyah boleh mainkan piano 😍”
“Proud of you Aafiyah!❤️ congrats”
Ads
Sementara itu, sebagai ibu, Dato’ Siti turut mendoakan agar dipermudahkan setiap urusan Aafiyah menuntut ilmu baru dalam hidupnya.
“Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku.. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.
Ads
“Tq teacher @illypianoacademy yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye,’ tulisnya.
Tidak ada ibu bapa yang ingin anaknya berbohong. Tetapi tahukah anda, bahawa seorang anak sudah pandai berbohong sejak berusia empat tahun? Persoalannya mengapa anak berbohong?
Adakah kerana mereka tidak mempunyai perangai yang baik, atau kerana berbohong adalah satu-satunya pilihan untuk memperoleh apa yang mereka inginkan? Semasa anak memasuki usia sekolah, biasanya berbohong dilakukan untuk mendapat apa yang mereka anggap berharga. Misalnya, untuk memperoleh benda yang diinginkan, mendapat penghargaan atau pujian.
Berbohong juga biasa dilakukan anak untuk menghindari sesuatu yang tidak menyenangkan, seperti menutupi perasaan takut atau hukuman. 5 alasan kenapa anak berbohong adalah:
1) Takut Disalahkan
Anak berbohong disebabkan pernah melalui pengalaman buruk ketika dia membuat kesalahan sebelum ini. Jika anak pernah menerima hukuman dari ibu atau ayah dan takut dimarahi, kebanyakan anak yang sedang membesar akan memilih cara berbohong.
Sebagai ibu bapa, elak dari terus memberi hukuman yang boleh membuatkan anak jadi fobia. Didiklah anak dengan psikologi dan anggap anak sebagai rakan baik. Cara ini boleh membina keyakinan dalam diri anak dan mereka bersedia untuk bercakap benar dan tidak akan menyorokkan sesuatu perkara melalui pembohongan.
2) Dilihat Lebih Hebat
Alasan lain anak berbohong, dia ingin dilihat lebih hebat dari yang sebenarnya dan ini terjadi pada anak yang sering dibandingkan dengan anak yang lain.
Rasa kurang percaya diri membuat anak sanggup berbohong semata-mata mahu menunjukkan dirinya adalah yang terbaik dari apa yang dimiliki sekarang. Apa lagi jika ia berada di lingkungan kelompok sosial yang hebat.
Lagi dibiarkan anak akan rasa lagi terbeban sehingga menyebabkan masalah sosial kerana anak takut untuk pulang ke rumah.
5) Tidak Dihargai
Prinsip ibu bapa yang hanya mementingkan hasil dan tidak menyelami perasaan anak akan menyebabkan anak mudah untuk berbohong. Ini kerana anak merasakan tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya dari kedua ibu bapa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjaga kesihatan mulut anak bukan sekadar rutin harian – ia adalah langkah penting dalam membentuk tabiat hidup sihat sejak kecil. Ramai ibu bapa masih keliru tentang waktu sesuai mula ajar anak gosok gigi, makanan yang boleh merosakkan gigi, dan bagaimana mencegah masalah gigi berlubang. Berdasarkan perkongsian menarik dari Dr. Hafiz dalam video oleh Bintang Kecil, berikut panduan lengkap untuk membantu ibu bapa menjaga gigi anak-anak dengan lebih berkesan.
Gigi memainkan peranan penting dalam proses makan, bertutur dan keyakinan diri anak-anak. Gigi yang rosak boleh mengganggu pertumbuhan dan menjejaskan kesihatan secara keseluruhan. Walaupun ramai mengaitkan gula sebagai punca utama gigi berlubang, sebenarnya semua makanan berkanji seperti roti, biskut dan nasi juga boleh menyumbang jika tidak dibersihkan dengan baik.
👉 Fakta penting: Makanan yang melekat pada gigi dan dibiarkan tanpa dibersihkan menggalakkan pembiakan bakteria yang menghasilkan asid – punca utama gigi berlubang.
Dr. Hafiz berkongsi beberapa tips mudah tetapi sangat berkesan untuk diterapkan oleh ibu bapa:
Konsistensi dan teladan daripada ibu bapa sangat penting – anak akan meniru apa yang mereka lihat.
Langkah pencegahan lebih murah dan mudah berbanding merawat. Ibu bapa disarankan untuk:
Anak-anak yang mempunyai gigi sihat dapat:
Kesihatan mulut yang baik juga berkait rapat dengan kesihatan tubuh keseluruhan, menjadikan penjagaan awal satu pelaburan jangka panjang.
Penjagaan mulut bukan tugas doktor gigi sahaja, tetapi tanggungjawab harian yang bermula di rumah. Dengan ilmu dan amalan yang betul, ibu bapa boleh memastikan anak membesar dengan gigi yang sihat, senyuman yang yakin dan tabiat kebersihan yang berkekalan. Mulakan dari hari ini – kerana gigi sihat adalah aset berharga untuk masa depan anak anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ibu ayah rajin buat aktiviti bersama anak, selain bagus untuk “bonding” ia juga boleh merangsang otak anak lebih bijak. Ia membantu proses pertumbuhan anak terutama pada tahap usia 2 hingga 6 tahun yang sedang memasuki fasa perkembangan otak yang optimum.
Tahukah anda aktiviti yang dilakukan bersama ibu ayah lebih membantu proses pembelajaran si anak. Ini kerana orang dewasa mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman yang boleh dikongsi dan diterangkan pada anak. Sekiranya anak ditemani oleh ibu ayah maka akan berlaku proses memahami dan proses sokongan mengenai apa aktiviti yang mereka lakukan.
Banyak aktiviti menyeronokkan di rumah atau di luar rumah yang boleh ibu ayah buat bersama anak-anak. Selain mendidik mereka jadi rajin dan teruja, aktiviti tersebut juga meningkatkan kemahiran berdikari, sifat bertanggungjawab anak dan paling penting mengukuhkan hubungan erat ibu ayah bersama anak.
Ini antara aktiviti yang akan digemari oleh anak. Maklumlah mereka boleh main air sambil ‘tiru’ ayah mencuci kereta apatah lagi kalau selama ini si kecil dilarang melakukan tugas ini kerana faktor usia masih kecil. Jadi bila dapat peluang mencuci kereta bersama ayah, mereka rasa seronok dan dalam masa yang sama dapat belajar banyak perkara seperti pentingnya menjaga keselamatan, kebersihan dan berjimat cermat menggunakan air dan banyak lagi. Bukankah ia satu bentuk pelajaran yang bagus untuk si kecil.
Tak kisahlah sama ada anak anda lelaki atau perempuan, ajak mereka sama-sama membantu tugas memasak untuk keluarga. Aktiviti memasak membantu si kecil meningkatkan koordinasi tangannya melalui tugas mencuci sayur-sayuran, menyusun peralatan dapur, mencuci pinggan kotor.
Membantu ibu memasak juga memberi peluang kepada anak untuk belajar mengenal pelbagai jenis sayur-sayuran, ikan dan bermacam rempah ratus di dapur. Bahkan ia juga cara terbaik untuk mereka mengenal warna dan pelbagai rasa makanan selain mengeratkan hubungan sekeluarga.
Luangkan masa bersama si kecil untuk membuat aktiviti seni dan kraf. Ia bagus untuk menajamkan kreativiti dan daya imaginasi anak. Anda boleh merangsang otak anak untuk mencipta dan bebas berkarya. AKtiviti ini memberi kebebasan kepada anak untuk mencipta apa sahaja hasil seni mengikut imaginasinya. Selain menjadi kreatif anak juga semakin mahir mengoptimumkan koordinasi tangan dan matanya untuk jadi lebih fokus.
Bagi yang mempunyai tanah di luar rumah apa kata anda cuba bercucuk tanam. Tentu si kecil seronok didedahkan dengan aktiviti menanam pokok di luar rumah. Walaupun ia akan membuatkan si kecil kotor kerana terdedah pada tanah tetapi aktiviti ini dapat menanamkan minat berbudi pada tanah dalam diri anak anda. Selain itu mereka juga berpeluang mengenali kepelbagaian jenis tumbuh-tumbuhan dan paling penting aktiviti ‘hands-on’ sesama bercucuk tanam itu memberi mereka pengalaman paling berharga.
Ini cara paling mudah dan ramai yang mempraktikkannya sebagai salah satu cara terbaik bonding bersama keluarga. Paling penting sekali ibu dan ayah mestilah memilih tajuk filem yang sesuai ditonton oleh sekeluarga contohnya filem Ferdinand yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 14 Disember depan.
Filem animasi komedi yang diterbitkan oleh Blue Sky Studios dan 20th Century Fox Animation ini dihasilkan berdasarkan buku kanak-kanak bertajuk The Story of Ferdinand.
Filem ini mengisahkan Ferdinand seekor lembu jantan atau Spanish Fighting Bull yang lebih gemar menghidu bau bunga dan berlatih sesuatu yang tidak berbahaya berbanding mengejar kain merah yang dipegang oleh matadors dalam gelanggang. Tetapi bila bencana datang kepadanya, dia dipaksa untuk bertarung di dalam stadium, dan Ferdinand perlu memilih sama ada dia adalah lembu jantan yang bertarung atau lembu jantan pemurah yang hanya mencium bunga untuk mendapatkan kebebasannya.
Melalui filem ini, anda boleh terangkan kepada anak tentang watak utama filem tersebut iaitu seekor lembu jantan bernama Ferdinand. Walaupun fizikalnya nampak ganas dan besar tetapi sebenarnya ia seekor haiwan yang baik hati dan pemurah.
Antara nilai-nilai murni yang boleh diambil iaitu sifat Ferdinand yang baik hati, kuat semangat, berani, penyayang dan mempunyai nilai persahabatan yang tinggi.
Semua nilai murni dan kebaikan karektor Ferdinand boleh dikaitkan dan dijadikan contoh kepada anak semasa menjalani kehidupan seharian mereka.
Semoga dengan menonton filem ini anak bukan sahaja berseronok dan berhibur tetapi juga dapat pengajaran supaya jangan cepat menilai orang berdasarkan fizikal mereka.
Filem akan ditayangkan di pawagam mulai 14 Disember.
JOM SAKSIKAN TRAILER FILEM FERDINAND YANG MENGHIBURKAN TETAPI PENUH NILAI-NILAI MURNI KEPADA SI KECIL
Untuk banyak lagi info lanjut anda boleh terus tengok di laman facebook 20th Century Fox Malaysia www.facebook.com/foxmovies.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui 6 barang bayi yang tidak disarankan oleh pakar kerana boleh meningkatkan risiko kecederaan dan masalah kesihatan. Ramai ibu bapa masih menggunakannya tanpa sedar.