Bakal bergelar ibu tak lama lagi, pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim, 41, berkongsi rasa keterujaan apabila akan menimang bayi perempuan Julai ini.

Sarimah berkata, berita gembira itu begitu dinantikan kerana selama ini dia banyak dikelilingi lelaki.

“Saya anak sulung dalam keluarga dan ada tiga adik-beradik lelaki. Jadi, saya sudah terbiasa dengan kehidupan yang sentiasa lasak.

“Apabila doktor maklumkan saya bakal menimang anak perempuan, saya agak terkejut. Seronok rasanya, apatah lagi nanti boleh mengayakan dan melaram sama-sama. Lagi-lagi baju anak perempuan semua cantik,” katanya.

Sarimah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman jantina anak dan pelancaran produk kecantikan Thrill by Sarimah Ibrahim Exclusively on Shopee, di Damansara Perdana.

IKLAN

“Ada Geng Baru, Boleh Melaram.” Sarimah Tak Sabar Tunggu Kehadiran Puteri Dalam Keluarganya

Harap Dapat Lahir Normal

Sarimah juga menyatakan dia berharap dapat melahirkan puterinya itu secara normal dan berdoa urusannya nanti dipermudahkan.

IKLAN

“Sepanjang kehamilan, bayi saya sentiasa mengiring dan posisi itu langsung tidak berubah. Kalau posisinya masih sama, berkemungkinan besar saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan,” katanya.

“Ada Geng Baru, Boleh Melaram.” Sarimah Tak Sabar Tunggu Kehadiran Puteri Dalam Keluarganya

Sarimah pada 1 Februari lalu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

IKLAN

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish itu mendirikan rumah tangga dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.

“Ada Geng Baru, Boleh Melaram.” Sarimah Tak Sabar Tunggu Kehadiran Puteri Dalam Keluarganya

Sementara itu, sempena pelancaran Thrill by Sarimah Ibrahim di Shopee, Thrillist mendapat potongan harga 30% bagi semua produknya dari 30 Mei hingga 5 Jun 2019. Bedak asas berharga RM52.50 manakala bedak kompak berharga RM45.

Untuk menjadi Thrillist, sila ke laman https://shopee.com.my/sarimahibrahim.os atau laman instagram dan FB Thrill by Sarimah Ibrahim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI