Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dalam kejadian dekat Sungai Siput, Perak semalam (25 Julai).
Meninggal dalam perjalanan ke hospital
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menerima maklumat itu pada 7.10 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.
“Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul,” katanya.
Polis tahan ibu bantu siasatan
Ads
Mior Faridalathrash berkata, susulan kejadian itu, ibu kandung mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang bercerai sejak enam bulan lalu.
Gambar Hiasan
“Ibu mangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes ini,” katanya.
Hati ibu bapa mana yang tidak pilu melihat cahaya mata mereka mempunyai tubuh sangat kecil dengan wayar berselirat di sekitar wajahnya. Namun Puan Olga dan suami akur terhadap dugaan berat yang menimpa mereka.
Bayi bernama Noverno yang dikhabarkan menghidap Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH) katanya dimasukkan ke Intensive Care Unit (ICU) sejurus dilahirkan.
Berkongsi tentang Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH), Puan Olga menjelaskan peluang pulih untuk bayinya yang menghidap isu kesihatan ini memang agak tipis.
Melihat pada gambar perbandingan 2 organ dalaman manusia, penghidap CDH dikatakan tidak mempunyai otot yang menyokong diafragma. Kewujudan lubang di situ menyebabkan organ lain boleh bergerak ke dalam dada lantas menganggu perkembangan normal paru-paru.
“Dari kandungan 5 bulan begitu dengar kabar dari doktar, Noverno bermasalah. Aku cuma bertahan sekuat yang kumampu untuk menyelesaikan jalan cerita kami”
Namun tuhan lebih menyayangi baby Noverno, akhirnya setelah mendapat persetujuan dari doktor untuk dibawa pulang ke rumah, baby Noberno pergi buat selamanya 7 hari selepas dibawa pulang.
“Masih belum boleh move on. Bersyukur sangat dapat rawat kamu di rumah walau hanya 7 hari saja. 3 bulan 25 hari kamu sudah berjuang, ibu dapat merasakan kamu takingin pergi dan ingin kembali kepada kami, jiwamu begitu kuat cuma tubuhmu lemah”
“Inilah yang terbaik untuk kita semua menurut-Nya. Terima kasih kerana sudah hadir dalam kehidupan kami, Noverno”
Berkongsi tentang pengebumian cahaya matanya, dia ternyata sebak kerana inilah kali terakhir dia menyiapkan cinta hatinya itu.
Masuk hari kelapan kehilangan baby Jude Angel, bayi berusia 18 bulan yang hilang di Beafourt, Sabah. Masih belum ada tanda-tanda penemuan bayi comel ini walaupun gerakan mencari dipergiatkan.
Bapa kepada baby Jude, Jeremy Sundang menahan sebak apabila mengenangkan kali terakhir dia bersama anak perempuannya itu.
Petani berusia 39 tahun itu hendak meninggalkan rumah mereka di daerah Beaufort barat daya pada awal pagi Sabtu (9 Julai) untuk bekerja apabila Jude tiba-tiba menangis.
“Dia memanjat seluruh badan saya jadi saya dapati ia agak pelik kerana dia biasanya tidak melakukannya.
“Jadi, saya membedungnya dalam pelukan sebelum mendodoinya perlahan-lahan untuk tidur,” katanya sambil menarik leher bajunya untuk mengesat air mata yang mengalir di mukanya.
“Jika difikirkan kembali, itu mungkin semacam petanda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Saliwangan Baru pada Khamis (14 Julai).
Bagaimanapun, dia enggan berputus asa untuk mencari anak perempuannya walaupun berhadapan dengan tekanan keluarga serta penyelamat pulang dengan tangan kosong walaupun operasi mencari memasuki hari keenam ketika itu.
“Harapan saya masih tinggi…rasa saya dia masih hidup,” katanya.
Jude, anak bongsu daripada tiga beradik, pertama kali dilaporkan hilang kira-kira jam 11 pagi Sabtu (9/7/22) selepas keluarga gagal mengesannya. Mereka sebelum itu mendapati pintu depan rumah mereka terbuka.
Kanak-kanak itu dikhuatiri sama ada terjatuh ke dalam Sungai Padas berhampiran atau sesat di dalam hutan sekitar rumah mereka, yang agak terpencil.
Jeremy berkata dia telah meninggalkan rumah untuk bekerja pada jam 6 pagi dan beberapa jam selepas itu adalah mimpi ngerinya yang paling teruk buatnya kerana kehilangan anak pada jam lebih kurang 11 pagi.
Dia berkata isterinya, juga seorang petani, telah pergi lebih awal untuk menaiki kereta api ke bandar Beaufort, kira-kira 30km jauhnya, untuk menjual hasil mereka di tamu daerah mingguan (pasar tradisional) dan Jeremy sudah menunggu isterinya di sana ketika itu dengan kereta.
“Saya sedang duduk di dalam kereta menunggunya selepas jam 8 pagi, isteri saya tergesa-gesa menyuruh pulang, dia memberitahu saya ‘balik-balik cepat’ (jom pulang cepat).
“Ada orang menghubungi kami, mengatakan Jude telah hilang. Kami segera pulang dan meninggalkan jualan kami,” katanya.
Setibanya di rumah, Jeremy berkata naluri pertamanya ialah mencari melalui kolam kecil yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.
“Saya menyelam beberapa kali di dalam kolam tetapi saya tidak menemui sebarang kesan.
“Dia tidak pernah merayau jauh sebelum ini. Paling jauh dia pergi adalah ke sebuah pondok di sebelah rumah kami,” katanya.
Beliau melahirkan rasa puas hati terhadap semua pihak yang mencari termasuk anggota polis, Bomba, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam serta sukarelawan dan penduduk kampung lain atas usaha mereka.
Ada juga yang menawarkan bantuan dengan “cara ghaib”, katanya, tetapi mereka terpaksa menolak dengan sopan kerana mahu berpegang pada kepercayaan mereka sendiri dalam mencari Jude.
“Ada yang datang dari jauh, cuba menggunakan pengetahuan mereka untuk mencari Jude dan mahu kembali semula selepas gagal mengesannya.
“Tetapi kami terpaksa berkata tidak. Bukan kami tidak mahu bantuan mereka, kami menghormati niat suci mereka dan berterima kasih kepada mereka untuk itu.
“Tetapi selepas bercakap dengan gereja kami, kami lebih suka berpegang pada iman kami. Kami berasa sedih untuk menolak tawaran mereka tetapi mereka juga memohon maaf, mengatakan mereka tidak mahu memaksa ini kepada kami,” kata Jeremy.
Bukan mudah nak jaga anak-anak yang tengah lasak. Lagi-lagi yang baru dapat kaki. Semua pergerakan kena dipantau sepanjang masa. Mungkin kita sebagai ibu bapa dah ambil langkah awal untuk keselamatan mereka tapi jika nak berlaku semua itu diluar bidang kuasa kita.
Begitu jugalah pengalaman yang dikongsikan melalui facebook Salzaf Ra Nis mengenai kejadian menimpa anak perempuannya ketika dia hanya terlelap sebentar.
Kejadian tali terbelit dileher anak perempuannya itu ketika bermain bersama kakaknya di dalam bilik benar-benar buatkannya trauma hingga ke hari ini. Nasiblah kecederaan yang dialami itu tidak serius.
Perkongsiannya ini sekadar untuk memberi peringatan buat semua ibu bapa.
Nasib malang menimpa anak saya… Anak saya ni hiperaktif… Masa berlaku ni saya terlelap di ruang tamu sedang kan sebelum tu dia elok je tido sebelah saya. Tak tahu masa mana dia bangun masuk bilik. Dengar-dengar dia dah nangis.
Bila saya masuk bilik tengok tali sudah terbelit dekat leher. Tapi semasa berlakunya kejadian ni kakak dia ada sekali dalam bilik. Jadi dia la cerita dari awal macam mana boleh terjadi.
“Kata kakaknya yang umur 7 tahun.. adik nya panjat meja lepas tu belit tali dekat leher dan terjun nasib baik meja tu rendah je.
Tapi alhamdulillah Allah SWT masih lagi melindungi anak saya. Saya rasa macam bersalah sangat-sangat kalau la saya tak terlelap mungkin ni semua tak kan terjadi. Tolong doa kan anak saya cepat sembuh nya.
Maaf kalau dengan post saya ni buat awak-awak semua tergangu. Semoga apa yang menimpa pada anak saya ni menjadi iktibar pada semua.