Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di badan dalam kejadian dekat Sungai Siput, Perak semalam (25 Julai).
Meninggal dalam perjalanan ke hospital
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya menerima maklumat itu pada 7.10 pagi.
Beliau berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.
“Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul,” katanya.
Polis tahan ibu bantu siasatan
Ads
Mior Faridalathrash berkata, susulan kejadian itu, ibu kandung mangsa berusia 30 tahun yang bekerja sebagai jururawat ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang bercerai sejak enam bulan lalu.
Gambar Hiasan
“Ibu mangsa direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kita akan menjalankan siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes ini,” katanya.
Seramai 2,000 orang murid tahun 2 hingga 5 akan menerima barangan kelengkapan persekolahan iaitu satu set pakaian sekolah, stokin, kasut sekolah dan alat tulis. Selain daripada itu, pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) juga akan turut mendepositkan RM50 ke dalam akaun para murid yang menerima sumbangan bantuan persekolahan.
BSN kembali meneruskan inisiatifnya untuk membantu murid-murid kurang berkemampuan dalam membuat persiapan persekolahan menjelang tahun baharu melalui program ‘Jom To School’ BSN (JTS BSN) untuk tahun ke-2. Program ini dijalankan di seluruh negara secara bergilir-gilir dan berakhir pada 22 November ini di Melaka.
JTS BSN sebelum ini berlangsung di Johor serta Negeri Sembilan dan diteruskan secara serentak pada hari ini di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
“Alhamdulillah pihak kami dapat meneruskan lagi program JTS BSN untuk tahun ke-2 pada tahun ini. Pada tahun lepas pihak kami berkesempatan untuk membantu sebanyak 1,041 orang murid sahaja. Tahun ini kami tingkatkan jumlahnya kepada 2,000 orang agar lebih ramai murid yang kurang berkemampuan dapat memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan dengan selesa.”
“Kami sedia maklum bahawa persiapan persekolah ini menjadi kekangan terhadap sesetengah keluarga terutamanya yang kurang berkemampuan. Atas dasar itulah, BSN dengan kerjasama daripada pihak sekolah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat melalui ‘Jom To School’ BSN ini” menurut Puan Syanorida Bahari, Naib Pengerusi Kanan/Ketua Pengurusan Sumber Manusia BSN ketika ditemui di majlis penyerahan sumbangan di SK Wangsa Maju Zon R10 pagi tadi.
Tambahnya lagi, program ini juga adalah sebagai tanda penghargaan kepada sekolah-sekolah dan guru-guru yang setia menyokong kempen dan aktiviti promosi yang pihak BSN laksanakan selama ini. “Jika tiada sokongan daripada sekolah-sekolah dan guru-guru, mana mungkin kempen dan aktiviti yang dijalankan oleh BSN akan dapat dicapai.”
Puan Syanorida telah menyerahkan barangan kelengkapan persekolahan kepada 105 orang murid sekolah dari beberapa daerah di Negeri Selangor. Pemilihan kategori penerima sumbangan dibuat oleh guru-guru di sekolah yang terlibat.
Selain itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Maznah binti Abu Bakar turut turun padang memberikan sumbangan dan menjayakan program ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkenaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, melalui Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN, bantuan one-off akan diberikan kepada beberapa penerima dalam kategori berbeza mengikut kelayakan.
Bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat jelas, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengeluarkan beberapa info rasmi berkaitan BPN ini seperti siapakah yang layak, cara memohon dan sebagainya.
Seperti yang sedia maklum, pembayaran BPN akan dibuat dalam (2) dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:
Bagi mereka yang BELUM berdaftar, PERMOHONAN BAHARU boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM pada klik pautan DI SINI. Untuk makluman, semuanya hanya boleh dibuat secara online sahaja.
Kaedah pembayaran:
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
Tempoh membuat semakan
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut
Di bawah adalah kenyataan rasmi daripada pihak MOF:
Disertakan juga lampiran Soalan Lazim atau FAQ dari LHDNM berkenaan Bantuan Prihatin Nasional:
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon ini: 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000
Sumber: Kementerian Kewangan; LHDN & says.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hasrat pasangan suami isteri untuk menyambut bayi yang bakal dilahirkan dengan selamat dan sihat bertukar tragedi.
Pasangan ini menyesal apabila membuat keputusan untuk menyambut kelahiran anak mereka di rumah dengan mengupah ‘bidan palsu’ sehingga menyebabkan kaki bayi mereka patah dan cedera.
Kaki Bayi Kebiruan & Ibu Alami Komplikasi
Tular di laman sosial gambar kaki bayi berkenaan kebiruan sehingga mengundang kemarahan doktor di Rusia kerana tidak menjalani prosedur kelahiran di hospital.
Kejadian di bandar Voronezh itu dipercayai disebabkan kelewatan ibu bayi itu dibawa ke hospital selepas mengalami komplikasi ketika proses kelahiran di rumahnya.
Keadaan Ibu Kritikal
Selepas melihat keadaan yang semakin kritikal, dua bidan amatur itu kemudiannya panik sebelum bergegas membawa ibu dan bayi berkenaan ke hospital bersalin untuk tindakan lanjut.
Ketua Ginekologi Negeri, Olga Samafalova berkata, agak mengejutkan apabila terdapat wanita hamil yang memilih untuk mendapatkan bantuan ‘bidan palsu’ terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi.
“Mereka terpedaya dengan kisah indah yang dikongsi dalam kalangan mereka mengenai perjalanan kelahiran secara alami.
“Namun, ia tidak seindah yang disangka. Kebanyakan wanita yang bersalin secara ‘alami’ berdepan masalah pendarahan teruk atau nekrosis yang seterusnya menjejaskan kesihatan mereka selepas bersalin,” katanya.
Percaya Selepas Menyertai Kelas Kelahiran Alami
Bapa kepada bayi berkenaan menjelaskan, mereka mempercayai dua wanita dikenali sebagai Valeria dan Ekaterina selepas menyertai kelas kelahiran alami yang dianjurkan mereka.
‘Mereka’ Tahu Kedudukan Bayi Songsang
Sebelum itu, mereka mengetahui bayi dalam kandungan berada dalam keadaan songsang dan isterinya diberikan ramuan homeopathi untuk membetulkan kedudukan bayi.
Saya Menyesal Mendapatkan Khidmat Mereka
Bagaimanapun, keadaan bayi tidak berubah sehingga tiba waktu kelahiran menyebabkan kaki bayi terlebih dahulu keluar.
“Saya menyesal mendapatkan khidmat mereka. Lebih menyakitkan hati apabila kedua-dua wanita berkenaan meminta saya menjelaskan bayaran bagi perkhidmatan yang diberi.
“Mereka juga kini sudah lesap selepas saya memaklumkan mempunyai rakaman proses kelahiran itu,” katanya.
Sumber: Hmetro, Daily Mail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!