“Ada Kesan Terbakar Pada Lengan.” Anak Maut Disambar Petir Dalam Bilik Tidur

Share

Tak sangka dentuman petir yang kuat menyebabkan seorang anak maut dalam bilik tidurnya. Kejadian yang berlaku pada murid tahun enam ini benar-benar mengejutkan ahli keluarganya.

Mangsa maut dipercayai disambar petir ketika sedang berbual dengan rakannya menggunakan telefon bimbit di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan.

Dalam kejadian pukul 4.50 petang itu, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis ditemukan terbaring di dalam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengan.

Bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, berkata, semasa kejadian dia baharu sahaja selesai solat Asar di surau yang terletak di hadapan rumahnya.

Menurutnya, ketika kejadian dia dikejutkan dengan bunyi dentuman petir yang sangat kuat.

“Kemudian, isteri memaklumkan anak keempat daripada lima beradik telah pengsan di tempat tidur sambil tangan kanannya memegang telefon bimbit.

“Selain itu terdapat kesan melecur pada tangan kanan anak dan kesan terbakar di bahagian tilam tempat tidurnya,” katanya.

M. Nor Zawawi memberitahu, dia membawa anaknya itu Klinik Kesihatan Kuala Betis dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.

Katanya, mayat anaknya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut sebelum proses pengebumian.

Kredit: UTUSAN

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

IKLAN