Ibu bapa yang ada anak kecil dinasihatkan untuk sentiasa hati-hati dan tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan di tempat yang mudah anak ambil. Walaupun hanya sekadar minyak angin atau balm, jika terlepas pandang ia boleh memudaratkan anak.

Anda kena tahu walaupun minyak angin atau balm yang dijual di pasaran itu tak mendatangkan mudarat jika digunakan oleh anda, tak semestinya untuk anak kecil di bawah dua tahun ia selamat.

Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok. Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun. Boleh Sawan & Meninggal

Ada kesan sampingannya pada anak bawah dua tahun kerana kebanyakan minyak angin atau balm ini mengandungi camphor/kapur barus.

Penjelasan dari Dr Redza Zainol ini sangat membantu ibu bapa dan memastikan dalam rumah kita sentiasa selamat untuk anak.

Anak dua tahun sawan dan meninggal

“Doktor, budak 2 tahun ni dah satu jam sawan tak berhenti-henti.”

Ibu bapanya baru berpindah rumah. Ruang tamu mereka penuh dengan kotak dan barangan yang perlu disusun.

Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok. Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun. Boleh Sawan & Meninggal

Sambil ibu bapanya sibuk mengemas, anak ni jumpa ubat minyak cap kapak di dalam kotak.

Tak lama lepas tu, dia mula muntah-muntah dan tak sedarkan diri.

IKLAN

Tak ada siapa pun nampak dia minum minyak cap kapak tu tapi bau minyak tu sangat kuat dari mulut dia.

Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok. Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun. Boleh Sawan & Meninggal

Di wad, bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan. Tapi dia berterusan sawan hingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia.

“Puan, kami dah cuba semua jenis rawatan. Maafkan saya, anak puan dah tak ada lagi.”

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dari doktor pakar saya pada si ibu. Dia meraung sekuat-kuatnya.

Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok. Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun. Boleh Sawan & Meninggal

Digoncang-goncang badan anaknya. Tak bergerak, tak bernafas dan kulitnya mulai biru sejuk.

IKLAN

Ayahnya tersandar di dinding. Masih tak percaya dengan apa yang berlaku. Kelu tak berkata apa-apa.

Kisah benar ni tak akan saya lupakan.

Ubat minyak cap kapak mengandungi Camphor yang dilarang untuk diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun.

Camphor atau kapur barus ialah bahan yang banyak diguna dalam produk sapuan di dalam pasaran untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.

Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok. Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun. Boleh Sawan & Meninggal

Menurut kajian penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik Camphor sebab ia mudah terserap melalui kulit dan membran mukus (mata, bibir, bahagian dalam hidung).

IKLAN

Produk yang mengandungi camphor atau kapur barus ni jika diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun boleh menyebabkan sawan dan kematian.

Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang telah diletakkan.

Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok. Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun. Boleh Sawan & Meninggal

Baca dulu label sebelum di guna pada anak

Mak ayah hati-hati ya. Jangan letak pada hidung, mata atau kulit yang luka. Ia akan terserap di dalam darah dan boleh capai tahap toksik di dalam badan.

Ada Produk Ini Di Rumah Kena Sorok. Bahaya Untuk Anak Bawah 2 Tahun. Boleh Sawan & Meninggal

Apa pun produk yang kalian nak guna pada anak, biasakan diri untuk baca label.

Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca dan ambil tahu.

Jadilah mak ayah yang bijak.

Sumber: Dr Redza Zainol

Join Channel Telegram Dr Redza
https://t.me/NotaRedzaZainol

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI