Ada sebabnya mengapa gula dan garam dilarang pengambilannya dalam kuantiti yang banyak pada anak-anak kecil kita. Minuman dan makanan manis seperti aiskrim dan sebagainya elakkan diambil setiap minggu.
Melalui kajian, gula khususnya dikatakan menjadi penyebab anak mudah lupa jika diambil berlebihan. Jadi kurangkan dalam kuantiti makanan anak. Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Anak akan cepat lupa bila selalu ambil makanan tinggi gula. Ini kajian dari Universiti Southen California.
Gula kacau metabolisma badan.
Gula lembapkan fungsi otak.
Gula rosakkan aktiviti otak.
Gula tingkatkan rintangan insulin.
Gula kacau bilaukan mood anak.
Gula juga buatkan anak ketagih.
Kandungan pertama pada kebanyakan aiskrim adalah gula. Korang boleh tengok label dalam gambar yang saya share tau.
Ads
Sebab tu anak selalu ketagih makan aiskrim. Walau sekali je anak cuba, mesti dia akan ingat rasa sedap aiskrim tu, sampai bila-bila pun dia akan suka mintak nak makan aiskrim.
Aiskrim ni makanan ultra processed. Selain kandungan gula yang tinggi dan tak sesuai untuk anak, ada banyak lagi kandungan lain yang boleh bebankan kesihatan anak.
Sebelum memperkenalkan sesuatu makanan pada bayi, penting untuk ibu-ibu ketahui apakah anak akan alah atau mengalami alergi atau tidak dengan makanan tersebut. Makanan yang sering menyebabkan anak-anak alah adalah telur, susu, kakacang dan sebagainya.
Adakah anak yang mempunyai alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka? Ini 12 tanda anak alergi makanan yang ibu bapa perlu tahu. Jom periksa si manja sekarang!
Alahan telur atau alergi protein telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur.
Badan akan memberi tindak balas seumpama telur adalah bahan berbahaya.
Situasi ini akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini akan merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia.
Keadaan ini pada akhirnya akan mengembangkan tanda anak alergi makanan seperti alahan telur.
Jika anda atau pasangan mempunyai alahan ini, maka berkemungkinan besar si manja juga akan mengalami keadaan yang sama.
Terdapat beberapa faktor boleh meningkatkan risiko untuk mengembangkan alahan ini, seperti:
Dermatitis atopik Kanak-kanak dengan kulit jenis ini adalah lebih berisiko dan cenderung untuk mengalami alahan makanan berbanding mereka yang tidak mempunyai masalah kulit.
Sejarah keluarga Anda berisiko tinggi untuk mengalami alergi makanan jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa menghidap asma, alahan makanan atau jenis alahan lain seperti ekzema.
Usia Keadaan alahan ini adalah 1 yang biasa dalam kalangan kanak-kanak. Seiring pertambahan usia, sistem pencernaan akan menjadi matang dan reaksi alahan semakin kurang berlaku.
Reaksi berlebihan sistem imun adalah punca kepada alergi makanan. Alahan telur berlaku kerana sistem pertahanan badan keliru dan menganggap protein telur sebagai berbahaya. Jadi, jika anda atau anak bersentuhan dengan protein telur, sel sistem antibodi badan akan mengesan dan memberi isyarat kepada sistem imun untuk melepaskan histamin dan bahan kimia lain. Ia sekali gus menyebabkan wujudnya tanda dan simptom alahan.
Sama ada putih atau kuning telur, kedua-duanya mengandungi protein yang boleh mengakibatkan alergi. Tetapi biasanya alahan kepada putih telur paling biasa untuk berlaku. Bagi bayi yang menyusu juga cenderung mengalami alahan kepada protein telur ini jika ibu yang menyusu badan memakan telur.
12 tanda bayi alergi makanan
Tanda dan gejala alergi protein telur pada bayi dan kanak-kanak boleh jadi sama seperti penyakit konvensional. Simptom mungkin akan kelihatan selepas beberapa minit hingga sejam.
Wujud benjolan, tompokan atau ruam merah yang menyebabkan rasa gatal yang ringan hingga kronik. Komplikasi keadaan ini boleh menyebabkan ekzema.
Anda mungkin akan menyedari bengkak pada bibir dan juga lidah si kecil.
Anak dengan alergi makanan mungkin akan mengalami mata yang merah disertai dengan rasa gatal, bengkak serta pengeluaran air mata secara berlebihan.
Adakalanya, alahan ini juga boleh menyebabkan hidung menjadi tersumbat. Selain itu akan wujud hingus, kemerahan dan kegatalan pada bahagian hidung.
Keadaan ini mungkin sukar untuk dilihat, tetapi boleh dikenal pasti apabila anak menunjukkan rasa tidak selesa atau kesukaran untuk menelan.
Anak yang mengalami alergi makanan mungkin akan berdepan dengan situasi kesakitan pada perut atau mengalami cirit-birit.
Sesetengah kanak-kanak dan bayi akan kelihatan tidak selesa kerana rasa mual yang berterusan. Keadaan ini cenderung menyebabkan mereka muntah.
Jika si manja mengalami alahan makanan, mereka akan berdehit dan bernafas dengan cepat. Sekiranya berterusan, masalah asma mungkin boleh terjadi.
Anak yang diserang alergi protein telur akan berdepan situasi denyutan jantung yang lemah, sekali gus menyebabkan rasa pening kepada mereka
Anak anda mungkin akan diserang gangguan kegelisahan dan secara tiba-tiba mereka mungkin akan pengsan.
Alahan makanan yang dialami boleh menyebabkan si manja mengalami peningkatan suhu badan. Keadaan ini sering disertai dengan simptom lain yang dinyatakan di atas.
Dalam tindak balas alahan yang melampau, anak anda mungkin akan mengalami kejutan anafilaksis. Ia adalah 1 keadaan yang boleh mengancam nyawa. Terdapat beberapa gejala yang mungkin berlaku:
Anafilaksis boleh menyebabkan kematian dan memerlukan pemerhatian perubatan yang segera!
Pemeriksaan doktor
Anda harus memahami alahan telur adalah berbeza dengan kepekaan (sensitiviti) atau intoleransi.
Walaupun tindak balas yang berlaku hampir sama tetapi dalam hal berkaitan kepekaan makanan kesannya lebih perlahan dan lebih ringan.
Namun yang pasti, alergi atau kepekaan makanan berkait rapat dengan sistem imun. Manakala intoleransi makanan pula berhubung dengan sistem gastrousus.
Jika wujud keraguan atau kebimbangan tentang keadaan anak, sebaiknya lakukan pemeriksaan untuk menentukan keadaan tepat.
Bosan dengan rutin makanan hariannya, ada waktunya anak juga kurang berselera untuk makan. Sesekali ubah selera anak dengan menu simple. Yogurt antara yang disarankan. Tak perlu dioleh hebat sebaliknya sejukkan sahaja atau tambahkan bersama buah. Anak makan berselera.
Minuman yogurt mengandungi probiotik yang sangat diperlukan dalam tubuh badan kita. Sebagai contoh, Bifidobacterium merupakan probiotik terawal dalam badan kita. Mungkin anda belum tahu, tetapi bakteria ini telah melindungi kita sejak kecil lagi.
Selain membantu masalah penghadaman, yogurt juga mempunyai khasiat yang tinggi malah mengandungi bahan yang diperlukan dalam perkembangan tulang, seperti protein, kalsium, vitamin D, fosforus, dan magnesium. Minuman yogurt juga membantu membina sel-sel tulang yang sihat.
Tapi bagaimana kita hendak memperkenalkan yogurt ini kepada anak? Informasi yang dikongsikan oleh Puan Safwah Abd Sani ini memang tepat. Malah banyak perkongsian infonya untuk semua mama. Jom suapkan anak kita yogurt, biar sejuk baru anak makin selera hendak makan.
Sedikit info tentang yogurt. Bila boleh intro yogurt untuk anak?
Seawal usia 8-10 bulan dah boleh perkenalkan yogurt pada anak.
Bagus ke bagi yogurt pada anak? Bagus. Sebab yogurt ada probiotic, yang mana probiotic ni sangat penting untuk kesihatan usus. Bila usus sihat, nutrient lain pun mudah diserap. Usus yang sihat membantu meningkatkan immune system badan anak.
Berapa banyak anak boleh makan yogurt?
2 – 3 sudu sehari sudah memadai, lagi bagus kalau dibagi setiap hari.
Banyak sangat natural yogurt dekat pasar raya. Nak pilih yang mana satu? Ok, ni tips memilih yogurt untuk anak-anak.
1. Pastikan kita pilih NATURAL YOGURT. Sebab tak ada perasa tambahan, gula, etc. 2. Pilih yang FULL FAT / FULL CREAM. Anak-anak perlukan lemak baik untuk membesar. 3. Elakkan ambil LOW FAT. Bukan tak baik, cuma kurang sesuai untuk anak yang nak membesar. Untuk mak boleh la ambil low fat.
Berapa lama yogurt boleh tahan?
Kalau letak dalam fridge, biasanya tahan kurang seminggu. Habis tu kalau beli bekas besar, jenuh anak nak habiskan? Dah la 2-3 sudu je sehari. Macam mana?. Apa yang umi buat, masukkan yogurt dalam bekas ice cube dan frozen kan. Bahan frozen kalau letak dalam deep chiller biasanya tahan 2-3 bulan. Dah keras, masukkan dalam plastik ziplock. Nak ambil, ambil saja seketul-seketul
Apa menu yang sesuai dibuat dengan yougurt?
1. Mix dengan buah
2. Yogurt Bark. Cara penyediaan sama saja, mix dengan buah. Kemudian sapu rata pada pinggan atau mangkuk dan frozenkan. Dah keras boleh patah-patah dan bagi anak makan.
Yogurt Bark sesuai sangat bagi kat anak kalau dia gatal gusi nak tumbuh gigi.
3. Buat smoothies. Yummeh!
4. Campur dalam masakkan seperti masak kari. Cuma kena masukkan yogurt di akhir masakkan, biarkan masakkan sejuk sikit baru campur yogurt.
Jom mama!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap jenis warna pada buah, ada kandungan kimia semulajadi yang bermanfaat untuk tubuh badan mereka. Allah dah ciptakan begitu, rugi betul kalau kita tak ambil khasiat yang ada.
Pastikan anak-anak kita dapat makan 5 jenis warna buah dalam seminggu.
Buah pun ada kumpulan warna macam kumpulan sukan kita waktu kecil dulu.
1. Merah
– Ada antocyanins dan carotenoids.
– Bagus untuk mata, jantung, penghadaman dan sel.
2. Oren
– Ada carotenoids.
– Bagus untuk mata, sistem imun, jantung dan sel.
3. Kuning
– Ada beta-carotene.
– Bagus untuk kulit, mata, peredaran darah dan sistem imun.
4. Hijau
– Ada chlorophyll.
– Bantu kurangkan kolesterol, bagus untuk organ, sel dan penyembuhan.
5. Purple dan biru
– Ada antocyanins.
– Bagus untuk memori, tulang, peredaran darah dan jantung.
Anak akan dapat cukup keperluan vitamin dan mineral jika kita pelbagaikan buah yang anak ambil setiap hari.
Kadang, anak bukan tak suka. Tapi bila kita tak kenalkan, mereka belum suka dengan buah itu.
Cuba sediakan selalu, buah yang anak kita tak suka sangat. Biar je sentiasa ada di rumah buah tu.
Mesti satu hari, dia akan tanya kita, dan rasa nak cuba buah tu.
Sama-sama kita cuba perbanyakkan jenis pilihan warna buah yang ada di rumah ya. Moga anak kita dapat khasiat terbaik dari setiap jenis buah yang diambil.