Memandangkan pada bulan Ramadhan ini wajib bagi kita mengeluarkan zakat fitrah, Adakah bayi yang masih di dalam kandungkan diwajibkan untuk dibayarkan zakat untuknya?
Zakat fitrah adalah zakat yang wajib ditunaikan pada bulan Ramadhan. Tempoh masa zakat ini adalah pada permulaan bulan Ramadhan sehingga sebelum solat hari raya aidilfitri. Perkara ini dapat difahami melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi SAW bersabda :
Maksudnya :” Zakat fitrah adalah penyucian bagi orang yang berpuasa daripada perkara yang lagha dan percakapan yang buruk. Ia juga adalah makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang membayarkan sebelum solat (aidilfitri) maka zakatnya diterima. Sesiapa yang membayarkan selepas daripada solat maka ia hanya dianggap sebagai sedekah.”
Riwayat Abu Daud (1609)
Setiap muslim yang mempunyai lebihan harta atau makanan pada malam raya dan pagi hari raya maka dia wajib untuk membayar zakat fitrah. Sama ada tua, muda, lelaki mahupun perempuan. Bahkan seorang bapa atau suami wajib untuk membayar zakat fitrah bagi pihak tanggungannya. Ini berdasarkan kepada kaedah :
Kembali kepada persoalan yang telah dikemukakan, zakat fitrah bagi bayi yang masih berada di dalam kandungan adalah tidak wajib. Imam Al-Nawawi ketika mengulas berkenaan dengan isu adakah bayi yang berada di dalam kandungan wajib ke atasnya zakat fitrah beliau menyebut bahawa tiada zakat fitrah bagi bayi yang masih di dalam kandungan. Begitu juga tidak wajib bagi bapanya untuk membayarkan bagi pihaknya.(Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 6/139). Ini juga merupakan pandangan yang dikemukakan oleh Imam Al-Ramli dan kebanyakan ulama bermazhab syafi’i.
Ada yang berpandangan bahawa zakat fitrah wajib dibayar bagi pihak bayi yang masih berada di dalam kandungan. Mereka berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar. Kata beliau :
Maksudnya :” Rasulullah SAW mewajibkan untuk memberi zakat fitrah.(Kadarnya ialah) segantang dari kurma atau gandum. Ianya diwajibkan untuk setiap hamba,yang merdeka. Yang kecil(kanak-kanak) mahupun besar (dewasa).”
Ibnu Hajar Al-Asqalani menjawab bahawa bayi di dalam kandungan tidak dipanggil kanak-kanak. Sama ada dari segi bahasa mahupun dari segi uruf. Beliau juga mengatakan bahawa bayi di dalam kandungan boleh jadi mati atau hidup.(Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sohih Al-Bukhari, 3/369) Oleh itu, bayi di dalam kandungan tidak termasuk di dalam mafhum hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ini.
Berdasarkan dalil dan perbincangan yang telah kami kemukakan, kami menyimpulkan bahawa zakat fitrah tidak wajib bagi bayi yang berada di dalam kandungan. Begitu juga tidak wajib bagi bapa untuk membayar zakat fitrah bagi pihak bayi tersebut.
Semoga Allah memberikan kefahaman di dalam agama-Nya. Kita sentiasa berusaha agar Ramadhan pada kali ini dapat diisi dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Wallahu’alam.
Bila ada anak kecil, anak bermain rumah bersepah tu biasa. Selain itu, yang boleh buat ibu ayah kena tarik nafas lebih adalah bila nak mencari remote televisyen atau aircond yang tiba-tiba tak dapat dikesan.
Kadang tu habis satu tempat cari, alih-alih terjumpa dalam timbunan kain yang belum berlipat, dalam raga mainan anak-anak dan paling tak sangka buka peti sejuk remote tersebut ada terletak elok dalam tu.
Tak tahu apa yang best sangat dengan remote ni, tapi ia antara paling disukai anak-anak kecil kan. Lagi satu yang lucunya jika remote tu bukan disorokkan oleh anak tapi suami sendiri masa nak tengok bola. Ada tak yang ada pengalaman macam ni? Hehehe..Kadang momen macam ni, isteri pun ada juga sesekali buat taktik ni jika nak layan drama kesukaan.
Bagaimanapun, idea yang dikongsikan oleh Asrul Achoi ni berguna jika remote dalam rumah selalu hilang.
Tiga benda nie selalu hilang..kadang lepas ke dapur pun ada. Tersorok bawah bantal selalu dah. Paling boring jatuh bawah katil belah bucu dinding, jenuh la nak meraba.
Kadang benda kecik nie hilang pun boleh mendatangkan peperangan kecil. Nah hambik..ikat terus 3 ketul nie dengan tali…tambat kat meja..harap lepas nie tak hilang lagi lah yer.
Posting asal nie pernah dikongsikan oleh tuan Wan Mohd Khairy tak silap saya. Bagi yang selalu hilang tu, boleh la ikut cara nie. Moga tak hilang dah dan tak tidur skali dengan remote nie.
Menarik juga kan idea ni. Jadi tak adalah ibu ayah nak ‘menyinga’ tiap kali cari remote tak jumpa.
**Tali tu tak semestinya guna tali yang tu je. Boleh guna ikut kreativiti anda. Matlamat utama asalkan remote dapat kekal pada satu tempat.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kini boleh dikatakan membawa anak mengerjakan umrah adalah hal yang biasa bagi semua ibu bapa. Pun begitu ketika membuat keputusan untuk membawa anak kecil ini bukanlah satu hal yang mudah. Banyak hal yang perlu difikirkan malah waktu melakukan umrah juga perlu lebih fleksibel apabila terpaksa memikirkan keperluan anak.
Tolak ansur antara suami isteri adalah kuncinya sepanjang waktu ini. Ada waktunya isteri terpaksa melepaskan suami beribadat sendiri dan begitu juga dengan suami yang terpaksa bertolak ansur menjaga anak demi memastikan isteri dapat beribadat dengan selesa. Ini penting.
Tip yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Khalisah Hazrina menerusi blognya, www.khalisahazrina.com boleh dijadikan panduan.
Ini adalah kali pertama Lisa bawa baby Sarah yang berumur 9 bulan travel iaitu mengerjakan ibadah umrah. Sebelum ini, Lisa bawa Fareeq travel pada usia dia seawal umur setahun sebulan. Bermaksud ketika itu penjagaan keperluan Fareeq tidaklah serapi sepertimana baby Sarah yang masih bayi dan dia pun belum boleh berjalan lagi.
Maka sepenuhnya Lisa yang dukung dan kendongnya ke mana saja. Sebelum Lisa kongsikan tips bawa anak kecil mengerjakan umrah, Lisa nak kongsi tentang mindset yang perlu kita ada sebagai seorang ibu yang ingin ada masa untuk beribadah di masjidil haram dan masjid nabawi, pada masa yang sama kita juga ada tanggungjawab untuk menjaga keperluan asas untuk anak-anak kita. Makanya, kita tidak boleh samakan masa kita dengan masa mereka yang tiada atau tidak bawa anak kecil ketika umrah.
Sebabnya ada masa anak akan meragam dan ada masanya kita perlu uruskan keperluan asasnya selain menguruskan keperluan diri kita sendiri. Lisa ceritakan perkara ini kerana, sebelum Lisa menjejak kaki ke masjidil haram, dalam hati dan minda ni teringin nak beribadah penuh waktu solat fardhu di masjidil haram dan masjid nabawi.
Tiba-tiba pelbagai perkara yang berlaku menyebabkan ada ibadah yang kita tidak dapat lakukan. Masa tu, Lisa rasa agak sedih juga dan suami nasihat kepada Lisa, jaga anak dan jaga keperluan mereka juga ibadah. Bersyukurlah kaki ini sudah dapat jejak di Baitullah. Cuba buat yang terbaik. Jika perancangan sudah dibuat tetapi pelbagai perkara sebenar berlaku di luar jangkaan maka bersangka baiklah dengan ALLAH. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
Baiklah Lisa kongsikan 20 tips bawa anak kecil mengerjakan ibadah umrah. Semoga tips dibawa sedikit sebanyak dapat beri panduan kepada anda yang ingin bawa anak kecil sama ada masih bayi atau kanak-kanak untuk melakukan umrah.
PERSEDIAAN SEBELUM UMRAH
PILIH TRAVEL AGENT YANG KIDS FRIENDLY Apabila anda sudah decide nak bawa anak kecil untuk umrah, perkara pertama yang perlu anda ambil berat adalah mengenai travel agent (ini jika anda mahu menggunakan service travel agent). Sebelum buat booking, tanya kepada pelanggan yang telah menggunakan service travel agent tersebut terlebih dahulu, adakah mereka ini jenis kids friendly atau pun tidak.
Bagaimana review atau komen mereka mengenai travel agent tersebut. Adakah sesuai jika anak kecil sertai group tersebut? Kids friendly ini lebih kepada masa yang fleksible, kedudukan hotel dan lain-lain lagi. Dalam situasi kami, Lisa menggunakan 60% cara diy dan 40% khidmat travel agent. Alhamdulillah travel agent yang Lisa ambil memang sangat bagus kerana masa yang fleksible dan kami mudah untuk berhubung mengenai masa dan itinerary. Boleh baca di entry post lisa yang ini untuk ketahui bagaimana arrangement kami.
PILIH MASA PENERBANGAN MENGIKUT WAKTU TIDUR ANAK Seperti yang Lisa ada kongsikan sebelum ini, kami booking ticket flight secara persendirian tanpa menggunakan travel agent supaya kami dapat adjust masa dan adjust budget kewangan. Jika perjalanan anda melebihi 5 jam dan anak anda masih bawa umur setahun, Lisa sarankan ambil bassinet. Supaya tidak lenguh untuk pegang bayi ketika dalam kapal terbang. Dan anak pun boleh tidur dengan lena dan selesa. Perjalanan kami dari Dubai ke Jeddah, hanya mengambil masa 2 jam lebih sahaja maka Lisa tak ambil bassinet untuk Sarah. Kebetulan penerbangan yang kami ambil adalah kapal terbang yang kecil maka terhad untuk beberapa bayi sahaja. Alhamdulillah masuk saja dalam perut kapal terbang Sarah terus lena tidur.
VAKSIN Vaksin yang perlu diambil untuk kanak-kanak dan dewasa adalah vaksin meningococcal. Tetapi bagi bayi yang bawah umur 9 bulan mereka hanya perlu bawa buku vaksin yang diberi sejak umur setahun sahaja kerana vaksin meningococcal ini sesuai untuk bayi yang berusia 9-10 bulan ke atas. Ini apa yang diberitahu oleh pihak kerajaan negara UAE. Di Malaysia Lisa tidak pasti, mungkin ia sama kerana perkara ini dikeluarkan oleh pihak kedutaan Saudi di Dubai.
PILIH HOTEL YANG DEKAT Betul orang cakap, bila bawa anak kecil membuat umrah pemilihan hotel yang dekat sangat penting kerana pelbagai faktor. Antara yang lisa rasa banyak hikmahnya kami memilih hotel yang dekat apabila belaku perkara yang tak disangka-sangka. Iaitu, ada sekali tu waktu maghrib Fareeq dah tak tahan nak membuang air kecil dan untuk pengetahuan anda tandas agak jauh dari pintu masuk masjid. Disebabkan terlampau tak tahan Fareeq terkencing di seluar dan terkena baju papa nya. Mujurlah hotel dekat, sempat Fareeq dan papa tukar baju dan solat jemaah di Masjid.
Hotel yang dekat bermaksud +-50m. Jika lebih 200m, ia dikira agak jauh. Hotel yang kami duduk kira-kira 50m dari Masjidil Haram dan 50m juga di Masjid Nabawi. Hotel kami tidaklah mahal dan mewah, hotel budget sahaja tapi alhamdulillah selesa untuk kami tidur dan rehat.
Lagi satu sebabnya kita perlu hotel yang dekat, di tandas masjidil haram mahupun masjid nabawi tiada kemudahan untuk tukar pampers bayi. Jika nak selesa lebih baik pulang ke hotel dan tukar pampers anak di sana.
BAWA BARANG KEPERLUAN SECUKUPNYA Barang keperluan ini termasuklah pakaian, pampers, perubatan, makanan dan sebagainya. Selain itu, anda perlu alert tentang suhu di Mekah dan Madinah. Baru-baru ini Lisa pergi awal bulan 12, maka suhu di Mekah seperti suhu di Malaysia tetapi suhu di Madinah lebih sejuk. Sebab itu Lisa siap-siap bawa baju sejuk untuk Fareeq dan Sarah. Kedudukan Madinah lebih tinggi dari Mekah menyebabkan suhu dua kota ini agak berbeza sedikit.
Bagi keperluan ubat, Lisa juga bawa lotion (kulit anak-anak jadi sangat kering disebabkan suhu di sana), ubat demam, balm, minyak gamat, aloe vera dan plaster. Sebenarnya jika anda terlupa nak bawa barang ubatan ini, jangan risau di Mekah dan Madinah banyak pharmacy cumanya harga agak tinggi sikit berbanding di Malaysia.
Barang-barang keperluan yang wajib dibawa jika nak travel dengan bayi yang bawah setahun. Dari segi pakaian, Lisa bawa untuk Fareeq dan Sarah, sepasang baju siang dan sepasang baju malam untuk tidur. Kami pergi umrah selama 9 hari maka jumlah pakaian anak-anak, (18 pasang untuk Fareeq dan 18 pasang untuk Sarah). Lisa memang asingkan baju mereka dan letak dalam travel pouches. Supaya mudah nak diambil dan tidak akan bersepah-sepah nanti.
BAWA STROLLLER DAN BABY CARRIER Dua benda ini sangat penting jika nak bawa anak kecil untuk buat umrah, sebabnya kita banyak berjalan dan melakukan aktiviti fizikal. Pengalaman Lisa kali pertama membuat umrah, Fareeq berjalan membuat tawaf dan saie bersama suami Lisa dan Sarah pula Lisa dukung menggunakan baby carrier. Cuma waktu round terakhir ketika tawaf, Fareeq dah start kata dia penat sebab waktu tu tengah panas terik, dan suami Lisa perlu dukungnya. Kali ketiga kami membuat tawaf sunat, kami bawa stroller dan alhamdulillah Fareeq lebih selesa dan sampai tertidur dalam stroller tu.
BERCERITA TENTANG KAABAH DAN UMRAH KEPADA ANAK-ANAK Boleh dikatakan setiap kali Lisa travel dengan anak-anak, Lisa suka cerita tentang apa yang bakal dorang akan tengok di tempat tersebut. Lisa buat cara ini untuk timbulkan rasa excited dalam diri mereka. Lisa cerita kaabah itu apa, umrah tu bagaimana, tawaf itu nak buat caranya macam mana, keadaan di sana bagaimana. Alhamdulillah apabila sampai di masjidil haram, Fareeq memang sangat excited tengok kaabah. Dia kata Allah’s house is big. There is door. But why Allah don’t want to open His door. Fareeq nak masuk. Biasalah soalan-soalan dari kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun, yang masih tak faham mengenai agama. Sebagai ibu bapa kita layankan sahaja karenah mereka dan terangkan perkara yang betul.
KETIKA MENUNAIKAN UMRAH
KEBERSIHAN ANAK-ANAK PERLU DIJAGA Jika anda mahu bawa anak-anak kecil ini untuk melakukan ibadah umrah mahupun ibadah sunat, pastikan kebersihan mereka perlu dijaga. Antaranya sebelum anda pergi membuat tawaf, saie dan bertahlul, pastikan pampers mereka sudah ditukar dan baju mereka dalam keadaan yang bersih. Kerana syarat ibadah umrah adalah bersih dari hadas besar dan hadas kecil. Walaupun ia berkaitan dengan diri kita tetapi, disebabkan kita mahu bawa anak kecil ini sekali maka kebersihan mereka juga kita perlu titik beratkan.
PASTIKAN ANAK KECIL INI CUKUP MAKAN DAN MINUM Sebelum anda membuat umrah atau pergi ke masjidil haram mahupun masjid nabawi, pastikan anak-anak kita sudah diberi makan dan minum yang cukup. Jika keperluan asas ini tidak dipenuhi, keberangkalian untuk mereka meragam akan berlaku. Jika mereka haus ketika melakukan saie, jangan risau ada banyak tong air zam-zam di letakkan di tepi-tepi jalan untuk kita singgah dan minum di sana. Waktu suapkan anak minum air zam-zam, doakan semoga mereka diterangkan hati dalam ilmu agama serta tajam akal fikirannya dan semoga jadi anak yang soleh solehah.
Sebelum datang membuat umrah pertama, Fareeq dah makan tapi bila masuk buat saie, dia dah start rasa lapar. Mujurlah bawa stok makanan dalam beg. Berhenti tepi bagi dia makan dulu then baru sambung balik.
BAWA BEG KEPERLUAN ANAK Selalunya di antara waktu maghrib dan isya, Lisa tidak balik ke bilik hotel sebab niat memang nak duduk di masjid untuk buat perkara sunat. Maka Lisa akan bawa 1 beg keperluan baby Sarah dan Fareeq iaitu termasuklah pampers, 1 pakaian persalinan in case kalau najis terkena di baju dia, permainan, spray, changing mat, makanan dan lapik selimut yang tebal (sebab kadang-kadang tak dapat duduk di atas karpet). Kasihan pula Sarah terpaksa duduk di atas simen sejuk.
BAWA STROLLER KETIKA MALAM Jika anda bercadang untuk bawa stroller, disarankan membuat tawaf ketika malam atau ketika tidak ramai orang di mataf iaitu di sama level dengan kaabah. Jika tidak, pihak pak guard tidak benarkan kita masuk ke dalam dan mereka akan minta kita buat tawaf di tingkat dua atau di tingkat atas sekali. Lisa tahu perkara ini apabila kami cuba bawa masuk stroller ketika waktu dhuha sebelum masuk waktu solat jumaat, tetapi pak guard tidak benarkan. Maka kami letak stroller di luar masjid dan menyuruh Fareeq berjalan untuk tawaf dan saie.
PILIH WAKTU BERSESUAIAN UNTUK MELAKUKAN UMRAH Jika anda yang mengikuti travel agent, mereka mungkin sudah ada itinerary yang perlu diikuti tetapi jika anda pergi secara persendirian, anda boleh tentukan masa yang sesuai bila masanya untuk membuat umrah. Mengikut pengalaman Lisa sendiri, kami memilih waktu umrah adalah waktu pukul 10 malam ke atas. Ketika itu, orang sudah tidak ramai. Dan masjidil haram buka 24 jam, maka anda boleh pilih waktu bila yang sesuai.
BERI ANAK REHAT SECUKUPNYA Nak diikutkan tenaga kita, mungkin kita rasa kuat dan boleh melakukan semua ibadah di masjid tetapi anak kecil kita belum tentu lagi. Sebab itulah, di antara waktu zuhur dan asar, selepas makan tengahari dan solat zuhur Lisa akan pulang ke bilik untuk tidurkan Sarah. Lebih kurang 2 jam juga dia lena tidur dalam bilik hotel. Mungkin ada sesetangah kanak-kanak boleh tidur di dalam masjid tetapi anak Lisa, Sarah ni dia agak sensitif dengan bunyi bising. Sebab itu, Lisa terpaksa beri masa kepada dia untuk rehat secukupnya supaya pada waktu malam kami dapat beribadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
MASAK MAKANAN BAYI Bagi bayi yang bawah umur setahun seperti Sarah yang baru mencecah 9 bulan, makanan dia agak berbeza dengan kami. Maka Lisa bawa rice cooker travel, blender, beras dan keperluan makanannya yang lain untuk Lisa masak sendiri dalam bilik hotel. Di Mekah Lisa masak sendiri tetapi di Madinah Lisa ambil sedikit makanan hotel kerana kami ambil pakej fullboard dan kebetulan makanan yang dihidang adalah makanan Malaysia.
DI MASJIDIL HARAM, BERIKTIKAFLAH DI ROOFTOP Ada sahabat Lisa beri tips dan nasihat, jika bawa anak kecil lebih baik beriktikaf di rooftop sebab kawasan yang luas dan selesa. Jika malam, suhunya agak nyaman dan anak-anak akan suka bermain-main di atas. Berlari dan melompat. Ramai juga Lisa tengok keluarga pak dan mak arab yang bawa anak-anak kecil akan berkelah di rooftop.
Di rooftop, tidak ramai seperti di mataf sama level kaabah maka anak-anak akan mudah untuk kita jaga. Lisa pernah duduk di mataf betul-betul depan kaabah tetapi masa itu tidak ramai orang. Fareeq dan Sarah seronok bermain di kawasan kami solat cumanya ruangan agak terhad sedikit.
UPAH ANAK DENGAN BARANG 2 RIYAL Bila nampak anak bersemangat buat tawaf dan sangat behave ketika dalam masjid, boleh upah mereka dengan barang permainan 2 riyal. Banyak sangat pilihan dalam kedai 2 riyal ni. Ini antara kedai favourite anak lisa. Di Dubai, permainan yang harga 2 ringgit di Malaysia, harganya dalam Rm10-20. Menyebabkan kami memang akan kawal pembelian permainan dia. Tetapi bila datang ke Mekah dan Madinah, Lisa tengok harganya agak murah maka bagi Fareeq peluang untuk beli 2 atau 3 permainan yang dia suka. Bila anak gembira, kita juga akan turut gembira.
MASUK RAUDHAH DENGAN ANAK KECIL Lisa rancang sebenarnya nak masuk Raudhah tanpa bawa Sarah dan dah tidurkan dia di hotel. Lisa minta suami jagakan anak-anak, kononnya ibu mereka ni nak beribadah di dalam Raudhah lagipun orang kata nak masuk ke sana bersesak-sesak. Semasa Lisa tunggu giliran tiba-tiba suami call suruh ambil Sarah sebab dia menangis tak berhenti. Suami Lisa kata sejurus Lisa keluar bilik, Sarah pun terjaga sampai tercari-cari Lisa dalam tandas. Suami Lisa give up nak pujuk dan minta Lisa untuk balik ke hotel. Tapi itu bukanlah untuk Lisa patah semangat untuk masuk raudhah. Mujurlah bilik hotel dekat dengan pintu 25 di Masjid Nabawi, Lisa ambil Sarah dan kembali ke tempat menunggu untuk masuk ke Raudhah.
Tips yang Lisa boleh kongsikan dengan anda yang nak bawa anak kecil, pastikan anda adalah group pertama masuk ke dalam Raudhah supaya anda dapat saf dihadapan sekali dan chances untuk anak anda kena langgar sangat-sangat kurang. Dan anda perlu ada tenaga lebih untuk berjalan cepat ketika pintu sudah dibuka untuk kita masuk di ruangan raudhah. Masa untuk masuk raudhah adalah selepas subuh dan selepas isya, maka anda perlu solat subuh atau isya di dalam pintu kayu yang besar, jika solat di luar kemungkinan anda tidak akan dapat untuk jadi group pertama masuk. Solat dan doa secepat mungkin kerana ramai orang akan berpusu-pusu masuk.
SUAMI ISTERI PERLU BERTOLAK ANSUR Bila suami isteri sudah decide nak bawa anak kecil maka bermulalah sesi bertolak ansur antara suami dan isteri. Masing-masing tidak boleh pentingkan diri sendiri untuk beribadah. Ada masa berilah peluang kepada isteri untuk beribadah tanpa ada gangguan dari anak dan ada masa berilang peluang kepada suami pula untuk beribadah. Jika anak anda atas umur 6 tahun mungkin mereka sudah faham untuk mendengar kata tetapi bagi anak-anak kecil yang baru nak membesar ini, mereka perlukan sedikit kawalan dari ibu bapa supaya tidak pergi jauh dari tempat anda duduk beribadah.
Kalau anda pergi dengan saudara mara, itu lebih mudah kerana boleh minta pertolongan dari mereka untuk jagakan anak-anak ini. Tak salah untuk bertolak ansur, kerana ALLAH suka hambaNya yang tolong menolong tambahan pula untuk beribadah kepadaNya.
BERSABARLAH WAHAI IBU DAN AYAH Tips terakhir yang lisa nak kongsikan dengan anda adalah banyakkan bersabar dengan karenah anak-anak ini. Akan ada pelbagai perkara yang tak dijangka berlaku, ketika itu anggap sahaja itu ujian untuk kita menjadi lebih matang. Bawa anak-anak melakukan umrah bukanlah mudah tetapi dengan pertolongan ALLAH insyaALLAH ia menjadi mudah dan menjadi perkara yang menyoronokkan apabila dikenangkan kembali. Ramai sangat jemaah dari negara-negara lain yang membawa anak-anak kecil ini. Biasalah kadang-kadang anak menangis, meragam, membuat perkara yang kita hampir hilang sabar tetapi itulah yang memberi kita pahala lebih dalam menjaga dan mendidik mereka.
Semoga perkongsian Lisa ini dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk anda yang nak abwa anak kecil menunaikan umrah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu aktiviti yang sering diperkenalkan oleh mak ayah di masa kecil adalah mewarna. Anak-anak juga terujanya berlebih-lebihan bila nampak pelbagai warna di depan mata. Namun menarik minat anak-anak juga perlukan cara yang tepat. Ada ketikanya penggunaan pensil warna yang salah boleh membuatkan anak kecil hilang minat.
Perkongsian Puan Mahfuzah Zainol mengenai cara tepat memilih pensil patut mak ayah jadikan panduan.
8 Tips on Colouring Skills : Crayon or Colour Pencil?
1. Ramai juga guru-guru pendidikan khas dan guru tadika yang tanya saya, “nak suruh guna pensel warna atau nak guna krayon?”
2. Penggunaan krayon sebenarnya adalah untuk latihan tripod grip.
3. Oh lagi satu, krayon haruslah yang untuk kanak-kanak. Sebab kalau krayon jenama Buncho adalah untuk orang dewasa, sebab itu bentuk dan saiznya sekata dan kecil.
4. Krayon untuk kanak-kanak adalah yang hujungnya berbentuk segi tiga dan badannya bentuk silinder yang besar. Untuk promote tripod grip semasa memegang. Rujuk gambar.
5. Tripod grip pula adalah pegangan efektif yang menggunakan tiga jari. Melibatkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
6. Disebabkan pada masa sekarang sudah wujud pensel warna yang bersaiz besar dan berbentuk segi tiga untuk menyokong tripod grip kanak-kanak, tiada lagi dilema nak guna krayon atau pensel warna. Boleh guna pensel warna besar itu menggantikan krayon.
7. Diharap info ini merungkai dilema nak guna krayon ke pensel warna.
8. Jika kanak-kanak sudah pandai tripod grip, bolehlah beralih kepada pensel warna saiz biasa. Tiada masalah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Patung Mainan Dalam Islam dibenarkan menurut majoriti ulama apabila digunakan sebagai permainan kanak-kanak. Ketahui dalil hadis, pandangan ulama serta batas yang perlu difahami oleh ibu ayah.