Melihat gelagat Aafiyah yang begitu teruja ketika bersama adiknya membuatkan kita terhibur. Wargamaya tidak terkecuali turut terhibur dengan gelagat Aafiyah.
Mana tidaknya, riak wajahnya cukup bercahaya dan senyuman manis dan lebar dilemparkan kala memandang wajah adiknya.
Selamat pulang ke rumah selepas melahirkan bayi keduanya pada 19 April lalu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat turut berkongsi beberapa gambar dan video Aafiyah bersama adiknya.
Terbaru menerusi Instagramnya, Siti turut memuat naik video gelagat comel Aafiyah yang begitu teruja ketika melihat adik ada bersamanya sebaik bangun dari tidur.
Comelnya saat melihat wajah Aafiyah tersenyum lebar sebaik melihat adiknya.
“Ayah buat surprise kat kakak Aafiyah.
Ads
“Tiba tiba Adik ada di sebelah, terus bangun senyum meleret,” kongsi Siti di kapsyennya.
Bagaikan kakak yang sudah dewasa, Aafiyah kemudian memeluk adiknya dengan penuh rasa sayang sambil memandang wajahnya. Comel sekali.
Meninjau di IG story Datuk Siti, gelagat Aafiyah yang sentiasa ‘melekat’ dengan adik membuatkan wargamaya turut terhibur dengan gelagat comelnya. Bukan hanya mahu berkongsi selimut bahkan mahu sentiasa dekat dengan adiknya.
” Adik merengek dia sibuk pujuk.
Ads
” Nak kongsi selimut adik, katanya selimut dia sebab ada tulis A,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya menyifatkan Aafiyah persis kakak-kakak yang pandai menjaga adiknya malah memuji cara Aafiyah yang begitu lembut dan santun pada adiknya.
“Akak aafiyah ni so cute lah”
“Loving sister aafiyah nie. Comey sgt both siblings ni”
Semoga Aafiyah terus menjadi kakak yang boleh diharapkan untuk menjaga adiknya kelak.
Terdahulu, selepas melahirkan bayinya pada 19 April, sebaik dibenarkan pulang ke rumah, sudah semestinya pertemuan antara Aafiyah dan adiknya menjadi detik paling membahagiakan buat Datuk Siti sekeluarga.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Entonox ialah campuran daripada gas oksigen dan gas nitrous oxide. Gabungan kedua-dua gas ini bertindak memberikan kelegaan sakit dan bukannya oksigen semata-mata seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Pelega kesakitan bertindak melegakan kesakitan kontraksi ketika bersalin. Terdapat banyak opsyen pelega kesakitan yang ada termasuklah entonox. Dr Muhammad Izzat, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan mengulas bagi memperbetulkan kekeliruan yang menyatakan oksigen berfungsi sebagai pelega kesakitan.
Sumber: Dari FB Dr Muhammad Izzat
Campuran oksigen dan nitrous oxide ( ENTONOX )
Benda yang digunakan oleh wife Dato Sri Aliff syukri adalah campuran oksigen dan gas nitrous oxide. Campuran ini tidak menghilangkan semua rasa sakit nak bersalin, tapi ianya mampu mengurangkan rasa sakit tu walaupun tak dapat hilang semua ( yelah dari takda langsung kan? ). Kebanyakkan wanita nak bersalin suka menggunakan entonox ini kerana mereka mampu mengawal dan boleh menggunakan entonox ini pada bila-bila masa mereka memerlukannya.
TIP PENGGUNAAN BERKESAN ENTONOX
Ibu akan bernafas menggunakan topeng muka yang boleh dipegang oleh mereka sendiri. Kalau suami menemani, suami boleh pegangkan topeng muka ini. Gas ini mengambil masa 15-20 saat untuk berfungsi, maka ibu boleh mula menyedut gas ini sebaik sahaja sakit kontraksi hendak bermula. Ianya berkesan kalau ibu sedut gas ini perlahan-lahan dan sedut dalam-dalam.
KESAN SAMPINGAN ENTONOX SEMASA BERSALIN
TIADA KESAN BAHAYA kepada ibu dan bayi.
Ibu kadang-kadang boleh berasa kepala melayang-layang atau pening sedikit.
Ada pesakit melaporkan berasa mengantuk atau ‘lalok’ dengan menyedut Entonox ini atau susah memberikan perhatian atau fokus – jika ini berlaku ibu boleh berhenti menggunakan entonox.
BOLEH CUBA ALTERNATIF LAIN
Kalau entonox ini tak berkesan untuk anda, boleh fikirkan alternatif lain, bincang dengan doktor cara lain pula untuk ‘berperang’ dengan kesakitan bersalin.
Satu lagi, bukan semua hospital ada kemudahan entonox. Mana yang ada tu boleh la pakai, yang takde tu jangan meroyan plak bila tak boleh pakai entonox. Ada banyak cara lain yg bole bantu kurangkan kesakitan.
OKSIGEN SAHAJA TIDAK BERFUNGSI SEBAGAI UBAT PENAHAN SAKIT
Oksigen sahaja TIDAK berfungsi sebagai ubat tahan sakit. Campuran oksigen dengan gas nitrous oxide yang digunakan dalam dewan bersalin baru berfungsi untuk mengurangkan rasa kesakitan bersalin.
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat seorang wanita. Siapa sangka selepas 3 bulan melahirkan anak kedua, Siti Mastura Fakriah Hj Yunos, 35 tahun, disahkan menghidap kanser payudara. Beliau mengakui berat hati menerima perkhabaran mengejutkan itu, namun ia tidak seberat dugaan bagaimana memikirkan untuk meneruskan kehidupan terutama untuk bersama anaknya yang diberi nama Muhammad Aidan Hj Md Fadhil.
“Sememangnya saya berasa amat kecewa. Makluman yang diperoleh daripada doktor yang membuat pengesahan tahap kanser tidak mampu menandingi kesedihan yang dialami. Hanya seorang ibu memahami perasaan yang timbul tatkala itu memikirkan anak-anaknya. Kini selepas 2 tahun berjuang sebagai pesakit kanser, saya mulai redha dan tenang menjalani kehidupan walaupun kanser sudah memasuki tahap 4.”
Mengimbau kembali detik ketika mengetahui diri menghidap kanser payudara, ketika hamil 2 bulan, sakit belakang mulai terasa. “Ketika itu, saya beranggapan hanya mengalami keletihan lantaran memikul tanggung jawab sebagai guru yang perlu berdiri lama semasa sesi pembelajaran di kelas berlangsung.
Mulanya agak hairan juga mengapa di awal trimester kehamilan, saya sudah mula merasai kesakitan seperti itu. Bukankah lazimnya, rasa sakit belakang itu dialami apabila usia kandungan sudah sampai ke penghujungnya?”
Sehingga kini, sesi rawatan kimoterapi telah dijalani sebanyak 8 kali dan sel kanser sudah melarat ke bahagian tulang. “Setiap bulan akan menjalani rawatan khusus untuk tulang dengan doktor pakar. Saya bersyukur kerana suami dan anak-anak banyak memberi sokongan. Merekalah sumber kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai pejuang kanser. Saya selalu ingatkan diri bahawa diri tidak sakit dan sentiasa redha dengan ujian yang Tuhan berikan.”
Jalani hidup dan tanggung jawab seperti biasa
Walaupun berdepan dengan kesakitan, Siti Mastura tetap menjalani kehidupannya sebagai isteri dan ibu seperti biasa. Walaupun ada kalanya berasa penat disebabkan sistem ketahanan tubuh yang semakin lemah, namun tanggung jawab tetap dilakukan seperti kebiasaannya. Malah tuntutan kerja sebagai guru pun digalas dengan baik sama seperti sedia kala.
“Sebenarnya jika menghadapi kesakitan, dekatkan diri dengan Tuhan. Jangan bersendirian dengan memendam cerita. Kongsilah bersama teman-teman yang sentiasa ada untuk memberi sokongan kepada anda.”
NANKID OPTIPRO® 3 adalah susu tepung diformulasi dengan “optimized protein”, DHA & ARA, dan probiotik bagi membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Untuk kanak-kanak berumur 1 – 3 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila sudah bergelar ibu bapa pastinya pelbagai ilmu keibubapaan yang harus diketahui termasuk sebab-sebab kenapa anak menangis. Antara sebab anak menangis biasanya lapar, sakit perut, kembung perut atau ada faktor lain lagi.
Kebanyakan bayi menangis apabila mengalami masalah kembung perut. Oleh kerana, tiada pengalaman, rasa cemas dan tidak tenteram sukar dibendung, apabila bayi yang menangis berlarutan hingga beberapa jam. Pelbagai cara dilakukan seperti menyapu minyak pada perut atau mendodoikannya, dengan harapan tangisan reda dan bayi kembali tenang.
5 petua elak bayi kembung perut
1. Jangan biar bayi menangis terlalu lama
Ia akan menambahkan lagi angin dalam perut bayi. Sambil dukung, tepuk secara lembut bahagian belakang bayi.
2. Sapu minyak angin
Selepas mandi atau sebelum tidur sentiasa sapu minyak angin pada bahagian ubun-ubun kepala, perut, bahagian belakang, tapak kaki dan betis. Waktu malam jangan lupa pakaikan stoking selepas menyapu minyak pada tapak kaki bayi. Jangan culas untuk lakukan setiap hari.
3. Bedung bayi
Cara balutan ini mengelak bayi mengalami kembung perut. Bedung membantu bayi tidur dengan lena dan terkena angin kipas atau penghawa dingin secara terus.
4. Sendawa
Paling berkesan untuk mengelak bayi kembung perut. Pastikan selepas menyusu anda mengosok atau menepuk bayi sehingga sendawa.
Selain empat petua di atas, petua kelima anda boleh cuba perkongsian petua daripada seorang ibu ini, Noor Azira Maswan yang menggunakan bawang merah sebagai asas untuk mengatasi masalah kembung PERUT anaknya.
Menggunakan bawang merah dan minyak kayu putih
Alhamdulillah, Allah temukan dengan petua ni
Bahan-bahan
1) sedikit bawang merah
2) minyak kayu putih
Cara-cara
-hiris bawang merah dan tumbuk sehingga lumat
-letak dalam pinggan
-campur sikit dengan minyak kayu putih dan Gaul sebati
-sapu pada keliling pusat sambil selawat dan bacaan ayat kursi
-kalau non- muslim boleh la doa ikut cara tersendiri
Tips tambahan
– beri minum air suam setiap 10-15 minit
– boleh jugak guna demahan dengan air suam sekali sekala
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.