Saat kegembiraan dan kebahagiaan dirasai Azmi Caliph Busker dan isterinya, Nazira Muhammad selepas menimang cahaya mata pertama selepas 10 tahun menanti, namun Allah menguji keduanya.

Anak yang baru dilahirkan pada Isnin lalu dikhabarkan berada di dalam keadaan tidak sihat kerana masalah kronik yang belum diketahui. Begitu kongsi Azmi dan pengurusnya menerusi Facebooknya awal pagi tadi.

“Afnan Tak Sihat, Kami Sedang Diuji” Azmi Caliph Buskers Mohon Doakan Anak!

Tanpa memberitahu masalah yang dialami anaknya, anak pertamanya itu kini tidak berada di dalam keadaan yang baik. Namun kata Azmi lagi, dia dan isteri reda dengan ujian dari Allah.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji.

“Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami.

“Afnan Tak Sihat, Kami Sedang Diuji” Azmi Caliph Buskers Mohon Doakan Anak!

“Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.

“Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya,” kongsi Azmi.

“Afnan Tak Sihat, Kami Sedang Diuji” Azmi Caliph Buskers Mohon Doakan Anak!

Mohon doa semua

IKLAN

Dalam pada itu, Azmi juga turut memohon doa dari semua agar mendoakan anak sulungnya itu agar lekas sembuh.

“Afnan Tak Sihat, Kami Sedang Diuji” Azmi Caliph Buskers Mohon Doakan Anak!

“Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami.

“Apa pun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan takdirNya. Amin Ya Rabbal Alamin,” tulis Azmi.

Bernafas dengan bantuan pernafasan

Dalam pada itu, menerusi Mstar, hasil sumber daripada pengurusnya, Syahz Rahman memaklumkan masih belum mengetahui penyakit yang dihidapi anak kecil itu kerana terpaksa menjalani pemeriksaan pakar.

“Afnan Tak Sihat, Kami Sedang Diuji” Azmi Caliph Buskers Mohon Doakan Anak!

IKLAN

“Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi. Cuma terakhir malam tadi dia ada beritahu Afnan tidak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan pernafasan.

“Doktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan punca sebenar.

“Semoga ada keajaiban buat Afnan dan dia dapat kembali sembuh seperti biasa,” kongsinya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Terdahulu, anak pertama Azmi selamat dilahirkan pada Isnin lalu, 27 September selepas 10 tahun menantikan zuriat.

IKLAN

Menarik: Dapat Sentuh Afnan Masih Melekit, Pengalaman Luar Biasa Azmi Saat Bergelar Bapa, Berterima Kasih Pada Isteri

“Afnan Tak Sihat, Kami Sedang Diuji” Azmi Caliph Buskers Mohon Doakan Anak!

Beli Elianware Baby Bottle Drying Rack Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/kitchenware/elianware-baby-bottle-drying-rack-20167192″ style=”flat” background=”#efa52d” color=”#ffffff” size=”6″]Elianware Baby Bottle Rack[/su_button]

 

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @azmi_saat & Mstar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI