
Panaskan makanan dalam ketuhar microwave bahaya? Tidak. Ia cepat dan sangat memudahkan kerja. Namun kita perlu guna dengan cara yang betul. Untuk lebih faham, mari belajar apa yang berlaku semasa makanan dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila ketuhar diaktifkan, ia akan memberikan radiasi gelombang mikro (microwave radiation) kepada makanan. Harus diingat makanan yang kita lihat di depan mata kita itu adalah terdiri daripada pelbagai beribu molekul-molekul yang kebanyakkannya terikat secara fizikal melalui daya Van Der Waals iaitu ikatan hidrogen. Bayangkan setiap molekul ini ialah sekumpulan manusia yang berpegang tangan dan pegangan tangan itu ialah ikatan hidrogen.
Jumlah tenaga yang dibawa oleh radiasi gelombang mikro (bersaiz mikro, 10^-6) ini tidak lah kuat jika dibandingkan dengan radiasi yang dibawa oleh cahaya matahari (gelombang bersaiz nano, 10^-9). Nota: Semakin kecil saiz gelombang, semakin kuat tenaganya.

Oleh itu, radiasi gelombang mikro tidak mampu memutuskan ikatan kimia (non-ionising) molekul-molekul dalam makanan kita. Maka, radiasi ini TIDAK akan mengubah struktur kimia molekul sedia yang ada dalam makanan yang dipanaskan. Maksudnya, microwave TIDAK mengurang atau menambah nutrisi sedia ada dalam makanan yang dipanaskan.
Radiasi gelombang mikro hanya mampu ‘menggetarkan’ molekul-molekul yang membentuk struktur makanan yang dipanaskan.
Bagaimana makanan menjadi panas dalam microwave berlaku?
Kebanyakan makanan kita mengandungi molekul-molekul dihidrogen monoksida (H2O) aka air. Disebabkan saiz yang kecil jika dibandingkan dengan molekul-molekul lain yang membentuk struktur makanan kita, maka molekul air lah yang paling terkesan dengan radiasi gelombang mikro.
Molekul-molekul air yang menyerap radiasi gelombang mikro tadi akan meningkat tenaga kinetiknya lalu menyebabkannya bergetar. Molekul-molekul air yang bergetar ini akan cuba berhenti bergetar (kembali kepada kestabilan) dengan melepaskan tenaga dalam bentuk haba.
Tenaga haba yang dilepaskan akan dipindahkan kepada molekul-molekul lain dalam struktur makanan itu secara berterusan sehingga radiasi diberhentikan. Proses memindahkan haba ini akan menyebabkan makanan itu ‘panas’. Semasa proses ini berlaku, disebabkan getaran tadi, sebahagian ikatan hidrogen (analogi pegangan tangan) antara molekul-molekul air ini akan terputus menyebabkannya meruap keluar dari makanan.
Inilah sebabnya kenapa makanan yang dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro akan menjadi sedikit kering. Juga disebabkan tekanan molekul air (yang meruap) berbentuk gas keluar daripada struktur makanan boleh menyebabkan sesetengah makanan meletup-letup semasa proses pemanasan. Maka eloklah guna penutup khas yang disediakan untuk mengelakkan ketuhar menjadi kotor.

Apakah bekas yang sesuai digunakan dalam ketuhar gelombang mikro?
Bekas seramik, plastik (ada indikasi tahan gelombang mikro) dan kaca yang tahan haba. Elakkan penggunaan bekas berkilat seperti besi dan aluminium kerana ada potensi tercetusnya api.
Tips mengekalkan lembapan (air) dalam makanan yang dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro:
– Renjiskan sedikit air pada makanan sebelum dipanaskan, atau
– Letakkan sekali bekas air terbuka bersama dengan makanan yang dipanaskan tadi.
Nota: Perasan tak, dalam ketuhar terdapat sekeping kertas licin (biasanya pada dinding)?
Ini dipanggil penghala gelombang ke makanan (Mica Sheet). Pastikan ia berkeadaan elok, tidak kotor, koyak atau hangus. Ini bagi memastikan ketuhar gelombang mikro berfungsi dengan baik.
Kredit: ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


Jadi saya suka gantikan dengan oat, kurma dan susu. Paling favourite, susu + kurma blend! Smoothie yang menyedapkan dan in shaa Allah sampai pukul 2 petang tu boleh maintain lagi turun naik tangga.
Biasanya saya guna dua bahan je.
Mak-mak yang tak berapa gemar minum susu atau makan kurma bolehlah cuba kaedah ni. Biasanya bila cuba, ramai yang boleh terima.

Untuk gula pula, kenapa nak tambah gula atau kasi makanan/minuman manis kat baby? Orang dewasa pun tak patut mengambil makanan/minuman bergula, apatah lagi baby. Nanti obese pulak baby. N kalau baby ada gigi, nanti senang nak mereput gigi dia (tooth decay).
So ibu bapa, elakkan tambah garam dan gula dalam makanan baby. Kita orang dewasa pun tak digalakkan makan garam n gula berlebihan. Kalau boleh, makanan baby tu beli yang memang khas untuk baby. Bukannya beri baby makanan orang dewasa sebab kandungan garam/gula tak sesuai langsung untuk baby. Jagalah amanah anda dengan baik dan bertanggungjawab.


