Pelakon dan pengacara Ain Edruce mencuri perhatian ramai dengan perkongsiannya yang penuh emosi di media sosial. Anak kecil kesayangannya terpaksa menjalani pembedahan kerana masalah hernia.
Sebagai seorang ibu, Ain tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dan risau yang melanda hatinya sepanjang proses itu berlangsung.
Dalam kapsyen juga yang dikongsikan, Ain berkata. “Cerita semalam. Cian anak mummy and daddy. Kena operate. Dia ada HERNIA..
Katanya lagi luah rasa sedih melihat anaknya menjalani pembedahan, “Emo aku semalam… dah lah hormon tak stabil, kena tengok anak aku kecik-kecik lagi kena operate. Sedih lah .”
Kata-kata ini jelas menunjukkan betapa beratnya perasaan seorang ibu bila anak yang masih kecil perlu melalui pengalaman seperti itu.
Ads
Namun begitu, Ain bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Selepas pembedahan, anak kecilnya menunjukkan semangat luar biasa terus mahu bangun, berjalan, malah melompat-lompat seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Dia lepas operate bukan main… terus nak jalan, nak lompat. Hahah. Terus rasa tak sedih dah aku ,” kongsi Ain dalam nada ceria.
Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi daripada para peminat dan pengikutnya. Ramai yang turut mendoakan kesihatan anak Ain, selain memberikan kata-kata semangat buat Ain sebagai ibu muda yang menghadapi situasi ini dengan tabah.
Momen ini bukan sahaja menggambarkan kasih sayang Ain terhadap anaknya, tetapi juga menunjukkan realiti menjadi seorang ibu –penuh dengan cabaran, emosi, dan tanggungjawab yang besar. Ain turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan serta berkongsi rasa syukur kerana anaknya kini kembali aktif seperti biasa.
Ads
Kisah ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain, bahawa walau apa pun ujian yang dihadapi, kasih sayang dan sokongan keluarga adalah kekuatan utama dalam menghadapi cabaran. Ain juga membuktikan bahawa menjadi seorang ibu bukan hanya tentang menjaga, tetapi juga menjadi sumber kekuatan dan ketabahan buat anak-anak.
Kepada Ain Edruce, momen ini pastinya akan menjadi salah satu kenangan manis dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang ibu. Kami di sini turut mendoakan kesihatan anak kecilnya dan kebahagiaan keluarga mereka.
Kisah seorang ibu yang berkongsi kisah anak perempuannya yang bermain pasir pantai dengan seseorang yang tidak dilihat menarik perhatian ramai.
Kongsi ibu ini menerusi Thread, Rafidah Samat, anaknya yang sedang leka bermain pasir tiba-tiba berlari ke hujung pantai bersama seseorang yang digelar ‘kakak’. Ikuti perkongsiannya yang bercuti bersama keluarga ke Teluk Senangin, Perak.
“Family kami pergi berkelah di Teluk Senangin. 8 dewasa, 6 kanak-kanak riang. Tak jauh pun dari rumah dalam 25 minit dah sampai.
“Budak-budak pun mandi macam biasa, termasuk dua orang budak ‘ketoi’ dalam gambar tu. Mereka bukan kembar, tapi sepupu sebaya. Anak saya berani sikit sebab dah biasa mandi laut dan kolam. Kadang-kadang dia relaks je masuk air sampai paras pinggang,” ujarnya.
Bagaimanapun sekitar jam 11 pagi, ketika ibu ini meninggalkan pantai untuk menyalin pakaiannya, anaknya mula bergerak dan lebih pelik lagi seperti dalam keadaan bingung.
“Lebih kurang pukul 11 saya cakap kat husband, tengok anak tau saya nak pergi salin baju sat. Dia dok sedap makan buah mangga cicah asam sambil mata liaq ja tengok anak. Time tu anak saya ralit korek pasir dengan tangan.
“Mak Ngah dia (kakak saya) pun perasan eh lama betui Ayana tu dok korek pasir. Apa yang best sangat tak tau.
Tiba-tiba anak saya bangun berdiri! Kemudian dia pusing badan ke kanan tapi muka dia tunduk bawah tengok pasir. Tangan kanan dia angkat ke depan seolah-olah macam ada yang tarik & pegang.
Lepas tu dia berjalan. Laju! (dalam keadaan muka pandang bawah, tangan kanan ke depan). Cepat-cepat kakak saya bagitau husband. “Cuba tengok Ayana nak pergi mana tu?. Jauh dah tu”
Anak saya berjalan sepanjang pantai. Husband saya cepat-cepat follow belakang dia. Bila abahnya lari, anak saya pun lari, bila abahnya jalan, anak saya pun berjalan. Sedangkan dia tak tau pun abahnya follow belakang sebab dia langsung tak menoleh. Cepat-cepat abah dia kejar & tangkap.
Husband: Ayana nak pegi mana?? Anak: Ayana nak ikut kakak Husband: Pegi mana? Anak: Pegi hujung batu sana Husband: Kakak mana?? Cuba tunjuk Anak: *Dia diam, pandang kiri, pandang kanan macam tercari-cari
Difahamkan, kisah seram itu berlaku berpunca daripada sesuatu yang ‘diambil’ secara tidak sengaja iaitu cengkerang cantik dan berkilau, dijumpai anaknya di tepi pantai berkenaan.
“Dekat tangan kanan dia ada kulit siput shell. Memang cantik. Terus husband cakap ok “Ayana baca bismillah, lepas tu sebut aku kembalikan”. Anak saya pun ikut cakap abahnya then lempar kulit siput tu dalam laut.
Lepas dia lempar terus muka dia berubah ke muka normal. Asalnya tadi muka dia blur je. Alhamdulillah anak ok lepas tu. Siapa yang pernah pergi Teluk Senangin tau la betul-betul hujung pantai sebelah kanan ada kawasan berbatu & penuh hutan. Nama tempat tu pun Tanjung Hantu.
“Selama ni pantau anak takut termasuk dalam air dalam ja rupanya benda lain pulak jadi eh. Sebelum bagi anak masuk dalam air & start main pantai memang saya dah baca ayat kursi apa semua. Tapi mungkin tak cukup bacaan doa-doa pelindung lain kot.
Lepas ni kalau ke pantai/ mandi sungai memang betul-betul kena extra liar mata sebab laut, sungai, hutan memang tempat jin. Semoga yang baik-baik saja lepas ni,” katanya berkongsi.
Isu autisme kini bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat moden. Dengan kemajuan dalam bidang perubatan dan psikologi, semakin ramai ibu bapa dan pendidik mula memahami spektrum ini dengan lebih mendalam. Menariknya, jauh sebelum istilah autisme diperkenalkan oleh dunia Barat, konsep seumpamanya telah pun disentuh dalam khazanah keilmuan Islam sejak berabad-abad dahulu dikenal dengan istilah al-‘atah, sebagaimana dibahaskan oleh para ulama klasik dalam karya mereka.
Sebagaimana perkongsian Ikon Anak Istimewa Selangor merangkap pelajar Doktor Falsafah di Jabatan al-Quran dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nur Arif, menjelaskan menerusi pengamatannya, peningkatan kes autisme hari ini bukan semata-mata kerana bilangan penghidapnya bertambah, tetapi disebabkan kemajuan dalam aspek diagnosis serta kefahaman yang lebih mendalam terhadap spektrum gangguan ini.
Namun menerusi posting terbarunya, ikon tersebut mengeluarkan kenyataan yang agak ‘keras’ dan menyentuh sensitiviti ramai pihak terutama ibu bapa yang membesarkan anak autisme dengan penuh pengorbanan.
“Saya harap Allah tarik nyawa anak-anak autisme ini lebih awal sebab peningkatan dan kehadiran mereka ini tambah beban dan tiada manfaat untuk tamadun manusia. Saya simpati pada ibu bapa khususnya dan masyarakat umumnya. Anda semua terpaksa menanggung bala autisme ini daripada Tuhan.”
Kenyataan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang setuju dan ada juga yang mengecam keras pandangan itu. Sebahagian netizen berpendapat kenyataan tersebut sangat tidak wajar kerana anak-anak autisme juga adalah anugerah dan ujian Allah yang perlu diraikan dengan kasih sayang, bukan dihina.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian berasingan beliau menjelaskan bahawa peningkatan jumlah kes autisme. Katanya, era 80-an, autisme difahami sebagai keadaan yang sangat berat, iaitu apabila seseorang kanak-kanak tidak bercakap dan duduk dalam dunia sendiri. Kini, definisi autisme makin meluas kanak-kanak yang boleh bercakap tetapi pelik, tidak faham emosi orang, ada isu sensori dan masalah rutin turut termasuk dalam spektrum autisme.
Maknanya, lebih ramai orang dahulu yang tidak dikira autisme, kini dikategorikan sebagai penghidap autisme. Alat saringan juga semakin canggih, dan kini ramai doktor terlatih dalam diagnosis autisme.
Sungguhpun begitu, Islam sebenarnya telah mendahului dunia Barat dalam memahami kelainan ini. Dalam Islam, terdapat satu istilah yang disebut sebagai al-‘atah yang sangat mirip dengan autisme. Ciri-ciri ini telah lama dihuraikan oleh fuqaha’ Islam.
Para fuqaha’ mendefinisikan al-‘atah sebagai seseorang yang kurang kefahaman, pertuturan bercampur aduk dan kurang jelas serta pengurusan diri yang tidak efisien secara semula jadi (Abdul Qadir Awdah, Al-Tasyri’ al-Jinaiy al-Islamiyy).
Imam al-Jurjani dalam al-Ta’rifat mentakrifkan al-‘atah sebagai kekurangan pada akal, tetapi tidak sama seperti gila. Sebahagian pertuturannya seperti orang waras dan sebahagian lagi seperti tidak waras — sama seperti individu autisme yang mampu bercakap, tetapi pelik dalam tindak tanduknya.
Ulama terkemudian seperti Dr Abd Karim Zaidan menjelaskan bahawa al-‘atah ini adalah kelainan akal yang menyebabkan seseorang sukar memahami arahan dengan jelas, dan pertuturannya tidak dapat difahami sepenuhnya. Dari sudut hukum, mereka disamakan dengan kanak-kanak dalam hal akal.
Dari sudut perubatan pula, sebahagian penghidap autisme mempunyai jurang antara usia biologikal dan usia mental. Sebagai contoh, badan 30 tahun tetapi mental setara dengan usia 10 tahun. Walau bagaimanapun, tahap ini berbeza mengikut fungsi dan kemampuan individu autisme itu sendiri.
Ibnu Nujaym turut menjelaskan dalam kitabnya Al-Bahr Al-Raiq tentang keadaan orang dewasa tetapi berakal seperti kanak-kanak. Menurut beliau, al-‘atah mempunyai dua hukum: bila melibatkan akal, mereka dihukum seperti kanak-kanak; tetapi jika melibatkan syahwat, hukum mereka seperti orang dewasa. Oleh itu, walaupun akalnya seperti kanak-kanak, hukum-hakam berkaitan aurat dan wuduk tetap terpakai.
Kesimpulannya, walaupun pada era 80-an seseorang yang mempunyai ciri autisme tidak dikira sebagai autistik kerana kriteria diagnostik masih sempit, namun dalam Islam mereka sudah termasuk dalam kategori al-‘atah. Jelas bahawa Islam telah lama mendahului dunia Barat dalam memahami fenomena ini.
Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat pena daripada tiga golongan: kanak-kanak sehingga baligh, orang tidur sehingga dia terjaga, dan orang al-‘atah sehingga dia faham.”
Perbahasan ini menunjukkan bahawa individu autisme bukan bebanan, tetapi ujian dan amanah yang memerlukan kefahaman dan kasih sayang, sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam sejak dahulu lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang datang untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila fenomena kepala air melanda secara tiba-tiba, meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak...