Urusan persiapan keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, penghidap kanser mulut, ‘Germ Cell Tumor’, ke London hampir selesai apabila bapanya mengesahkan bakal bertolak ke sana, Khamis ini.

Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata semua persiapan termasuk pasport, penginapan dan kos rawatan Ainul Mardhiah, selesai namun masih menunggu maklum balas daripada Malaysia Airlines (MAS) kerana tiket bergantung kepada kekosongan tempat duduk.

Ainul Mardhiah Dijangka Berlepas Ke London Khamis Ini. Dua Doktor Pengiring Turut Serta

“Pihak MAS sudah bersedia untuk membawa kami sekeluarga malah dua doktor pengiring yang juga pakar bius hospital swasta, sudah bersedia mengikut kami ke sana.

“Sebaik sahaja kami tiba di sana nanti, Ainul Mardhiah akan terus di bawa ke hospital di sana dan menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI),” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Ayer Molek, Melaka.

Katanya, dua doktor pengiring itu adalah individu sukarela yang menggunakan perbelanjaan mereka sendiri, malah Dr Amalina Che Bakri juga mengesahkan kepadanya akan ada doktor yang menunggu di lapangan terbang di London.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama hospital yang yang bakal merawat Ainul Mardhiah, di sana nanti.

IKLAN

Katanya, walaupun dia dimaklumkan membawa Ainul Mardhiah ke London adalah berisiko, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, tetap menaruh harapan untuk melihat anak sulung mereka pulih.

Ainul Mardhiah Dijangka Berlepas Ke London Khamis Ini. Dua Doktor Pengiring Turut Serta

“Menaiki kapal terbang pun sudah cukup berisiko buat Ainul, jadi saya mengharapkan doa orang ramai minta pada Allah permudahkan urusan Ainul dan ada keajaiban untuk dia sembuh.

“Begitupun, nasib Ainul Mardhiah belum dapat dipastikan sama ada akan dapat menjalani pembedahan atau sebaliknya, kerana doktor minta dia menjalani MRI kerana ujian yang dilakukan di sini tidak jelas,” katanya.

Terdahulu, pasangan suami isteri terbabit sibuk menguruskan Ainul Mardhiah dan mengambil masa kira-kira satu jam untuk menukar alat ‘tracheotomy’ yang dipasang pada leher bayi itu, bagi tujuan pernafasan.

IKLAN

Sementara itu, dia dan isteri mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi menyumbang demi rawatan cahaya mata mereka yang kini berusia sembilan bulan.

[Artikel Berkaitan]

Ainul Saham Kami Ke Syurga. Allah Uji Untuk Tengok Level Mana Kesabaran Saya & Isteri

IKLAN

“Alhamdulillah, Ainul hanya menangis dan merengek apabila laparkan susu setiap tiga jam dengan kadar sekurang-kurangnya empat auns selain mahu buang air. Kami juga tidak lagi perlu berjaga malam kerana Ainul sudah boleh tidur sekarang,” kata Nurul Erwani.

Katanya, sebagai ibu, dia hanya mampu berdoa meminta Allah mendorongkan jalan yang betul untuk anaknya selain menggerakkan hati doktor yang mengendalikan kes anaknya itu diberikan laluan mudah.

Ainul Mardhiah Dijangka Berlepas Ke London Khamis Ini. Dua Doktor Pengiring Turut Serta

Dr Amalina ketika dihubungi BH berkata tidak dapat berkongsi maklumat berhubung status laporan akhir berkaitan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) Ainul Mardhiah.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat berkenaan bayi, Ainul Mardhiah buat masa ini sehingga keputusan akhir dibuat dan berikutan ia urusan peribadi pesakit. Terima kasih,” katanya dihubungi melalui e-mel.

Sumber: Berita Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI