Air biji kembang semangkuk penawar untuk anak demam, batuk berkahak selain makan ubat. Jika anak sedang batuk berkahak, salah satu bahan makanan semulajadi yang bagus ialah biji kembang semangkuk.
Air Biji Kembang Semangkuk Penawar Untuk Anak Demam, Batuk Berkahak Selain Makan Ubat
Air rendaman biji semangkuk, bagus untuk keluarkan kahak dan hingus anak yang selesema dan batuk. Biji kembang semangkuk (malva nut/Taiwan sweet gum) berupaya bukan sahaja menyejukkan badan, tetapi juga membuang kahak.
Cara-caranya:
1. Rendam 2 biji kembang semangkuk ke dalam air.
2. Selepas setengah jam, tapis. Ambil airnya.
3. Airnya dicampur sedikit madu. Minum 3 kali sehari.
Juga boleh dijadikan pengganti air kosong, simpan dalam botol, minum sekerap mungkin.
Biasanya setelah minum, mungkin akan muntah beberapa kali untuk keluarkan kahak.
Selepas itu, akan lebih baik.
Untuk bayi bawah 1 tahun dan menyusu badan, ibu yang kerapkan minum. Sesuai untuk 1 tahun ke atas.
Ads
ELAKKAN MAKANAN/MINUMAN INI KETIKA BERKAHAK:
Makanan yang menghasilkan kahak – gula, junkfood, fastfood, jajan, coklat, aiskrim, kek, biskut, susu tepung, susu (walau organik sekalipun), air bergas, air kotak, semua makanan berasaskan tepung gandum, barli, rye.
Tidak guna amalkan itu ini tetapi sumber utama penyumbang kahak kita tidak tinggalkan.
Di mana nak dapatkan biji Kembang Semangkuk?
Ads
Pasar harian, pasaraya bahagian rempah/barangan kering timbang, contohnya bahagian sagu, kacang hijau, kacang merah dan lain-lain.
Ada juga yang telah dipekkan. Harganya dalam 3-4 ringgit saja, lebih kurang 10 biji.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Sekian lama menanti, akhirnya selepas seminggu kelahiran pasangan kembar kedua angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos mengumumkan nama pilihan mereka buat si kembar comel.
Menerusi satu entri di instagramnya pagi tadi, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi nama yang menjadi pilihan buat anak kembarnya. Nama indah dengan makna yang cukup sempurna.
“Eusoff & Emelia, nama yang diberi untuk pasangan kembar kami.
“Sheikh Eusoff & Sophea Emelia seperti anak-anak kami yang lain,” katanya berkongsi di instagram.
Nama yang cukup indah, sama seperti nama kakak dan abang-abangnya, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Isabella, Sophea Natasha dan pastinya Sophea Emelia.
Malah menerusi entri yang sama, bapa penyayang ini juga turut mendoakan agar perjalanan dua anaknya ini dipermudahkan, menjadi insan soleh dan solehah serta menjadi anak yang mampu berbakti kepada ibubapa serta ummah malah taat kepada Allah SWT.
“Semoga menjadi anak anak yang Soleh & Solehah.
Berkehendak & Bertuhan kepada Allah, Berbakti kepada IbuBapa, Berilmu & Beriman, Berpaksi kepada Kebenaran, Berbakti kepada Ummah, Berjaya Dunia Akhirah,
“Sebagai ayah, ku pohon doa, makbulkan doaku di hari baraqah ini,” katanya lagi sambil mengharapkan yang terbaik buat dua anaknya ini.
Sejak kelahiran bayi kembar kedua mereka pada Jumaat, 20 November lalu, baik Dr Sheikh Muszaphar mahu pun Dr Halina di lihat sering berkongsi beberapa gambar dan video kembar mereka.
Seronok melihat video-video yang dikongsikan, penuh emosi dan keterujaan menyambut kelahiran bayi kembar yang cukup bermakna dalam hidup mereka sekeluarga.
Semoga bayi comel, Eusoff dan Emelia menjadi pelengkap bahagia Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga.
Terdahulu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Dan kini Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.
Faktor usia bukan halangan. Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenamnya pada petang semalam.
Menerusi petikan artikel yang dikeluarkan oleh Harian Metro, yang turut juga dikongsikan oleh Awie menerusi facebooknya, Awie menyampaikan khabar gembira itu kepada seluruh peminatnya.
“Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu.
“Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri di dalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!,” tulisnya.
Tidak mendedahkan jantina, namun melalui perkongsian dan komen di kapsyen, peminat mendedahkan Awie menimang seorang bayi lelaki pelengkap bahagianya bersama isteri tercinta.
Terdahulu melalui beberapa perkongsian video yang sering dimuat naik Awie menerusi instagramnya, Awie turut mengemas kini mengenai perkembangan terkini kandungan isterinya melalui pemeriksaan bulanan yang dijalankan di Hospital Ampang Puteri, Ampang.
Perkongsian status Awie itu menerima reaksi gembira daripada rakan-rakan dan kenalannya. Tidak kurang juga para peminat yang mengikutinya di Facebook.
Terdahulu Awie pernah memberitahu keadaan isterinya dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat. Malah menerusi satu entri di instagramnya, Awie turut memaklumkan masanya untuk bertemu bayi keenamnya itu hampir tiba.
“Alhamdulillah, 35 minggu berlalu. Masa dah hampir bertemu.
“Ampang Puteri pilihan ku , berpuluh tahun kami di situ , dr anak ku yg nombor satu,”kongsi Awie lagi.
Terdahulu, Datuk Awie mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, pada Oktober 2016 lalu dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pelengkap bahagia. Awie turut mempunyai lima orang cahaya matanya bersama bekas-bekas isterinya yang lain.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Untuk merawat anak yang mengalami ekzema, ibu bapa mesti tahu kaedah rawatan yang sesuai, barulah ekzema terkawal. Ia bagi mengelakkan ekzema daripada merebak ke bahagian anggota badan yang lain.
Ekzema adalah salah satu ruam kulit kronik yang kelihatan kemerahan atau kering yang akan menjadi gatal. Malah ia akan menyebabkan anak anda berasa tidak selesa dan mungkin akan meragam!
Terdapat banyak jenis ruam kulit yang gatal. Salah satu ruam kulit yang gatal yang biasa adalah ekzema atopik (atopic aczema). Kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun yang biasanya menghidap ekzema dan kebanyakannya yang berumur antara 2 sehingga 6 bulan. Namun sebanyak 60 sehingga 70 peratus antara mereka akan hilang ekzema apabila meningkat dewasa.
Ekzema mungkin disebabkan oleh reaksi keterlaluan sistem pertahanan badan. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun mengetahui kenapa sesetengah orang menghidapinya. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi ekzema, asma atau masalah alergi hidung contohnya bersin, hidung berair apabila terkena habuk adalah antara mereka yang berisiko untuk mendapat ekzema.
Anak-anak kecil yang menghadapi salah ekzema akan mengalami ruam merah yang wujud (eczema flare) dan hilang kerap-kali pada kulit, biasanya pada bahagian sama. Apabila ruam merah ini hilang, kulit akan menjadi kering, sensitive dan kasar.
Antara faktor-faktor yang diketahui yang boleh menyebabkan ekzema berulang adalah berpeluh dan kepanasan, tekanan emosi dan alergi terhadap makanan tertentu sebagai susu lembu, telur atau pewarna makanan, boleh menyebabkan eczema flare berlaku. Jangkitan kuman bakteria terutamanya, Staphylococcus aureus, senang menyerang kepada kulit yang sudah pecah dan merah.
Ekzema boleh mengganggu kehidupan pesakitnya. Untuk mengatasinya ada yang mencuba semua jenis pembersih dan pelembap kulit, sesetengah cuba menyejukkan atau menghalang anak daripada bermain agar tidak berpeluh.
Namun jangan bimbang ekzema bukan penyakit berjangkit dan tidak merebak daripada satu orang kepada orang lain. Ia akhirnya akan sembuh atau gejala-gejalanya menjadi kurang serius apabila umur anak semakin meningkat.
Rawatan
Untuk menjaga anak ekzema anda perlu menjadi seorang yang cerewet. Soal makanan, pakaian dan penjagaan diri semuanya kena diteliti. Jangan main hentam sahaja. Jika tak jaga, memang keadan kulit anak akan menjadi merah, kering, gatal dan merekah. Ada 4 rawatan yang biasa gunapakai untuk masalah ekzema. Namun, pastikan mendapat nasihat pegawai perubatan atau doktor di klinik berhampiran dengan anda.
1. Untuk kulit merah
Apabila kulit mempunyai tanda kemerahan atau berair (eczema flare) gunakan krim mengandungi steroid akan membantu mengawal inflamasi, kemerahan dan kegatalan. Namun penggunaannya mestilah atas nasihat doktor untuk mengelak kesan sampingan seperti penipisan kulit, jika cara penggunaan tidak sesuai.
Tempoh masa menggunakan krim akan dihadkan dan bahagian mana boleh sapukan ubat akan dijelaskan. Ada juga ibu bapa menggunakan rangkaian penjagaan diri yang menggunakan produk berunsurkan organik termasuk krim, losyen,mandian dan syampu.
2.Untuk kulit kering
Emollients adalah pelembap kuat yang akan membantu mengawal kulit menjadi terlalu kering dan pecah. Kanak-kanak direndam dalam air biasa (bukan panas)yang mengandungi pembersih selama 10 minit dan badan dikeringkan dengan kain bersih. Selepas itu, pelembap diurutkan keseluruhan badan. Proses ini mengambil masa selama 20 minit dan dilakukan sekurang-kurangnya satu kali sehari.
3.Antibiotik
Jangkitan dengan kuman bakteria kerap berlaku, dan krim yang mengandungi antibiotik atau dengan kombinasi steroid akan membantu mengawal jangkitan daripada berlaku secara berulang.
4.Antihistamin
Ubat ini digunakan untuk membantu anak-anak kecil tidur. Ini kerana ekzema boleh menyebabkan mereka tidak selesa kerana rasa kegatalan yang dialaminya.
Perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak ekzema:
a.Pakai pakaian daripada jenis kapas atau lembut.
b.Gunakan sabun lembut atau pembersih, bukan sabun untuk mandi.
c.Selepas mandi, keringkan badan dengan menepuk kulit perlahan dan jangan menggosok.
d.Mengelakkan daripadamenggaru, kerana senang untuk kuman jangkitkan kulit. Kuku dipotongkan pendek dan untuk bayi gunakan sarung tangan.
e.Jangan dedahkan anak kecil kepada cahaya matahari.
f.Jangan gunakan sabun wangi, atau bubble baths.
g.Sering membersihkan cadar dan pakaian anak kecil.
Info:
Tiada penyebab utama berlakunya ekzema tetapi selalunya ia melibatkan sejarah dalam ahli keluarga yang mempunyai ekzema, asma dan alergi. Jika anda mempunyai sejarah ini, risiko anak anda sebanyak 25 peratus dan jika anda dan pasangan anda mempunyai sejarah yang sama, anak anda berisiko 55 sehingga 65 peratus.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.