Air Mata Ibu! Suami Pergi Ketika Hamil, Masuk Kerja ‘Berpisah’ Pula Dengan Bayi

Share

Saat lafaz ‘Aku Terima Nikahnya’, termeterai semestinya pasangan suami isteri mengharapkan hubungan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Malah masing-masing mahu melayari kehidupan berumah tangga bersama-sama dan membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.

Namun takdir Allah, setiap yang hidup pasti akan pergi, cumanya kita tak tahu bila ajal kita dan orang tersayang. Selagi ada waktu, manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin dan sama-sama menghargai pasangan kita.

Suami pergi ketika sarat hamil 8 bulan

Kisah yang dikongsikan oleh seorang isteri yang baru sahaja bergelar ibu ini benar-benar sedih kerana Allah telah mengambil suaminya ketika sedang sarat hamil anak sulung 8 bulan.

@mummyshakeelTerima kasih atas anugerah yg terindah ❤️ shakeel zuhayr bin shazrul ikhmal ❤️ ##tiktokviral ##tiktokmalaysia ##trending ##fyp ##masukberanda

♬ original sound – Zuriana Bt Mohamad Tarmidi – Mummy Shakeel ❤️

Menerusi video yang dimuat naik oleh Zuriana di TikTok, ia sangat menyentuh hati lagi-lagi mengenangkan si anak yang tak sempat mengenali ayahnya kerana dah dijemput ilahi sebelum itu.

Kisah perjalanan dua beranak ini diuji apabila arwah suami meninggal dunia akibat menghidap barah limfoma dan tak dapat membesarkan anak bersama-sama.

Orang lain mungkin teruja untuk menunggu kelahiran anak sulung bersama pasangan, namun Zuriana terpaksa akur dan reda dengan ketentuan ilahi apabila hanya ahli keluarga saja yang menjadi kekuatannya ketika nak melahirkan bayi dan berpantang.

Demi anak lelaki yang diberi nama Shakeel Zuhayr dan amanah yang ditinggalkan arwah suami, nak tak nak perlu kuat.

Terima kasih b sayang akan jaga amanah b sebaik mungkin macam mana b jaga sayang.

Terpaksa berpisah sementara dengan anak

Bagaimanapun, yang membuatkan ramai menitiskan air mata, Zuriana terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan anak bersama keluarga di kampung buat sementara waktu.

Memandangkan tugasnya sebagai jururawat, dia terpaksa membuat keputusan yang besar meninggalkan buah hatinya itu pada ibu dan ahli keluarga sementara dia bekerja untuk meneruskan kehidupannya bersama anak.

Nak bagi pengasuh jaga baby rasa macam risau. Jadi mak setuju untuk jaga buat sementara waktu.

@mummyshakeelMummy tpksa bg shakeel duduk ngan umi sbb nk senangkan cinta hati mummy ❤️ ##fyp ##masukberanda ##tiktokmalaysia ##tiktokviral ##pjj ##cintasejati♬ original sound – Zuriana Bt Mohamad Tarmidi – Mummy Shakeel ❤️

Dalam video tersebut, kelihatan si ibu memeluk dan mencium anaknya berkali-kali sebelum melepaskan anak dibawah jagaan nenek sambil mengalirkan air mata.

Kita yang melihatnya pun sebak lagi-lagi baru habis berpantang dan terpaksa berpisah kerana tuntutan kerja dan tanggungjawab. Moga Allah mempermudahkan urusan ibu ini membesarkan amanah yang ditinggalkan arwah suaminya. Amin

Kredit: mummyshakeel

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

IKLAN