Kehilangan insan tersayang pastinya memberi kesan kepada kita. Rasa rindu yang tidak berkesudahan ketika mengenang segala memori ketika bersama akan membuatkan kita menjadi sedih.
Bukan mudah untuk melupakan terutamanya jika anak yang masih kecil kehilangan ibu atau ayah. Mungkin sedikit sukar untuk memahami situasi jadi sering teringat dan terkenangkan insan yang telah ‘pergi’.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @omokgendut18, kelihatan seorang kanak-kanak sedang melihat sesuatu di handphone sehingga mengalirkan air mata.
Ads
Tidak berkata apa-apa, dia hanya senyap dan matanya fokus melihat di skrin handphone. Kemudian air matanya mengalir menunjukkan betapa dia sedang merindukan seseorang.
“Mokkk.. Kamu rindu ayah ke? Dikkk… Kamu rindu ayah ke?”.
Tidak menjawab soalan yang diajukan, dia hanya mengangkat mukanya sambil menangis. Menurut kapsyen pada video, dia sedang menonton video arwah ayahnya.
Memang jelas sekali kerinduan adik ini terhadap ayahnya. Pasti banyak kenangan mereka sekeluarga yang menjadi pengubat rindu sekiranya mereka teringat pada arwah.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Ads
Semoga mereka sekeluarga tabah menjalani ujian berat ini. Bukan mudah melalui saat-saat kehilangan insan tersayang, pasti sentiasa merindui. Menurut perkongsian ibunya, adik ini sudah mulai faham mengapa ayahnya tidak akan pulang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ayah adik ini.
Biarpun sudah lama berkawin, tidak bermakna kita sudah meluangkan masa bertahun-tahun dengan pasangan. Maksudnya? Sering kali kita menjadikan anak sebagai alasan, tidak boleh keluar berdua tanpa mereka. Kasihan kerana terpaksa tinggalkan anak-anak dan kita pula keluar berjalan dengan pasangan. Sebenarnya itulah terapi yang diperlukan seorang suami dan isteri. Carilah masa dan rancanglah aktiviti yang dapat menyemarakkan perasaan sayang terhadap satu sama lain.
Melalui penulisannya di laman Facebook peribadi, Mohd Fhais menyatakan apabila sepasang suami isteri itu sudah ada anak, lebih kerap perlu keluar berdua. Kasihankan diri sendiri kerana tidak berpeluang untuk berdua-duaan lagi sejak mempunyai anak-anak.
Ikuti penulisan Fhais:
Ada anak bukan alasan tak boleh dating.
Malah bila ada anak lagi kena kerap keluar dating. Usah kesian kena tinggal anak tapi kesian pada diri sendiri sebab tak dapat enjoy masa berkualiti dengan pasangan sendiri.
Seminggu 5 hari bekerja. Waktu siang tak ada peluang langsung nak berjumpa. Malam pula sibuk melayan anak. Kadang tu baru nak borak anak datang kacau daun. Potong mood betul!
Hari minggu lagi la tak ada peluang nak berdua-duaan. Dah bersusun jadual tugas yang nak selesaikan. Belum masuk lagi janji dengan anak nak bawa dia jalan-jalan.
Sampai kita terlupa keperluan isteri kita kerana,
1 – Isteri perlukan cuti Jadi pengurus rumah ni penat, stress dan penuh drama. Dapat keluar dating 2 jam macam dapat massage full body 2 kali tau. Sambil cuti sambil segarkan diri.
Tak perlu pun beli barang mewah, dapat sedut udara segar pun jadi untuk segar diri. Udara dalam shopping mall dengan udara dalam rumah jauh berbeza macam pipit dengan helang tau.
2 – Refresh Soul Tank Nampak kerja orang rumah ni macam senang. Lipat baju, basuh pinggan, urus anak, masak nasi. Tapi dia punya penat mengalahkan orang kerja kontrak yang berjemur bawah matahari.
Walaupun nampak kerja rumah remeh tapi kerja tu sentiasa berjalan dan tak berkesudahan. Soul tank ( jiwa ) isteri kita sedikit demi sedikit kering. Fizikal kuat macam mana pun kalau jiwa kosong, senang-senang je boleh tumbang.
Jangan pelik kalau masa dating isteri asyik terlelap. Tu tanda jiwa dia kepenatan.
3 – Refill Emotional Tank Bukan dompet je kena penuh, tangki emosi pun kena penuhkan juga. Kalau tangki emosi kering kontang alamatnya di rumah memang selalu jadi hulk la. Sedikit isu pun boleh jadi isu besar.
Keluar dating bukan suruh jadi mat jiwang nak kena bagi bunga romantik bagai. Cukup dapat teman dan beri perhatian sepenuhnya pada apa yang isteri nak luahkan pun dah cukup bersyukur.
4 – Review gameplan Masa berdua-duaan ini sesuai sangat review gameplan keluarga. Mendidik anak ni sebenarnya satu peperangan. Kalau tak ada gameplan lambat laun mak ayah akan kalah dengan emosi, kalah dengan ekonomi dan kalah dengan anak sendiri.
Nak jadi mak ayah yang menang? Selain kena selalu upgrade ilmu, upgrade strategi dan tak selalu main hentam seromoh, kena juga selalu berbincang suami isteri.
5 – Nafkah Batin Isteri kita bukan kahwin untuk jadi babysitter, tukang masak atau pembantu rumah sepenuh masa. Sebaliknya mereka kahwin dengan kita kerana mereka mahu di fahami, di hargai dan di sayangi oleh kita.
Jadi para suami, jangan tunggu isteri pelawa baru nak keluar dating sebaliknya anda la yang kena pelawa isteri keluar. Kalau isteri tak nak, paksa juga sebab ini tanggungjawab, nafkah batin hukumnya wajib.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais, Mula kahwin berdua, akhir pun berdua. Anak-anak hanya sementara, jangan jadikan anak sebagai sempadan antara hubungan suami isteri.
Baik suami mahupun isteri, kedua-duanya memerlukan rehat dan terapi untuk diri sendiri. Bukan sahaja dapat berehat sebentar dari kehidupan berkeluarga, bahkan perasaan cinta semakin mengharum apabila anda memutuskan untuk bersama pasangan untuk melakukan aktiviti kegemaran. Inilah definisi ‚me time‘ yang sebenar buat pasangan yang telah lama berumah tangga.
“Allahu Akbar… kesian anak aku ni, anak aku takut…”
Itulah antara jeritan pilu seorang bapa yang kini tular di media sosial, meruntun hati ramai apabila melihat sendiri detik cemas keluarganya terperangkap dalam banjir Perak. Dalam video berdurasi 19 saat itu yang tular di media sosial, kedengaran suara seorang wanita merayu penuh panik, meminta pertolongan sambil air semakin naik mencecah paras pinggang.
Tangisan anak kecil, laungan doa dan suara lelaki yang cuba menenangkan keluarganya bergema di sebalik deruan air yang deras cukup membuat sesiapa pun terasa luluh. Ia bukan sekadar video banjir Perak biasa, tapi gambaran sebenar bagaimana detik getir boleh menguji kasih seorang ibu dan ayah demi melindungi anak mereka.
Beberapa keping gambar yang turut dikongsikan menunjukkan seorang bapa memangku erat bayinya, berjalan perlahan-lahan meredah air sambil menahan getar dan risau di hati. Air banjir yang keruh dan deras tidak menghalang naluri seorang ayah langkahnya mungkin goyah, tapi pelukannya tetap teguh.
Turut kelihatan mangsa lain memanjat ke atas bumbung kenderaan, mencari tempat lebih tinggi untuk berlindung sementara menunggu bantuan tiba. Dalam keadaan genting begitu, hanya doa menjadi penguat semangat antara hidup dan maut, mereka masih menggenggam harapan.
Suasana yang dirakam itu cukup menyentuh hati warga maya. Ruang komen dibanjiri dengan doa dan ucapan simpati daripada netizen yang turut merasa pedihnya detik itu. Ramai juga mengingatkan agar penduduk di kawasan terjejas banjir Perak segera berpindah ke pusat pemindahan dan tidak mengambil risiko berada di rumah ketika air mula naik.
Kerana di sebalik setiap bencana, ada kisah keluarga yang sedang berjuang ada anak kecil yang menangis ketakutan, ada ibu yang tak berhenti berdoa, dan ada ayah yang sanggup redah apa saja demi memastikan keluarganya selamat.
Buat mereka yang sedang diuji, semoga diberi kekuatan dan perlindungan Allah. Semoga banjir Perak ini cepat surut, dan semoga setiap jiwa yang terkesan diberi ketabahan untuk membina semula kehidupan.
Menurut laporan terkini Berita Harian, seramai 2,171 mangsa banjir daripada 759 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Manjung serta Larut, Matang dan Selama (LMS) setakat jam 8 pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga PPS dibuka di daerah Manjung, manakala 19 PPS beroperasi di daerah Larut, Matang dan Selama.
Antara kawasan terjejas di daerah ini ialah Kampung Simpang Halt, Kampung Sungai Baru, Kampung Salak Baru, Kampung Sungai Lubok, Kampung Masjid, Kampung Batu 8, Kampung Batu 9 dan Kampung Ulu Sepetang.
Kawasan lain termasuk Kampung Jelapang Jaya, Taman Simpang Makmur, Kampung Sungai Batu Teguh, Taman Simpang, Kampung Baru Simpang, Kampung Batu 27 Hampar, Kampung Jawa dan Kampung Kelubong.
Antara kawasan terjejas akibat banjir Perak di daerah Manjung ialah Kampung Nelayan, Kampung Sungai Batu, Taman Pantai Wang, Kampung Lorong Masjid, Pantai Tin dan Kampung Padang Serai. Kawasan lain termasuk Kampung Tersusun, Taman Anggerik dan Kampung Pulau Kabung.
Selain itu, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Taiping arah utara di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) ditutup sementara akibat hujan berterusan yang menyebabkan air bertakung di kawasan berkenaan.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan di akaun rasmi X memaklumkan, penutupan itu perlu bagi memastikan keselamatan semua pengguna lebuh raya. Pengguna dinasihatkan berhati-hati dan peka dengan arahan semasa pihak berkuasa sepanjang tempoh banjir Perak ini.
Dalam suasana getir ini, seluruh rakyat Malaysia turut bersatu mendoakan agar keadaan kembali pulih. Semoga semua mangsa banjir Perak terus tabah, dan semoga setiap pengorbanan ibu bapa yang melindungi anak mereka dalam bencana ini menjadi inspirasi kepada kita semua — bahawa kasih keluarga lebih kuat daripada apa jua arus kehidupan.
Disebabkan kebebasan mengakses masuk internet untuk menonton video menyebabkan kanak-kanak pada zaman kini mudah terdedah kepada bahayanya kandungan video yang tidak ditapis.
Tanpa kita sedar, kita sangkakan anak sedang menonton kartun yang sesuai namun sebaliknya pula berlaku kerana munculnya watak-watak kartun yang ekstrem tetapi terlihat “kid-friendly”.
HARAMKAN KARAKTER INI DARI DILIHAT ANAK ANDA!
Kalau dengar atau nampak je mana-mana nama ni semasa anak anda tengok YouTube.
Minta mereka tutup segera!
1. Huggy Wuggy
2. Kissy Missy
3. Cartoon Cat
4. Among Us
5. The Siren Head
6. Five Nights At Freddy’s
7. Long Horse
8. Poppy Playtime
9. Sun & Moon (karakter dalam Five Nights at Freddy’s)
10. Happy Tree Friends
Ish.
Banyak lagi sebenarnya. Cuba bantu saya tambah nama-nama karakter yang penting untuk kita semua alert di ruang komen.
Kadang-kadang kita parents ni tak tahu. Karakter, nama game yang anak kita tengah tengok kat YouTube tu sebenarnya sangat sangat bahaya.
Kita ingat, biasa je.
Sebab, kita pun tak tahu apa yang diorang tengok kan?
Rupanya, sangat bahaya untuk perkembangan sosial-emosi mereka. Take note tau.
Ambil tahu apa yang anak tengok. Lagi bagus, kawal.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...