Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak yang soleh, menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Namun, siapa sangka seorang remaja dari pedalaman Kelantan ini bukan sahaja berjaya membanggakan keluarganya, malah mencatat sejarah sebagai anak Orang Asli pertama bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran.
Itulah kisah Muhammad Izzuddin Hasmadi, 16 tahun, pelajar Tingkatan Empat di SMK Agama Tok Bachok. Berasal daripada suku kaum Temiar di Pos Balar, Gua Musang, kejayaan anak keenam daripada sembilan beradik ini disambut dengan penuh rasa syukur dan linangan air mata ibu bapanya.
Perjalanan Panjang Penuh Pengorbanan
Bukan mudah untuk seorang anak dari kawasan pedalaman mencapai kejayaan luar biasa ini. Untuk ke sekolah sahaja, Izzuddin perlu menempuh hampir sembilan jam perjalanan dari kampungnya ke Bachok. Meredah hutan, menaiki kereta berjam-jam lamanya – itulah rutin yang akhirnya menjadi motivasi buat dirinya untuk lebih berusaha.
Menurut Izzuddin, cabaran paling besar bukan sekadar menghafaz, tetapi mengekalkan istiqamah dalam mengulang hafalan. Beliau menjaga pemakanan dengan mengelakkan makanan masam serta segera, selain menghabiskan banyak masa malam untuk menghafal. Minatnya mula berputik sejak usia 11 tahun ketika menyertai tilawah di sekolah rendah, dan sejak itu cintanya kepada al-Quran semakin subur.
Ads
Doa Dan Kasih Sayang Ibu Bapa
Ayahnya, Hasmadi Ghazali, 47, seorang guru pendidikan Islam, tidak mampu menyembunyikan rasa syukur apabila anaknya berjaya menamatkan hafazan penuh. Beliau mengakui kejayaan ini hadir hasil doa ibu bapa, usaha gigih anak, serta bimbingan guru dan saudara-mara.
“Alhamdulillah, saya dan isteri sangat bersyukur. Walaupun jauh dan penuh cabaran, dia tetap kuat. Kami harap dia terus istiqamah dan menjadi pembakar semangat kepada anak Orang Asli lain,” katanya sebak.
Ads
Ibunya, Norsiah Along, 49, juga menjadi kekuatan utama yang tidak pernah putus mendoakan anak-anaknya. Bagi pasangan ini, kejayaan Izzuddin adalah hadiah paling indah dalam hidup mereka.
Inspirasi Buat Semua
Pencapaian Izzuddin turut membuka mata masyarakat bahawa anak-anak Orang Asli juga mampu cemerlang dalam bidang agama jika diberi peluang dan sokongan. Lebih membanggakan, keluarganya sendiri menjadi teladan – dengan abang-abangnya kini berkhidmat dalam bidang agama, tentera, polis serta melanjutkan pengajian di universiti.
Ads
Kisah ini menjadi bukti bahawa doa, usaha dan pengorbanan ibu bapa tidak pernah sia-sia. Izzuddin kini bukan sahaja kebanggaan keluarganya, malah seluruh masyarakat yang menjadikan kisahnya sebagai inspirasi.
💖 Buat ibu bapa di luar sana, percayalah – setiap anak punya potensi tersendiri. Dengan bimbingan, doa dan kasih sayang tanpa henti, insya-Allah kejayaan yang besar akan menanti.
Bukan mudah untuk membesarkan anak apatah lagi mendidik mereka mengikut cara yang kita inginkan. Pendekatan perlu betul dan caranya tidak boleh terlalu keras dan memaksa. Paling penting, jangan letakkan harapan yangterlalu tinggi kepada anak-anak. Biarkan mereka belajar perlahan-lahan mengikut peredaran usia mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Adlil Rajiah, yang mengatakan ibu bapa selalu terperangkap dalam cita-cita sendiri sehingga gagal untuk melihat keistimewaan yang Tuhan ciptakan khas untuk anak, yang tiada pada kita.
Ikuti perkongsian lanjut Adlil Rajiah: Seorang bapa mangadu pada saya– “Saya malu lah anak saya masih tak lancar mengaji. Saya ni ustaz, sibuk ajar anak orang lain mengaji, tapi anak sendiri tak pandai. Malu saya. Nanti orang cakap apa pulak.” . Terus zasss kata2 si bapa itu bawa saya terbang ke memori lampau. Saya ingat lagi, masa saya darjah-darjah, BANYAK KALI saya diperli cikgu bahasa inggeris– . “Mak ayah awak pensyarah, tapi awak tak pandai English. Awak ni memalukan mak ayah awak, tahu tak.” . Sambil dihentak-hentak pembaris besi di atas meja.
Artikel Menarik: [Semua Anak Pandai Dan Ada Potensi Besar. Anda Boleh Guna 6 Strategi Hebat Ini Untuk Galak Mereka Belajar] . Dan di setiap kali itu lah, saya terpaksa tahan air mata sampai waktu rehat. Bunyi je loceng, saya terus pecut lari masuk toilet dan menangis puas2. . Settle nangis, basuh muka, terus pergi kantin jumpa kawan2 dan bergelak ketawa macam takde apa2 berlaku. . Sampai hari ni, I still remember those days very clearly. . Padahal cikgu2 itu tahu saya ada masalah pendengaran. Maka sepatutnya mereka itu tahu, saya belajar dengan cara berbeza– BUKAN seperti murid2 kesayangan mereka yg lain. . Sama lah macam anak ustaz yang tak pandai mengaji tadi– saya tak bodoh, cuma saya belajar dengan cara yang berbeza. Saya tak bodoh, cuma orang sekeliling yang gagal memahami keunikan saya.
Artikel Menarik: [Nak Anak Pandai, Ibu Pun Ajar Sama. Jangan Harapkan Cikgu Semata-Mata] . Dan apa yang pasti– SAYA BUKAN SIAPA IBU BAPA SAYA. . Kebanyakan kita, semakin dewasa, semakin “bijak”, kita semakin gagal melihat anak2 sebagai individu unik, yang tak terbandingkan dengan sesiapapun atas dunia ni. . Kita selalu terperangkap dalam cita-cita sendiri sampai gagal lihat keistimewaan yang Tuhan ciptakan khas untuk anak, yang tiada pada kita.
. Kita pilih untuk nampak kelebihan anak2 orang lain, tanpa beri ruang dan masa pada anak sendiri untuk kenal dan dalami dirinya sendiri. . Setiap anak yang bodoh, tak pandai, malas, tak fokus, lembap di mata kita– mungkin sedang menunggu kita untuk celik dan nampak mereka. Hadir mereka ini semata-mata untuk buat kita berfikir sebenarnya. . Ustaz, saya yakin anak ustaz bukan tak pandai mengaji. Tapi mungkin ustaz yang kena ubah cara mengajar yang lebih menepati cara unik dia belajar. . Saya faham, bukan mudah untuk ajar dia. Lain betul dari anak yang lain. Kan?
. Tapi percayalah– dia ada kunci untuk unlock kemahiran mengajar LAIN yang ada dalam diri ustaz, yang ustaz sendiri tak perasan selama ni. . Sebab setiap anak ini hadir dalam hidup kita memang takde sebab lain– melainkan untuk memerdekakan kehebatan dalam diri kita sendiri.
Betullah anak-anak ni penyeri hidup kita. Ada saja perkara yang mereka lakukan yang buat kita terhibur dan rasa bahagia. Sepanjang tempoh nak membesar ni, mereka suka explore dan belajar banyak perkara. Kalau ada adik-beradik, lebih banyak akalnya!
Sebuah video yang dikongsikan oleh @julianorazreen menunjukkan gelagat tiga beradik yang berebut-rebut nak makan asam jawa. mereka bertiga menyangka bahawa asam jawa itu adalah aiskrim.
“Bende jangan dilarang.. nak makan kite bagi.. suap sama rata..”
Dek kerana mereka mahu sangat makan asam jawa itu, si ibu pun menyuap setiap seorang anaknya. Yang kelakarnya, sebaik saja merasa asam jawa tersebut si abang dan kakak terus berlari ke dapur kerana tak tahan dengan rasa asam jawa yang masam.
Si bongsu hanya makan sedikit asam jawa tersebut dan mengatakan rasanya sedap. Apabila ditanyakan ibunya sama ada mahu makan lagi atau tidak, dengan pantas dia menggelengkan kepala.
“Ni bijak sikit ni. Ni budak yang bijak, makan sikit je. Sedap tak?.”
Ramai juga yang berkongsi kisah mereka tersilap mengganggap asam jawa tersebut sebagai sapuan kaya. Berikut komen yang ditinggalkan;
Melihat gelagat tiga beradik ni memang lucu. Memang tinggi harapan mereka nak makan aiskrim rupa-rupanya asam jawa. Mujurlah si bongsu makan sikit saja, tak adalah berlari macam kakak dan abangnya. Video ini telah mendapat lebih daripada 400,000 tontonan sejak ia dimuatnaik oleh ibu mereka.
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, Jumaat.
Sampai di hospital bayi dah tidak sedarkan diri
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata bayi berkenaan disahkan meninggal apabila tiada sebarang tindak balas terhadap rawatan kecemasan diberikan selepas mangsa dihantar ke sebuah hospital swasta di sini.
Terdahulu, beliau berkata pihaknya dimaklumkan jururawat di hospital swasta terbabit jam 12.10 tengah hari tadi mengenai menerima bayi berusia tiga bulan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bayi berkenaan, katanya, dihantar ke hospital swasta berkenaan oleh pihak pengurusan sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
“Rawatan kecemasan sudah diberikan kepada bayi berkenaan, namun tiada tindak balas sebelum mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya melalui satu kenyataan.
Gambar Hiasan
Sebelum hantar ke taska dalam keadaan sihat
Mohd Zaid berkata, siasatan awal dilakukan mendapati bayi itu dihantar ibunya dalam keadaan sihat di pusat asuhan terbabit jam 7.15 pagi tadi.
Namun, katanya, bayi itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh pihak pengasuh jam 10.30 pagi dan pemeriksaan pada tubuhnya tidak menemui sebarang kecederaan.
“Mayat bayi itu dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Taska beroperasi sejak 2014
Mengulas pusat asuhan, katanya, ia beroperasi sejak 2014 dan mempunyai lesen sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur kekerasan, namun disyaki terdapat unsur kecuaian menyebabkan kematian pada bayi terbabit.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Noor Hairul Anuar Shuhaimi di talian 012-3043034 bagi membantu siasatan,” katanya.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.