Air Tangan Permaisuri Agong Buat Frontliner. Seperti Masakan Ibu Untuk Anak-Anak

Share

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang terkenal dengan kehandalan memasak dengan pelbagai resepi sentiasa mencuri tumpuan apabila menggunakan air tangannya sendiri dalam menyajikan makanan buat petugas perubatan.

Dalam entri di instagram airtangan_tunkuazizah, Tunku Azizah dilihat berkongsi pelbagai jenis lauk masakan untuk diagihkan kepada petugas hospital sebagai tanda terima kasih kerana menjadi orang terpenting dalam negara buat masa ini.

Kerja keras mereka sejak beberapa minggu lalu dihargai dengan pemberian air tangan Tunku Azizah sendiri kerana memahami komitmen kerja mereka yang terpaksa bergilir untuk berehat.

Bukan itu saja, yang membuatkan netizen kagum dengan kerabat diraja ini, selain Tunku Azizah, anakandanya Tengku Puteri Afzan juga turun padang membantu untuk membungkus makanan buat barisan hadapan di hospital sambil di bantu petugas lain.

Semua warganet kagum dan rasa bertuah dikurniakan Raja Permaisuri yang prihatin dalam situasi negara sedang berdepan wabak Covid-19.

“Semoga Allah terus merahmati Permaisuri dan seluruh kerabat Tunku” kongsi beberapa pengikutnya yang kini telah mempunyai 252,000 pengikut.

Sejak beberapa hari lalu, laman itu berkongsi aktiviti terkini Tunku Azizah setiap hari memasak menu berlainan sebelum diedarkan kepada petugas perubatan untuk beberapa lokasi berlainan bagi memberi semangat bahawa ramai yang harapkan barisan hadapan ini terus bertahan demi memulihkan semula keadaan negara dari wabak bahaya.

Sumber: IG airtangan_tunkuazizah

IKLAN