Aisya Humaira Rezeki Dari Allah Untuk Datin Seri Umie Aida & Keluarga

Share

Kehadiran Aisya Humaira dalam kehidupan keluarga Datin Seri Umie Aida ibaratnya menambahkan lagi keserian keluarga pelakon yang berbakat besar ini. Mula berkongsi wajah anak comel ini di Instagram miliknya pada awal Julai yang lalu, Datin Seri Umi Aida memanjatkan rasa syukur dan terujanya sejak Aisya Humaira hadir.

Menurut kenyataan Datin Seri Umi Aida menerusi sebuah akhbar, Kehadiran bayi yang diberi nama Aisya Humaira ini adalah satu rezeki dari Allah yang beliau sendiri tidak tahu bagaimana untuk gambarkan. Untuk menzahirkan rasa itu, satu majlis akikah dan kesyukuran telah berlangsung penuh meriah dengan kehadiran kaum keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat.

Datin Seri Umie Aida turut berkongsi dengan peminat-peminat foto-foto kemeriahan majlis akikah dan kesyukuran yang diadakan baru-baru ini. Tampil dengan pakaian senada rona krim bersama suami tercinta dan anak yang lain, Aisya yang comel juga turut dibaluti dress warna sama.

Pelamin nan indah pula adalah ilham daripada perancang majlis popular, The Calla. Turut hadir dalam majlis yang gilang-gemilang ini beberapa tokoh agama yang tidak asing lagi di tanah air.

“Alhamdulilah…

Hari yang penuh bermakna buat kami sekeluarga. Kehadiran mu, Aisya Humaira memberi 1001 sinar. Dilimpahkan rezeki majlis Aqiqah dengan kehadiran Habib Najmuddin, Ustaz Iqbal dan Ustaz Syed Abd Kadir, ahli Nur Badar, kaum keluarga, saudara mara dan rakan-rakan di majlis yang penuh bermakna ini.

Aisya Humaira nama yang indah, semoga akhlak mu seindah nama mu anak ku.”

Konsep Klasik jadi pilihan.

“Aisya Humaira kiriman Allah Subhanahu wa ta’ala buat kami. InsyaAllah… akan saya menjaga amanah ini sebaik mungkin.”

Perkongsiannya turut mendapat perhatian daripada pengikut di Instagram. Kebanyakkannya mendoakan kebahagiaan keluarga Datin Seri Umie Aida dan baby baru itu.

sumber: Instagram Datin Seri Umi Aida

 

IKLAN