“Aisyah Rindu Daddy” Terlalu Lama Tidak Melihat Wajah Acap

Share

Viralkan kisah kehilangan Acap ketika Acap menyertai program larian (Gopeng Ultra Trail), dan sehingga kini Acap masih belum ditemui walaupun operasi mencarinya diadakan secara besar-besaran melibatkan ramai pihak.

Aisyah Rindu Daddy

Aishah (anak Mohammad Ashraf Hassan, 29,) sebut perkataan ‘daddy’ namun tidaklah terlalu kerap mungkin kerana ramai ahli keluarga berada dengannya.

“Walaupun dia tidak mengigau waktu tidur, tapi kami tahu dia rindukan ‘daddy’,” kata abang Ipar Mohammad Ashraf, Abdul Halim Mohamad Ramli, 41.

Abdul Halim berkata, selepas terlalu lama tidak melihat wajah bapanya, anak saudaranya berusia setahun lebih itu sudah pasti merindui dan sekali-sekala memanggil Acap.

Masih Belum Dapat Petunjuk Di Mana Acap Berada

Menurutnya, adiknya (Hamiza) serta anak saudaranya itu kini berada di rumahnya di Sungai Buloh, Selangor dan mereka setakat ini masih belum mendapat petunjuk mengenai kehilangan adik iparnya itu.

Katanya, sehingga ke hari ini masih belum terdapat perkembangan mengenai kehilangan Acap walaupun operasi besar-besaran sudah digerakkan polis semalam.

Abdul Halim berkata, selain ikhtiar mencari di lokasi Mohammad Ashraf dilaporkan hilang, ahli keluarga turut bertemu dengan penduduk kampung untuk memohon maaf dan meminta mereka mendoakan Acap ditemui.

Acap Tak Menunujukkan Sebarang Perubahan Sebelum Hilang

Menceritakan mengenai perlakuan Acap sebelum menyertai larian itu, dia berkata, adik iparnya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dari segi tingkah laku.

“Sebelum pergi ke program larian (Gopeng Ultra Trail), Acap ada memaklumkan kepada ibu mentuanya untuk pergi menyertai larian itu dan sempat membawa anaknya berjalan-jalan,” katanya ketika dihubungi.

Polis Menjalankan Operasi Besar-Besaran

Polis bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan operasi besar-besaran semalam namun masih gagal menemui sebarang petunjuk.

Operasi Khas, Ops Kesan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak digerakkan dengan lebih 200 anggota membabitkan beberapa agensi serta sukarelawan.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dilaporkan berkata, operasi khas itu membabitkan 180 pegawai kanan, pegawai dan anggota JSJ IPK Perak termasuk dari Bahagian Siasatan Khas (D9) serta Unit Forensik IPK selain dibantu anggota dan dua Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman.

Pada 23 Mac lalu, Acap yang bertugas sebagai Juruteknologi Makmal di Pejabat Kesihatan Daerah Muar disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat 2 petang sebelum rakannya membuat laporan mengenai kehilangannya itu.

Sumber: Hmetro

IKLAN