
Sempena sesi persekolahan yang bakal bermula, inilah masa terbaik untuk kita sebagai ibu bapa muhasabah semula cara kita membantu anak-anak dalam pelajaran.
Kadang-kadang, tanpa sedar, kita terlalu fokus pada keputusan. Asalkan anak “pandai”, asalkan markah tinggi, kita sanggup berhabis wang ringgit hantar kelas tambahan, tuition, kelas online, dan macam-macam lagi.
Namun, realitinya setiap anak ada karakter dan personaliti yang berbeza. Dan perbezaan inilah yang sangat mempengaruhi cara mereka belajar.
Kalau cara kita mengajar tidak selari dengan personaliti anak, walaupun belajar lama, ilmu tetap susah nak masuk. Anak jadi cepat bosan, hilang fokus, dan akhirnya dilabel “malas”.
Sedangkan mungkin, bukan anak yang bermasalah – tetapi cara belajar yang tidak sesuai dengan jiwa mereka.
Menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, anak akan lebih cepat faham, lebih mudah menyerap ilmu dan lebih seronok belajar apabila ibu bapa tahu bagaimana ajar anak ikut personaliti mereka.
Bila pendekatan pembelajaran selari dengan karakter anak:
Pendek kata, proses belajar tidak lagi dirasakan sebagai satu paksaan, tetapi menjadi pengalaman yang positif dan menyeronokkan.
Setiap anak mempunyai gaya fokus dan cara belajar yang tersendiri. Inilah sebab utama kenapa ibu bapa perlu faham konsep ajar anak ikut personaliti, bukan sekadar ikut cara orang lain.
Anak jenis ini cepat bosan dan sukar duduk diam. Mereka perlukan pembelajaran yang aktif, banyak pergerakan, permainan, dan aktiviti luar supaya otak mereka sentiasa ‘hidup’ dan terangsang.
Mereka sesuai dengan jadual yang teratur dan rutin yang konsisten. Anak seperti ini suka tahu apa yang perlu dibuat, bila perlu siap, dan apakah sasaran mereka.
Anak ini suka cabaran, suka menang, dan suka dipuji. Prestasi mereka biasanya meningkat apabila ada elemen pertandingan, target atau ganjaran yang jelas.
Mereka lebih cepat faham apabila belajar secara berkumpulan atau bersama ahli keluarga. Interaksi sosial membantu mereka menyerap ilmu dengan lebih baik.
Keadaan meja atau bilik belajar yang bersepah boleh mengganggu fokus mereka. Apabila persekitaran kemas, fikiran mereka juga menjadi lebih tersusun.
Anak jenis ini akan lebih bersemangat apabila diberi tanggungjawab sebagai contoh atau pembimbing kepada orang lain. Rasa dihargai membuatkan mereka perform lebih baik.
Ramai ibu bapa tanpa sedar mudah mengeluh:
“Kenapa anak aku susah nak fokus?”
“Kenapa tak rajin macam anak orang lain?”
Hakikatnya, mungkin anak kita cuma belum jumpa cara belajar yang sesuai dengan personaliti mereka. Bila ibu bapa mula ajar anak ikut personaliti, perubahan sikap dan minat belajar boleh berlaku dengan sangat ketara.
Ramai ibu bapa terkejut apabila melihat anak mereka tiba-tiba:
Setiap anak diciptakan dengan kekuatan dan keunikan tersendiri. Tugas ibu bapa bukan untuk membandingkan, tetapi untuk mengenali siapa anak kita dan membantu mereka berkembang mengikut potensi mereka sendiri.
Apabila kita benar-benar memahami konsep ajar anak ikut personaliti, kita akan lebih sabar, lebih empati, dan lebih bijak dalam mendidik.
Dan yang paling penting, kongsikan kefahaman ini dengan pasangan. Supaya pendidikan anak-anak menjadi usaha bersama, bukan beban sebelah pihak sahaja.
InsyaAllah, bila ibu bapa faham karakter anak, anak akan lebih mudah berjaya — bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga dalam kehidupan.
Sumber: Dr Taufiq Razif