Siapa kata belajar itu membosankan? Tak perlu risau kalau anak-anak tak suka belajar cara tradisional yang penuh dengan buku tebal dan nota panjang. Sekarang, dengan kemajuan teknologi, anak-anak boleh belajar sambil bermain, dan yang lebih best, mereka tak akan sedar pun yang mereka tengah belajar! 

So, kalau anda nak bantu si kecil belajar sambil berseronok, jom kenali 5 platform pembelajaran online terbaik untuk anak kecil berusia 1 hingga 5 tahun. Ready? Let’s go!

  1. Khan Academy Kids – Main Sambil Belajar! 

Sesuai untuk: 2–5 tahun

Siapa kata belajar tak boleh fun? Dengan Khan Academy Kids, anak anda akan dibawa masuk ke dunia penuh warna-warni yang penuh dengan aktiviti interaktif yang akan bantu mereka belajar membaca, mengira, dan memahami emosi. Semua dalam bentuk permainan yang menarik dengan karakter animasi comel yang pasti akan buat si manja teruja! 

Kelebihan: Percuma! Ya, betul tu, percuma! Jadi, tanpa risau tentang kos, anak-anak boleh belajar sepanjang masa.

Ajar Anak Sambil Enjoy Main, Syok Sungguh! Paling Penting Ada WiFi Di Rumah

  1. Lingokids – Belajar Bahasa Inggeris Dengan Lagu! 

Sesuai untuk: Belajar Bahasa Inggeris

Lagu-lagu seronok, permainan interaktif, dan video pendek yang cool – semua ini adalah cara terbaik untuk anak-anak belajar Bahasa Inggeris dengan cara yang super fun! Dalam aplikasi Lingokids, anak anda akan belajar kata-kata baru dalam bahasa kedua mereka melalui muzik, permainan, dan karakter yang lucu. Tak ada yang lebih seronok daripada belajar sambil menyanyi, kan? 

Kelebihan: Platform ini menggalakkan pendedahan awal Bahasa Inggeris, yang sangat bagus untuk membina asas bahasa mereka.

Ads
  1. Sago Mini World – Dunia Kreativiti Si Manja! 

Sesuai untuk: 2–5 tahun

Pernah terfikir nak bagi anak buat dunia mereka sendiri? Dengan Sago Mini World, mereka boleh eksplorasi dan cipta dunia imaginasi mereka. Main dengan karakter-karakter comel, buat rumah atau kereta yang mereka impikan, dan belajar sambil berinteraksi dalam permainan yang membuka ruang kreativiti tanpa batas! 

Kelebihan: Fokus pada perkembangan kreativiti dan imaginasi yang penting untuk tumbesaran otak si kecil. Tak hanya seronok, tapi juga mendidik!

Ajar Anak Sambil Enjoy Main, Syok Sungguh! Paling Penting Ada WiFi Di Rumah

  1. BabyTV Video – Belajar Melalui Video Santai 

Sesuai untuk: 1–4 tahun

Ads

BabyTV adalah pilihan yang tepat untuk si kecil yang baru nak mula belajar. Dengan video pendek yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka, anak anda akan belajar mengenal warna, bentuk, angka, dan banyak lagi dengan cara yang sangat santai dan mudah. Sambil tengok video, mereka belajar tanpa rasa terbeban. 

Kelebihan: Format video yang pendek dan mudah difahami, sangat sesuai untuk tarik perhatian anak! 

  1. Dunia Didi & Friends (YouTube Kids) – Lagu Kanak-Kanak Seronok Dalam Bahasa Melayu! 

Sesuai untuk: 1–5 tahun

Anak-anak suka lagu kanak-kanak? Mereka pasti suka dengan Dunia Didi & Friends! Platform YouTube Kids ini menyediakan lagu-lagu pendidikan dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami dan seronok didengar. Dengan lirik yang mesra budaya tempatan, anak-anak boleh belajar tentang pelbagai nilai dan konsep asas sambil menyanyi bersama Didi, Friends, dan kawan-kawan mereka! 

Kelebihan: Dengar lagu, belajar, dan nikmati budaya tempatan – semuanya dalam satu! Si kecil akan terhibur sepanjang masa.

Ads

Ajar Anak Sambil Enjoy Main, Syok Sungguh! Paling Penting Ada WiFi Di Rumah

Kenapa Mama Papa Kena Cuba Semua Ni?

Ini semua tentang mengimbangkan pembelajaran dan keseronokan. Dengan semua platform ini, anak-anak boleh belajar konsep-konsep asas yang penting untuk perkembangan mereka, tanpa mereka sedar yang mereka sedang belajar. Mama papa pula tak perlu risau kerana banyak daripada platform ni percuma atau berpatutan!

Ajar Anak Sambil Enjoy Main, Syok Sungguh! Paling Penting Ada WiFi Di Rumah

Sebab tulah pentingnya kalau mama papa langgan Astro Fibre WiFi Kencang Tak Sangkut Sangkut sekarang. Dengan kelajuan 500Mbps, memang berbaloi-baloi dengan bayaran RM90/sebulan. Fuyooo! Memang tawaran eksklusif untuk pelanggan Astro ni! Takkan nak lepaskan peluang kan, ia boleh digunakan pada pelbagai peranti untuk pengalaman penstriman, pelayaran, permainan, dan sosial yang terbaik tanpa sangkut-sangkut. 

Lagi best dan bermakna dengan Astro Fibre WiFi Kencang seperti kempen terbaharu dengan kerjasama Didi & Friends dan Kakak Kencang, Hawa Rizwana melalui lagu sing-along “WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut” untuk menyerlahkan pengalaman penstriman dan aktiviti-aktiviti WiFi yang terbaik.  

Untuk sebarang info lanjut atau melanggan, Whatsapp “Hi” ke 03-9543 3838 atau layari astro.com.my/fibre sekarang untuk info lanjut.  

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI