Bila anak sudah berusia tiga tahun ke atas, mulalah ibu risau bila anak masih tak pandai pegang pensil dan menulis macam anak-anak lain. Sebenarnya aktiviti memegang pensil dan seterusnya menulis ini memerlukan daya rangsangan yang tinggi ketika awal lagi.
Namun menurut kata Puan Aminah Hussain, tak perlulah hantar anak ke play centre dan sebagainya, cukup hanya dengan latihan dan aktiviti harian di rumah. Ajar je anak main benda-benda di rumah. Penyepit baju dan kertas-kertas lama pun sudah membantu latih anak.
Biar Anak Main Dari Pasif
Cikgu kata turun! Turun sekarang!
Riuh rendah tadika anak saya. Hari ini ada perjumpaan antara cikgu tadika dan ibubapa. Terlihat 3, 4 orang pelajar sedang memanjat meja yang dialihkan ketepi untuk beri laluan mak ayah duduk dilantai. Sesekali cikgu menyuruh mereka turun dan suruh jaga tingkah laku.
“Memang hari- hari begini ke suasana cikgu?”
Cikgu anak saya senyum dan matanya meliar memerhati anak- anak didiknya berlari.
“Beginilah Puan Min, anak- anak baru 4,5 dan 6 tahun. Fasa bermain tapi saya suka. Baik depa bermain dari duduk saja di satu sudut dan menjadi pasif. Anak- anak yang tak bergaul dengan kawan- kawan yang lain ni biasanya sedikit sukar nak ajar membaca dan menulis.”
Di rumah kena biar anak main, berlari, melompat. Biar anak letih kerana badan yang penat. Bukan otak yang penat.
Ads
Zaman sekarang semua mak ayah usaha bersungguh- sungguh bagi anak pandai membaca dan menulis sebelum masuk darjah satu.
Ramai juga menyediakan duit untuk anak bermain di play centre. Sebenarnya banyak je mainan di rumah yang kita boleh ajar anak tanpa kos yang mahal- mahal.
Banyak aktiviti yang kita boleh buat untuk bagi anak pandai memegang pensel dan suka menulis tanpa jemu. Yang paling penting jangan biasakan anak dengan gajet.
Dibawah ini saya senaraikan aktiviti nampak biasa tapi cara ransang paling bagus untuk ajar anak pandai menulis.
1. Tekan punch 2. Perah span basuh pinggan 3. Stamping kertas kosong 4. Main doh 5. Gumpal kertas 6. Koyak kertas 7. Klip pengepit baju 8. Cabut sticker
Ads
Cari je buku yang sudah tak digunakan lagi. Beri anak punch buku tersebut sesuka hati dia. Jari anak cepat jadi kuat tau tekan punch.
Ini aktiviti sebelum mandi. 5 minit je, suruh anak serap air pakai span dan perahkan ke bekas lagi kecil. Tangan kecil itu memerah, tangan, kaki makin kuat.
Cop company pun saya bagi je anak main. Stamping tu anak suka. boleh menguatkan otot pergelangan tangan anak. Otot pergelanagan tangan kena kuat untuk menulis.
Ads
Main doh. Cara buat homemade playdoh saya pernah kongsikan sebelum ni atau pun masa mak nak buat donut ke kan, kasi je kat anak segumpal tepung buat main.
Mengumpal kertas juga boleh menguatkan pergelangan tangan dan bahu anak.
Paling senang kasi kertas dan koyakkan.
Bagi anak pinjam sekejap kepit baju kita tu. Kepit la kertas sampai puas. jari anak lebih kuat jika selalu digunakan. Saya pilih kepit baju kayu. nanti senang tulis huruf atau nombor atas tu. Kedai eco RM2 je 40 batang. 3 anak pun boleh main.
Tampal sticker pada mana- mana permukaan. Minta anak koyakkan sticker tu. Sebab anak saya suka sangat backhoe ni saya tampal kat backhoe. Ia di panggil peeling. Kuatkan jari anak. Ini caranya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ustaz Ebit Lew, penceramah bebas yang sangat terkenal di media sosial seperti Facebook dan Instagram berkongsi sebuah posting berkenaan rezeki. Kenapa rezeki sempit dan asyik tak cukup? Di mana silapnya? Dalam rumah tangga mungkin kita terlepas pandang beberapa perkara yang memberi keberkatan dalam setiap rezeki yang kita miliki.
Beliau berkongsi cara bagaimana pasangan suami isteri, ataupun keluarga untuk mendapatkan rezeki yang berkat dan cukup. Ikuti perkongsian ini.
Rezeki sempit jer..kenapa?
Kita tak mendoakan dan terima kaseh pada pasangan atau orang yang masak untuk kita. Terima kasih kepada isteri atau suami.
Terima kaseh pada ibubapa. Baca doa ini insyaAllah rezeki mencurah-curah.. Syukur Allah tambahkan rezeki.
Siapa bagi rezeki ‘Allah’. Siapa bagi nikmat semua. Allah. Terima kaseh Allah. Selalulah doakan isteri yang memasak dan suami yang mencari nafkah. Syukur dan doa rezeki melimpah ruah. Suka marah dan complain rezeki hilang-ebitlew
Kadang kala semakin anak membesar, kita sebagai ibu dan ayah terlupa memberikannya belaian dan peluk cium yang sama seperti ketika mereka masih bayi. Hakikatnya anak-anak sentiasa memerlukan rangsangan tersebut untuk membesar sebagai anak yang positif.
Ciptalah sebuah ikatan kekeluargaan yang utuh dengan melakukan aktiviti yang ringkas dan menyeronokkan bersama anak-anak. Ikatan kuat yang terbina antara ibu dan ayah dengan anak sejak kecil akan terus berkekalan sampai bila-bila.
Bergolek seketika atas katil
Aktiviti mudah yang boleh dilakukan bersama si kecil sebaik dia bangun dari tidur. Peruntukan beberapa minit untuk bergurau senda bersama. Walaupun nampak mudah tetapi ia meninggalkan kesan positif. Si kecil akan memulakan harinya dengan perasaan gembira selepas menghabiskan masa bersama ibu dan ayah.
Bantu ibu & ayah
Walaupun anak anda masih kecil tetapi boleh libatkan diri mereka dalam aktiviti harian di rumah. Contohnya sekiranya sedang memasak di dapur, anda boleh minta bantuan mereka membuat kerja-kerja yang ringan. Sekiranya anak masih usia bayi, bawa sekali ke dapur dan bagi mereka main mangkuk dan sudu plastik supaya gembira dapat sentiasa disamping ibu.
Tonton bersama
Walaupun anda tidak minat rancangan kartun kegemaran anak tetapi cuba tonton bersama mereka. Di samping itu tanyalah soalan tentang rancangan kegemarannya. Pasti dia rasa dihargai apabila boleh berkongsi cerita dengan ibu dan ayah.
Beriadah sekeluarga
Lakukan aktiviti petang bersama, pasti lebih menyeronokkan di samping mendidik anak rajin bersenam untuk kesihatan tubuh badan.
Masa untuk tidur
Sebelum tidur, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit bersama si kecil. Boleh berbual tentang apa yang paling seronok dilakukan pada hari itu, sesi bercerita sebelum tidur dan jangan lupa membaca doa sebelum tidur sebelum diakhiri dengan pelukan dan ciuman selamat malam.
6. Jangan lupa sentuhan
Sentuhlah anak dengan memeluk atau menciumnya. Bisikkan kata-kata positif dan pujian yang dapat memberikan dia semangat positif. Sentuhan dari ibu dan ayah merangsang aura positif dalam diri anak. Sudah tentu ia membantu pertumbuhan dan perkembangan minda yang cerdas.
7. Berdoalah
Ketika memeluk anak, ibu dan ayah mestilah mendoakan yang baik-baik untuk anak. Mudah-mudahan muncul kasih sayang dan ketenangan dalam hubungan antara anak dengan ibu dan ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa kajian mengatakan bahawa urutan di tapak kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan lebih santai dan mengurangkan risiko kekejangan pada otot-otot. Diambil petikan dari laman stylecraze.com, terdapat banyak manfaat melakukan urutan pada tapak kaki setiap malam sebelum tidur dan manfaat yang boleh dikongsikan antaranya:
1. Melancarkan Aliran Darah
Urutan di tapak kaki secata teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum. Selain itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah. Kepada pesa kit diabetis, urutan pada kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.
2. Mengatasi Masalah Migrain
Anda punyai masalah migrain atau sakit kepala? Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagia tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migrain.
3. Menurunkan Tekanan Darah
Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalah menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai.
Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormon yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.
4. Menurunkan Risiko Menopause
Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita. Menurut kajian, aktiviti mengurut tapak kaki mampu melambatkan risi ko menopause. Ia sangat baik untuk mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung. Oleh itu, kaum bapa yang macho dan gentleman, urut dan sila man jakan isteri anda.
Teknik Urutan
1. Sapu minyak seluruh kaki.
2. Guna tapak tangan bergiliran tarik ke bawah ke atas perlahan- lahan 6 kali – Teknik Alternate Palm.3. Guna penumbuk tarik ke atas 6 kali – Teknik Knuckle. 4. Buat putaran ke atas 6 kali – Teknik Thumb Circle.5. Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali – Teknik Thumb Gliding.
6. Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali – Teknik Thumb Gliding. 7. Urut bawah ibu jari kaki – Teknik Thumb Gliding.8. Tekan setiap jari jari – Teknik Static Pressure.
9. Ulang dari langkah 1- 8 pada sebelah kaki lagi.
10. Lap tapak kaki atau terus pakai stoking.
Selamat mencuba semua, kalau dah mahir boleh urut untuk pasangan pulak ya!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.