“Bukan untuk mencari salah siapa tetapi tujuan saya berkongsi pengalaman yang dialami anak saya adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memberi peringatan kepada ibu bapa supaya perkara sama tidak berlaku kepada anak mereka,” kata Salahuddin Haris Yoganathan.
Salahuddin, 38, memberi reaksi mengenai hantaran dimuat naik di Facebook miliknya beberapa hari lalu berhubung nasib anak sulungnya, Asha Azaleah Natasha Nathan, 6, yang mengalami keracunan makanan hingga ditahan di hospital selama empat hari.
Salahuddin turut berkongsi bahaya makanan ringan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kebimbangannya jika produk itu dijual secara berleluasa di pasaran.
Bercerita lanjut, Salahuddin berkata, makanan ringan di dalam kotak berisi coklat, gula-gula dan mainan itu dibeli di sebuah kedai berhampiran rumahnya di Taman Sri Gombak, Gombak, Jumaat lalu.
Katanya, dia membeli makanan ringan itu bagi memenuhi permintaan anak.
“Namun, sebaliknya berlaku pada hari berkenaan apabila Asha mengalami muntah dan cirit birit tidak lama selepas makan makanan itu.
“Bimbang dengan keadaannya, saya dan isteri, Siti Julaikah Podo, 38, membawa Asha ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.
Ads
“Doktor memberikan ubat untuk dimakan tetapi keadaan Asha bertambah serius apabila muntah kira-kira 20 kali selepas menjamah makanan sebaik pulang ke rumah.
“Melihat keadaan itu, saya membawa Asha semula ke hospital dan akhirnya, dia ditahan di wad kanak-kanak sebelum dibenarkan pulang tengah hari semalam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Bagi mendapatkan kepastian, Salahuddin bertemu semula dengan peniaga kedai runcit terbabit untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan ringan itu.
Ads
Pada masa sama, beliau turut membuat semakan berdasarkan maklumat tertera di kotak makanan itu dan mendapati ada logo halal, namun tiada pengesahan KKM dan produk itu menggunakan gambar kartun serta animasi terkenal yang diragui hak ciptanya.
“Saya ke kedai berkenaan untuk bertanya sendiri dengan peniaga itu dan terkejut apabila dia memaklumkan terlupa memberitahu yang makanan ringan itu sebenarnya tidak boleh dimakan.
“Ikutkan hati memang marah, tetapi saya cuba kawal emosi dan memberi peringatan kepadanya supaya tidak menjualnya lagi.
Ads
“Saya ada tanyakan hal ini kepada penduduk setempat menerusi Kumpulan WhatsApp dan menurut mereka, makanan ringan itu turut dijual di depan kawasan sekolah,” katanya yang juga bapa kepada empat cahaya mata.
Salahuddin berkata, dia sudah membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Gombak dan menghantar aduan kepada KKM supaya menjalankan siasatan terhadap pengeluar produk berkenaan.
Menurutnya, KKM sudah memberi maklum balas dan memberi jaminan untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung aduan itu.
“Saya harap pihak berkuasa bertindak segera dengan melakukan pemantauan berterusan dan mengambil tindakan sewajarnya supaya tiada lagi kanak-kanak menjadi mangsa.
“Bagi ibu bapa pula, jadikanlah apa yang berlaku terhadap anak saya sebagai pengajaran untuk anda lebih berhati-hati,” katanya.
Masalah gigi rongak, gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak-kanak. Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang.
Masalah kerosakan gigi pada kanak-kanak ini berlaku disebabkan banyak faktor seperti pemakanan dan cara menggosok gigi yang salah. Bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi, ibu bapa mesti memastikan penjagaan oral dan gigi kanak-kanak dilakukan secara berterusan setiap hari.
Bagaimana kerosakan gigi berlaku?
-Plak gigi yang mengandungi bakteria akan terbentuk dan melekat pada gigi si manja anda.
-Bakteria akan bertindak dengan gula menjadi asid dan menyerang serta mereputkan enamel atau lapisan luar gigi. Ia akan membentuk karies gigi yang akan menyebabkan gigi mereput dan berlubang.
-Jika masalah ini dibiarkan, kanak-kanak akan mengalami sakit gigi kerana bakteria di dalam karies akan terus merebak dan menjangkiti pulpa gigi.
-Lebih teruk lagi, sekiranya ia tidak dirawat, si kecil bakal mengalami masalah bisul pada gusi dan radang muka.
Faktor gigi anak rosak
1. Faktor utama kerosakan gigi berpunca daripada cecair, minuman atau makanan bergula yang diberikan kepada anak.
2. Minuman dan makanan ini mengandungi gula tersembunyi yang akan menyebabkan plak terbentuk sekali gus menyebabkan gigi rosak.
3. Selain itu, tabiat bayi dan kanak-kanak yang gemar menghisap botol juga boleh menyebabkan kerosakan gigi berlaku. Apatah lagi jika si kecil menghisap botol yang berisi minuman manis ataupun minuman jus bergula.
Langkah pencegahan
-Ibu bapa disarankan untuk mengehadkan pengambilan minuman bergula terutama di dalam botol untuk kanak-kanak.
-Selain itu, elakkan daripada memberikan anak menyusu botol sebelum waktu tidurnya.
-Pilih ubat gigi kanak-kanak yang mengandungi fluorida, iaitu sejenis bahan mineral yang membantu menghalang kerosakan gigi dan menguatkan lapisan enamel gigi. Fungsi fluorida juga adalah untuk membuatkan gigi bertahan daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.
-Elakkan meletakkan madu ataupun manisan pada pacifier atau puting kanak-kanak. Selain itu, minimakan penggunaan puting kerana penggunaan yang kerap akan menyebabkan susunan gigi kekalnya nanti tidak cantik.
“Segala penyakit, ada penghapus dosa-dosa kita.. Insya-Allah doa dari semua akan menyembuhkan wife saya.” Ini antara perkongsian dari Datuk Fizz Fairuz dalam entri instagramnya selepas isteri, Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital.
Menurut Fizz, Almy Nadia disahkan mempunyai batu karang dalam hempedu selepas dimasukkan ke Hospital Columbia Asia, Setapak.
Berkongsi perkembangan isterinya kepada Gempak, Fizz menyatakan Almy berada dalam keadaan stabil ketika ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
“Almy ada batu karang dalam hempedu. Dia baru selesai melakukan ultrabunyi. Keadaan dia tak kritikal tetapi banyak la batu halus.
“Doktor syak ada batu karang jatuh ke dalam usus. Itu yang perlu kepastian sama ada betul atau tidak.
“Doktor cuba untuk mengesahkannya melalui pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI). Bila dah buat baru kita tau keadaan sebenar,” katanya menerusi kiriman mesej di WhatsApp.
Tambah Fizz, selepas keputusan dikeluarkan baru boleh memutuskan rawatan yang akan dilakukan.
“Lepas tu baru doktor akan buat keputusan sama ada nak buat pembedahan laser atau makan ubat sahaja,” katanya lagi.
Jangan makan jamu!
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin turut berpesan agar tidak mengambil jamu dalam kehidupan harian.
“Awas!! Jangan makan jamu. Bahaya,” kata Fizz mengakhiri perbualan.
Sebelum ini, Fizz berkongsi foto Almy terlantar di hospital menerusi Instagram (IG) miliknya.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Semua sedap-sedap belaka! Ketika hamil, semua makanan dirasakan cukup enak, apatah lagi selera makin bertambah selepas melalui trimester pertama.
Pun begitu kena beringat, jangan makan terlampau banyak dan cubalah kawal kenaikan berat badan agar tidak naik mendadak. Apa anda perlu lakukan?
Cara kawal berat badan
Berikut adalah cara mengawal berat badan ketika hamil serta langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko.
Pemakanan sihat
Rujuk kepada pegawai zat permakanan untuk perkara ini.
• Pastikan makanan anda mempunyai karbohidrat seperti kentang, roti, nasi dan pasta.
• Jaga-jaga kuantiti makanan dan snek dan berapa kerap anda makan. Jangan makan untuk ‘2 orang’.
• Makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti oat, kekacang, buah-buahan, sayur sayuran, beras perang dan pasta.
• Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan yang mengandungi pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran setiap hari, menggantikan makanan yang kaya dengan lemak dan kalori
• Jangan tinggalkan sarapan pagi.
Makan dalam kuantiti kecil
Ibu mengandung dinasihatkan untuk makan lebih 300 ke 400 kalori sahaja berbanding biasa untuk tumbesaran bayi yang sihat. Gunakan kalori lebih ini untuk makan makanan berkhasiat. Doktor sarankan untuk mengamalkan cara pemakanan dengan sukatan sedikit tetapi kerap.
Lebihkan pengambilan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika lapar, ambil snek sihat seperti segenggam kekacang atau sepinggan buah-buahan.
Vitamin D
Semua wanita hamil dinasihatkan untuk mengambil tambahan 10 mikrogram vitamin D setiap hari. Suplemen ini sangat penting sekiranya anda obes, kerana anda berisiko mendapat kekurangan vitamin D.
Minum air secukupnya
Hamil atau tidak, pengambilan air yang mencukupi amat penting untuk fungsi badan yang optimum. Dengan pengambilan air yang mencukupi, berat badan dapat dikawal semasa hamil kerana dapat mengurangkan keinginan untuk makan antara waktu makan. Selain itu, pengambilan air yang cukup dapat mengurangkan risiko sembelit serta mengembalikan tenaga yang hilang akibat kelesuan.
Bersenam ketika hamil
Aktiviti seperti berjalan, berbasikal, berkebun, berenang boleh dilakukan. Gunakan tangga walaupun ada lif – salah satu senaman juga. Gaya hidup aktif tidak berbahaya kepada anda dan juga bayi. Walau bagaimanapun, jika anda tidak biasa bersenam, perlu mulakan senaman perlahan-lahan, sebaiknya tidak lebih dari 15 minit senaman berterus-terusan, 3 kali seminggu.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.